Dalam masyarakat kita, jika sebut pasal perniagaan pasti tak boleh di pisahkan dengan aktiviti berbomoh tambah-tambah lagi kalu dalam perniagaan kedai makan. macam-macam jenis orang meniaga dapatkan khidmat bomoh samada nakkan pelaris bagi meningkatkan hasil jualan, pendinding dari ancaman mahupon perbuatan khianat nak jatuhkan perniagaan orang lain.
Aku masih tak mengerti mentaliti dan cara berfikir masyarakat kita dalam berniaga. sikit-sikit nak bomoh.. Paling tak tahan dengan manusia yang penuh dengan hasad dengki dengan kejayaan orang lain. jika dengki melihat orang berjaya dan cuba memajukan diri untuk mencapai kejayaan yang sama tak pe la jugak. ni gi berbomoh untuk menghancurkan kejayaan orang lain. kenapa begitu dungu pemikiran manusia jenis sebegini?
Berniagalah dengan ikhlas.. jika nak buat makanan untuk orang makan, buatlah makanan yang terbaik seperti makanan itu untuk kita sendiri. Cubalah mencari jalan yang lebih baik untuk memajukan perniagaan. Ni sampaikan ada yang rendam 'seluar dalam' didalam bekas air panas.. kenapa begitu kotor sekali hati manusia ni? sama kotor seperti daki yang lekat kat seluar dalam tu. Jika Tuhan hendak memberi rezeki kepada kita, maka adalah rezeki itu datang. Jika Tuhan tak nak bagi, tetap takkan maju walaupon kita guna bapak bomoh sekalipon.. macam mana la nak berkat rezeki jika kita sentiasa dok guna benda kotor... benda tak berkat ni biasanya tak tahan lama. biarpon nampak berjaya hari ni, esok lusa hanya Tuhan yang tahu.
Tak payah la nak pakai bomoh-bomoh dalam meniaga ni. Dari abis duit dok upah bomoh tu, kalu kumpul aku rasa dah boleh pergi Mekah ngan duit tu.. Dok dengki orang dapat duit banyak..kita pulak gi habiskan duit dok upah bomoh sebab nak jatuhkan orang. apa kebangang orang macam ni..Kalu memang tak mampu nak menyaingi pesaing dalam perniagaan, baik korang gi kerja je ngan orang yang berjaya tu. dapat jugak duit~
9 Orang mengumpat:
suka agaknya nak dibantu syaitan sebab nak cepat kaya..
itu la.. pelik gak aku... hmm... tapi kat tempat aku ni... makanan haram tak sedap.. mcm mana la leh buka kedai... kalau takat nak buka syok sendiri tu.. tak payah la.. haha.. tak lama la kalau mcm tu... takat sekali tu ble la orang p makan...
tp ade gak org yg suke gune bomoh2 nih...da x pk baek or buruknye lg da...ikut nafsu semata2..
hurm..ni la yang sering berlaku da masyarakat kita sekrg... mau untung cepat gune bomoh... mau kaya pakai tangkai la.. macam2 pelik2
ish..geli plak bile terbayang perbuatan2 mcm letak spender dalam air panas sume tuh..eee~
well,tu la orang melayu percaya sangat bnda2 gitu..
sikit2 bomoh..tu lah org melayu ni..huhu
FaizalSulaiman : perangai pon dah mcm setan, sbb tu mintak bantuan setan..
Encik MamaT : kalu masak x sedap, pakai bapak bomoh pon org dh x nak pergi dh lepas.sekali makan cukuplah
fyna : mereka tu x de otak agaknya.. sakit hati tgk kesenangan orang lain, busuk hati betol!
GayahSpears : Kan lebih baik kalu majukan diri sendiri.. ni dok bagi majukan perniagaan tok bomoh pulak..
Finaz Jaafar : banyak kes yg di kesan menggunakan spender ni. x tau la keberkesanannya..mungkin aromanya yg menarik kot~
LM : bukan melayu je percaya bomoh ni.. tp dalam masyarakat kita, lebih tertumpu kpd melayu la~
baiklah usaha dr amik yg bukan2...
Post a Comment