Pages

Saturday, December 25, 2010

Antara akikah dan permata

Huh!! hari pagi-pagi lagi dah kecoh kat rumah aku.. ye la, sebab hari ni nak buat Majlis akikah anak buah aku yang pertama.. dah lima bulan aku bergelar pakcik. ish~tua dah ke aku ni?? (-_-;) Akikah ni, kepada yang tak tahu la, meh aku bagitau serba-sikit.. ahaks~ perasan nak jadi ustaz jap ni..

Akikah ni bermaksud penyembelihan binatang ternakan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran.. Ia sunat di lakukan dan jadi wajib jika bernazar. Kadar untuk akikah pulak ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta untuk anak lelaki dan sekor kambing atau sebahagian dari lembu atau unta untuk anak perempuan. Jadi, oleh kerana anak buah aku lelaki, secara otomatik la abang aku kena mengorbankan dua ekor kambing yang hensem untuk di jadikan makanan hari ni..

Yang aku dok pening sekarang ni, hari ni nak wat majlis kat rumah aku dan hari ni jugak aku ada perjumpaan dengan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA) iaitu persatuan untuk pelajar-pelajar IPT di daerah aku. Perjumpaan wajib pergi sebab dah kompemkan kehadiran ari tu dan depa nak bagi sumbangan tu~ rugi kalu tolak rezeki..ekekeke.. tapi kalu tak masuk majlis kat rumah sendiri rasa macam tak elok la pulak..



p/s : rasanya baik pergi perjumpaan dulu pagi ni.. kalu tengah hari tak habis lagi, aku blah la balik rumah. majlis akikah start lepas zohor~ kan? kan?


3 Orang mengumpat:

Ayuni said...

slamat berakikah....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh majlis aqiqah..moga meriah dan berjalan lancar.

shatooman said...

Ayuni : Slamat akikah dan selamat makan..ahaha

LM : meriah la jugak kak.. segalanya berjalan lancar.