Pages

Tuesday, December 7, 2010

Aku diculik

Huh~ semalam aku dapat call dari sorang member.. dia kata nak datang ambik aku kat UM. nak ajak pergi makan-makan la kononnya.. biasanya kalu dia datang ajak aku pergi makan, biasanya kami pergi area Pantai Dalam.. sebab makanan kat sana best. aku pon bersiap ala kadar je la. sebab dah malam, lagipon nak pergi kawasan yang berdekatan je. 

Panggilan kedua aku terima, si member ni kata dah sampai. aku pon laju je berlari tunggu kat pagar. tak nak la bagi orang menunggu aku pulak.. tapi, aku tunggu punya tunggu, haram... setengah jam baru dia sampai. tapi ok la.. aku dah biasa bab menunggu orang ni. cuma aku tak suka kalu orang yang kena tunggu aku. Aku naik je kereta member ni, terus kami pergi makan.. habis makan, dia tak hantarkan aku balik terus. kereta dia laju je meluncur entah menuju ke mana. aku tanya pon dia tak jawab.. haish~ suspen gila dah aku. dah la hanya pergi sehelai sepinggang, tak tahu pulak arah tujuan. last2 dia bawa aku ke tempat karaoke.. cis.. bertuah punya member.. nak ajak pergi karaoke pon tak nak bagitau awal-awal..Maka melalak la aku dengan beberapa lagu.

Dah abis melalak, kami lalu balik ikut UM. ingat nak hantar aku balik dah. rupa-rupanya dia terus je bawa aku gi ronda-ronda Kuala Lumpur. jalan-jalan sambil mengusha awek-awek dan pondan-pondan jalanan.. hahahaha.. mau termuntah tengok bapuk-bapuk dok menjual perkhidmatan pemuas nafsu songsang kepada mereka-mereka yang sudah terbalik otaknya.. nasib baik aku tak tergoda..(>.<) yuucckks~

Dah habis ronda-ronda Kuala Lumpur, ingat boleh balik la. mata dah ngantuk gila.. tapi si member ni boleh je teruskan sesi menculik aku. dia bawa kereta dia terus je balik ke rumah beliau. terasa nak mengamuk pon ada.. mana tak nya.. dah la aku pergi sehelai sepinggang., duit pon tak de, macam mana pulak nak tido rumah orang. besoknya mau pakai apa?

Tak pasal-pasal la hari ni aku memakai baju semalam.. xP .. ingatkan pagi-pagi aku dah boleh balik, tapi hari ni sesi meronda diteruskan. pergi pulak Mid Valley dengan keadaan berbaju semalam. aku nak balik tukar baju, seluar pon tak boleh..boleh lagi pergi tempat bowling, shoping-shoping..haish~ kalu orang lain, sumpah aku tak ikut.. tapi kerana member ni, aku terpaksa ikutkan kerana dia lah kawan baik aku sejak hampir 15 tahun dulu sampai la sekarang.. Dah malam, baru sampai balik aku ke UM ni... rasa nak berblog, tapi mata mengantuk, badan pun lesu.. aku terpaksa memaksa diriku agar dipaksa untuk menulis entry ni..(berapa banyak paksa la...)


3 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hikhik, bestnye dpt jln2....

shatooman said...

jalan2 mmg best.. yg x bestnya dok pakai baju sama 2 hari.. nasib baik la baju x busuk~ ehehehe..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam
aduhhh siannyer,klu sis sure x leh hidup cam tu..haiyaaaa mana leh tak tukar baju beb.