Pages

Wednesday, December 29, 2010

Tandas conteng

Semasa berhenti rehat ketika dalam perjalanan nak datang ke KL, aku pon menumpang masuk la ke jamban berbayar yang disediakan. Hajat nak melepaskan kencing yang tidak dapat ditangunggung oleh pundi kencing aku ni.. di tahan lama-lama boleh meletup nanti pundi kencing.. dah la nak kencing pon kena bayar, siap naik harga dah sekarang. dulu 20sen, sekarang dah 30sen. hei, bhai~ tu air kencing gua yang punya.. mau buang sendiri punya pon kena bayar ka? 

Lepas bayar, terus aku masuk je kedalam bilik yang di sediakan.. sambil buka seluar, mata aku terpandang la kat dinding bilik air tu~ sambil kencing aku tersenyum menahan ketawa yang hampir nak terburai.. macam-macam ada kat dinding tu. mesti korang pon pernah tengok kan? " siapa nak bohsia, call 017-23881**" , " mau hisap ****, call 019-42233**".. paling aku tak tahan dan nak gelak, ada yang tulis, " siapa conteng dinding ni, dia bodo".. pastu ada pulak yang tulis kat sebelah ayat tadi, " Ko conteng jugak tu, ko pon bodo la.."..  di sebelah tu pulak lagi, ada jawapan , " aku conteng tak pe"... Pastu, di sebelah tu lagi ada lagi yang tulis "2-2 pon bodo sebab dok conteng sini"..wat da hel... siap menconteng dinding tandas sambil membalas komen bersiri.. apa punya bangang la..

Aku yakin, mana-mana tandas lelaki kat Malaysia ni pasti ada contengan pada dinding termasuk tandas masjid. Tandas pompuan tak tahu la aku.. tak pernah aku wat survey pasal tandas pompuan apatah lagi aku nak masuk skodeng sendiri.. hanya pompuan yang tahu keadaan tandas mereka. Memang tersangat pelik dengan perangai orang kita. dah la tandas kotor satu hal, boleh lagi main conteng-conteng dinding. apa pekdah la yang korang dapat dari dok conteng dinding tu.. baik korang pergi kerja cat rumah.. boleh jugak duit. 

Teringat zaman sekolah dulu, kalu masuk tandas lelaki mesti penuh dengan asap rokok.. bangang!! agaknya asap rokok yang disedut bersama aroma 'semerbak' dari tandas boleh memberikan kenikmatan tak terhingga kot.. Yang aku tak leh lupa, kalu lalu depan tandas budak pompuan pon boleh hidu bau rokok.. hebatnya pompuan kini..Amaran!!! merokok membahayakan kesihatan.. "belilah rokok jika anda ingin membangunkan negara dengan cepat..."  "berhentilah merokok jika anda takde duit"

5 Orang mengumpat:

Daniela said...

huhuh tandas pompuan pun ade jugak...ntah la..takde tempat lain nak tulis agaknya...hmmm vandalisme

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

naper x conteng sana..tulis sila conteng kat blog saya..tggl url sekali..haha..

apalah kerja asik menconteng ni..ish3,

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tandas pompuan pun lebih kurang jer.. kekekeke zaman skolah tandas pompuan ni yg popular pad je la.. aduhai. pengotor betul. dah tu tak malu

M I A J A M A L U D D I N said...

hahaha!! gile.. boleh pulak sesi balas membalas.. hahhaa..

bluedianthus said...

Yang paling kelakar tu, ada yang conteng kat dinding..nak bagitau ??? love ???. Ntah apa2 kan.