Pages

Thursday, December 30, 2010

Bijaknya Matematik...

Oleh kerana esok telah di isytiharkan cuti umum, maka member aku pon ajak la gi karaoke.. dapat melalak di tengah malam ni syok jugak.. Mula-mula nak gi tengok wayang, tapi tak jadi sebab takde cerita terbaru yang menarik.. jadi rancangan bertukar kepada karaoke..

Namun, hajat nak berkaraoke pon agak mengecewakan.. mula-mula pergi, bilik karaoke penuh.. tukar pergi tempat lain.. pon penuh jugak..haiya~ pergi lagi ke tempat lain mahal nak mampos!!! RM35 satu kepala.. gila ke mau buang duit RM35 untuk sejam. pergi lagi tempat lain..penuh lagi!!!!  pastu bercadang mau pergi tempat lain lagi.. call dulu untuk booking.. tanya harga RM22.. wow!! ok la tu.. ek.. RM22 tu untuk sorang ke untuk satu bilik? ceh, RM22 untuk satu kepala rupanya.. ok, untuk 3 orang berapa?? jawapan yang di beri ialah RM101.20.. WOW!!!! bijaknya matematik.. sorang dia bagi harga RM22. 3 orang pulak RM101.20.. ada lagi 20 sen tu~

Dari nyanyi 3 orang satu bilik dengan harga RM101.20, baik kami ambik sebilik sorang.. baru RM22.. Entah formula matematik mana yang dia guna.. aku dan member hampir gila sebab dok fikir formula yang sesuai bagi menghasilkan jawapan RM101.20..pelik..pelik... tambah pelik jugak sebab semua pusat karaoke penuh.. entah kenapa habis rakyat Malaysia ni gi karaoke.. bergembira sempena cuti ke, gembira pasal Malaysia menang bola Piala Suzuki, aku pon tak pasti.. last-last kami gi uptown.. layan karaoke kat uptown je la.. tu pon dengar orang lain nyanyi je.. nak nyanyi sendiri kat depan orang ramai, sori derr.... dah la nak menunggu giliran pon lama, nak nyanyi depan umum dengan suara cam cengkerik ni, memang mintak maaf bebanyak le.... hajat terpaksa di tunda kepada esok~ huh!!!

3 Orang mengumpat:

FaizalSulaiman said...

sakan bercuti ye:P hahahaha

Anonymous said...

hahah tertanye2 mengape ramai yg pegi karoke.. tp x tanye geng sendiri pulak kenape jd salah satu daripadanya...

Anonymous said...

hahah tertanye2 mengape ramai yg pegi karoke.. tp x tanye geng sendiri pulak kenape jd salah satu daripadanya...