Pages

Sunday, December 26, 2010

SMS awek

Makin hari, makin banyak iklan aku tengok pasal awek.. cara nak dapatkan awek dengan mudah dari sms. hahaha~ bangang gila. mesti korang pernah tengok jugak kan iklan, "ingin mencari pasangan?" " ingin dapatkan awek?" "anda sunyi?" taipkan sms ON AWEK dan hantar ke 16*4.

Iklan bangang macam tu, hanya orang bangang je kot yang langgan. Paling bangang, setiap kali aku tengok iklan macam tu, mesti aku teringat ngan sorang kawan aku. Berlagak ala playboy.. kejap pompuan tu, kejap pompuan ni.. tapi tak tersangka la playboy macam tu pon boleh langgan iklan bangang tu. Aku tahu pon pasal dia cakap nombor telefon dia dah di matikan. sebabnya pasal tak tahan kena caj dengan syarikat iklan. setiap kali syarikat iklan hantar SMS, kena  caj RM1. bila balas kena caj RM1..setiap hari syarikat iklan akan hantar 4,5 SMS tak diundang. ntah-ntah yang dok balas SMS ngan dia pon lelaki..

Aku pon tak tahu apakehal gersang sangat member sorang tu.. memang sangap pompuan sangat-sangat ke, terlalu kesunyian ke, tak pasti la.. yang pastinya tindakannya memang bangang. dah langgan tu, tak leh nak stop pulak. puas cuba hantar untuk stop ikut cara yang di beritahu syarikat iklan, tapi tetap tak dapat. cara terakhir, matikan nombor tersebut. tukar nombor lain.. memang saje cari masalah. jadi, kepada korang yang belum pernah mencuba SMS iklan awek tu, jangan la sesekali nak mencuba. kang tak pasal-pasal nak tukar nombor tepon pasni. sape dapat tahan, kredit kena potong pat lima hengget setiap hari..

5 Orang mengumpat:

FaizalSulaiman said...

haaa
hahaha

ni iklan kadang2 takble blah sungguh

ada aje kut yang laggan.bazir je wehh

Ayuni said...

hm, slalu dpt sms bkn2, on seks lh, aperlh....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

haha..ingat nak cr awek ye..last2 cam2 hal pastu..keh3.sian memeber adik tu.

Lina said...

skrg ni cam2 iklan sms...ntah apa2 antar ke hp...boring jer nak kene delete sumer

btw thanks follow blog saya dan saya dah follow back

Finaz Jaafar said...

apaaraaa..perlu ke prkhidmatan mcm tuh??pelik2 jeh..da la kne caj,pehtu kte bkn knl pown org yg kte sms tuh