Pages

Friday, December 10, 2010

Bukan mutiara

Pergh!! sejuk gila dok kat kampung. Hujan tak henti-henti.. lebat lagi tu.. bila tengok hujan, teringat lagu Allahyarham Sudirman, "hujan yang turun, bagaikan mutiara, bersinar berkilau berkerdipan"... tapi kalu dah hujan lebat, ribut-ribut, ni bukan mutiara dah.. batu jalan dh kot~ tapi rasa syukur perlu ada. hujan tu rahmat tuhan. 

Nak ikutkan kehendak manusia, semua tak pernah kena. Cuaca panas, dok mengeluh kata tak hujan. Bila hujan mencurah dari langit, mintak nak panas pulak.. tak boleh nak menoreh lah, tembakau mati la, itik lemas la..er..itik boleh lemas ke? Apa pon keadaan, manusia takkan puas.. bila miskin, nak jadi kaya.. bila dah kaya, nak lagi kaya.  bila dah lagi kaya, nak lagi-lagi kaya..tapi bila dah senang tak pula nak ingat kat Tuhan. 

Begitulah lumrah manusia. duniawi kini menjadi buruan. ramai yang mengaku cintakan akhirat. tapi masih mencari harta di dunia.. para sahabat dahulu menghabiskan semua harta kerana agama. manusia kini mengejar harta untuk meneruskan kehidupan dunia. Saidina Uthman usahawan gemilang, tapi akhirnya hidup dalam kedaifan.. zaman kini, jangan harap nak memberi kalu tiada surat khabar dan media yang ambik gambar.."Hmm.. saya nak menderma kat anak-anak yatim ni. Ni cek saya spuloh ribu.. ambik gambar ye..  cepat ckit, lenguh nak pegang cek ni.." ceh, macam tu punya derma pon ada ka? Nabi dah pesan kalu nak menderma ngan tangan kanan, kalu boleh biar tangan kiri tak tahu.. baru tangan sendiri..apatah lagi orang lain.. renung-renungkan~

 p/s: apa benda aku meroyan ni? dari bab hujan tetiba masuk bab menderma.. (>.<)

2 Orang mengumpat:

biskut said...

manusia shatoo...kelemahan yg cukup ketara.mana pernah puas.

rep/tetamu hati:mudah jer nak faham...hehe

Memorabilia said...

man kamu di tag'