Pages

Showing posts with label MEMBASAHKAN GUSI. Show all posts
Showing posts with label MEMBASAHKAN GUSI. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Surat Cinta

Beginilah kalau budak-budak darjah 3 pon dah pandai bercinta..


Wednesday, October 19, 2011

Diskriminasi


Diskriminasi sering terjadi...sungguh tidak adil dunia ni..



p/s : selalu tgk je orang dok post gambar bila menjelang rabu~

Friday, April 29, 2011

Ujian Kesucian

Sempena aku dok sibuk dengan exam sekarang ni, maka aku sungguh cemburu dengan korang yang tak kena exam dan yang dah habis exam... cis..seyes aku dengki!!! disebabkan kedengkian aku tu, maka aku telah mengambil keputusan untuk turut memberi test kepada korang.. Senang je testis test aku ni.. aku namakan test ni Ujian kesucian otak..hahhaha..kalu korang nak tahu tahap kesucian otak korang, maka jawablah test aku ni dengan melengkapkan perkataan di bawah..


1. ZAKA_

2. B_AH DAD_

3. PANT_ _

4. J_MAK

5. P_K_

6.PELI_


Dah dapat jawapannya?? Harap-harap jawapan korang tu betul dah.. berapa banyak perkataan lucah yang timbul dalam otak korang berdasarkan 6 soalan tersebut? semakin banyak jawapan lucah yang korang beri, maka semakin banyaklah salah korang dan itu membuktikan otak korang memang penuh dengan kelucahan..hahaha... Aku yakin, kalu Ayeem Ayam yang jawab, mesti 100% jawapannya salah..ekekeke.. gurau je ayeem~  yang penting kita enjoy!!!




Jawapan yang sebenarnya ialah, 1.  ZAKAT, 2. BUAH DADU, 3.PANTUN, 4. JAMAK, 5. PAKU, 6. PELIK





Thursday, January 13, 2011

Dadah dan Kejayaan

Anda seorang yang bangang, bodoh, buta huruf, buta kayu dan tak reti pape? tapi anda teringin nak berjaya dengan sesuatu yang anda minati? jangan bimbang, disini ada caranya. Cikgu aku pernah pesan dulu, kalu nak berjaya hisaplah dadah. Dadah dapat memberi kejayaan kepada korang suatu hari nanti. hahahaha~

Kalu korang ada minat seperti membuat kerja pertukangan ke, suka baiki motor ke, suka jahit baju ke, atau suka mencuri ke atau apa-apa sahaja minat, tapi korang takde peluang untuk belajar dan lebih memahami minat korang tu, aku ada tips untuk menjadikan korang berjaya. Caranya hisaplah dadah. ye, dengan dadah, korang boleh jadi khayal dan bayangkan yang korang orang kaya..hahahaha.. tu la pemikiran penghisap dadah yang bangang.tiada yang mustahil. tapi di sini aku nak bagi korang tips secara realiti dan bukan khayalan. semasa korang nak hisap dadah, korang wat la laporan kat polis ke, ada kegiatan menghisap dadah kat mana-mana. pastu korang gi la hisap dadah kat situ. biar polis tangkap. best wooo boleh naik kereta polis..wakakakaka.

Lepas di tangkap, korang akan di masukkan ke pusat serenti. di 'Universiti' tersebut, korang akan mendapat tempat tinggal, makan minum dan katil secara percuma. diulangi sekali lagi.. percuma!!! dari korang dok tido tepi jalan, makan sampah sarap tu, baik menginap kat 'universiti' percuma ni. lagi pon, di situ korang akan diberi peluang untuk mendalami dan mempelajari apa yang korang minat. kalu korang minat jadi mekanik, diaorang bagi korang baiki enjin2.. kalu korang minat jadi tukang rumah, diaorang bagi korang latihan menggaul simen. kalu korang minat jadi tukang kebun, diaorang akan bagi cangkul untuk korang jadi Hang Kebun. Kalu korang nak jadi pencuri, belajar la untuk melarikan diri dari universiti tersebut. Insayaallah kalu korang berjaya loloskan diri, korang boleh jadi pencuri yang berbakat.

Jadi, dengan latihan yang diberikan oleh pusat serenti tu, lepas korang tamat pengajian dari universiti tersebut, korang boleh memulakan perniagaan atau apa sahaja berdasarkan minat korang yang telah korang belajar tu. bagi yang suka menjahit, boleh buka kedai jahit, kalu minat berkebun, boleh apply jadi Hang Kebun kat mana-mana skolah. Kalu minat video porn, boleh jadi penerbit filem porn pertama kat Malaysia ni. Femes ko nanti..wakakakaka...tapi kalu korang nak berjaya dan kaya dengan cepat, korang jadilah pengedar dadah. memang cepat masyukkk duit tu..kalu kena tangkap pon, cepat jugak masuk lubang kubur.. pilihan di tangan anda. tapi, ternyatakan dadah mampu membawa kejayaan kepada kita samada jadi pengedar atau pon penghisap.






ps ; korang boleh amalkan tips ni kalu rasa diri tu betul-betul bangang dan takde otak..tapi hisap dadah tu lebih baik dari jadi perompak, penyamun, peragut, mahupon mat rempit.Hisap sorang-sorang, mampus sorang-sorang. takde nak memberi masalah kepada orang.

ps 2 : hisaplah dadah jika anda ingin berjaya. ( tahap ke'bangang'an ayat aku telah meningkat satu level lg...)

psp :jangan seyes sangat ngan ayat aku ni.. kang tak pasal2 aku kena caj penggalak penghisap dadah.

X-box : Sekian, wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh..

Saturday, January 8, 2011

Pelik

Kali ni aku tak nak mengarang panjang-panjang sangat. cuma nak kongsi dengan korang gambar yang aku dapat dari pesbuk ni. Sungguh pelik dan susah nak di jumpai..









Kaki manusia di jual di pasar raya... yucks~ agak-agaknya kanibal mana la yang gi beli. takpon pontianak je kot yang nak beli..eee..seram gila. sampai naik bulu hidung aku tengok gambar ni.







Yang ni best.. megi!!! ekkk... best ke rasa bontot? megi rasa sup bontot..wahahaha..tak sempat nak makan, baru cium bau pon sumpah dah muntah... tapi ada tanda halal la.. ekekeke

Thursday, January 6, 2011

Fight for kisses

Perlawanan di antara anak dan ayah


Tuesday, December 7, 2010

Ultraman

Pasti semua orang kenal dengan Ultraman. Hero gergasi ciptaan Jepun ni berasal dari Planet lain dan berhijrah kebumi untuk menyelamatkan manusia bumi dari serangan raksasa. Bila raksasa keluar, Ultraman pon akan bertukar dari bentuk badan manusia kepada hero gergasi berwarna perak. Paling best bila tengok Ultraman nak menghapuskan raksasa dengan kuasa terhebatnya.. sebelum nak keluarkan kuasa, Ultraman kena buat pergerakan istimewa dulu dan biasanya setiap Ultraman mempunyai kuasa dan pergerakan yang tersendiri. Tapi pernahkah korang tengok Ultraman yang pelupa? boleh pulak Ultraman lupa pergerakan nak buat power sendiri..haish~


Monday, November 22, 2010

Haram berjimak dimalam pertama

Aku terjumpa video ceramah yang di kendalikan oleh ustaz Azhar Idrus. Disini dia telah mengatakan bahawa hukum berjimak di malam pertama adalah haram.. cuba korang tengok video yang aku letak ni kalu nak tahu sebab dan alasan yang ustaz ni bagi.. semoga video ni dapat di jadikan ingatan kepada pengantin baru dan mereka yang bakal menjadi pengantin...  benda ni wajib kita kena tahu dan jangan diperlecehkan kerana berdosa kalu terlanjur....

Thursday, October 14, 2010

Kisah Teladan

Siyes aku tergelak lepas tengok cerita sang kancil dengan buaya ni.... bukan sebab criter dia terlalu lawak pon.. tapi memori tu... Aku ingat lagi, masa kecik2 dulu slalu tengok cerita ni kat RTM. selalu ada je cerita rakyat & teladan... seingat aku, banyak lagi episod sang kancil ni... ada kancil dengan buaya, kancil dengan kerbau, kancil dengan monyet... budak2 yang sebaya aku, dalam umur 20-an mesti pernah tengok criter ni..kan??kan??

  
 

sepandai-pandai kancil pon, jadi bodo jugak akhirnya.. sebab tu jangan suka menipu. jangan pentingkan diri.. aku sebenarnya tak suka ngan kancil ni sebab dia suka menipu.... bukan bijak mencari jalan penyelesaian..

Friday, October 8, 2010

Lelaki di rogol bergilir-gilir

aku pernah post kat entry sebelum ni.. nampaknya kebimbangan aku dah jadi nyata~ dunia ni memang dah gila.. sila baca laporan berita kat bawah ni.. kesian pon ada, nak ketawa pon ada..


HARARE – Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.
Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.
Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.
Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.
“Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya,” kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.
Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.
“Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit,” kata jurucakap polis tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.
“Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening,” kata jurucakap tersebut.
Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.
Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.
Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.
Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.
Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.
Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. – AFP






Thursday, September 30, 2010

Ketawa dengan mudah

Dalam keboringan malam, aku cuba la usha2 kat mudah.my. sesaje nak tengok barang2 yang menjadi penawaran  oleh masyarakat skarang ni.. Dalam tengah mengusha tu, tetiba plak aku tergelak... senak dowh perot... x tahan tengok kerenah manusia skarang ni.. hehehe~ entah la nak melawak ke apa.. tapi nampak ada yang macam serius.. cuba tengok gamabr yang di print screen oleh aku ni...sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas..





yang ni memang dia serius punya.. x la main2.. yang nak tergelak pasal harga rm 3. aku rasa, kredit nak call dia pon lebih mahal lagi.. tapi, ye la.. rm3 satu.. kalo seratus, dah rm300..



yang ni memang lawak... ada ke nak jual kiwi kasut rm4. kalu jual banyak cam benih pokok tu x pe la jugak.. ni nak jual sebijik tu je.. adeh..adeh.. makin senak perot aku ketawa...




yang ni pon x leh tahan nak gelak... lot banglo dengan harga rm1. wahahahah.. murah gila lot banglo ni.. kalo fotostat pelan blh la terima kot rm1. tapi ni mesti kes salah typing ni.. x tau la kot2 nak memain saje ke...





yang ni memang paling aku x leh nak tahan gelak.. kaw2 aku punya gelak macam dah kena rasuk hantu pontianak harum sundal malam. ntah la bengong ke, memang terdesak duit ke, mat pit ke, aku x tau la.. sampai majalah mingguan wanita pon nak di jual.. harga rm1.. memang ko la johan harga termurah di mudah.my.




Aku bukan berniat nak menghina apa yang orang jual kat mudah.my tu.. just terasa kelakar kot, sampai benda harga 'sehengget' pon nak jual..kalo yang berpekdah tu macam benih pokok ke, makanan ke, ok lagi.. sampaikan majalah, kiwi pon nak jual.. seunit je plak tu.. nak beli plak kena call. aku rasa memang sah2 la kredit tepon yang abis tu lebih mahal dari harga benda yang nak di beli tu. Tapi bagus jugak la ada benda2 macam gini.. baru x boring kalu bukak mudah.my... boleh ketawa2.. hidup mesti gembira~ ^^

Wednesday, September 22, 2010

Skodeng...

Korang tak rasa pelik ke tengok kereta ni? ye lah.. dok parking kat ladang tebu tu apa pasal pe... Skali tengok memang aku syak kereta ni di parking di tempat sunyi ni tentu bersebab. tengok nombor pendaftaran pon dah pakai nombor kereta siam. korang nak skodeng x apa yang ada kat kereta ni?? jom..jom.. 














korang nampak x apa yang aku nampak?? sangat tepat firasat aku... memang ada sesuatu yang x elok berlaku kat kereta ni. Apa?? korang x nampak lagi? ok..ok.. kita g lebih dekat lagi.














sekarang korang dah nampak x? kerja terkutuk ni memang sesuai dilakukan atas kereta yang di parking dalam ladang ni. x de gangguan la katakan.... meh kita g lebih dekat lagi. Zoom..zoom...














Jom sergah mereka.... woi... korang buat apa tu hah?? dasar x bermoral.. dok buat kerja terkutuk gini. ko ingat orang x nampak ke apa yang korang buat hah?? perbuatan macam korang ni la yang jadi banyak kes buang bayi sekarang ni... Aikk~ depa buat dont know je... 











Apa? korang dah kawin?? ehehehe... sori2 mengganggu ketenteraman rumah tangga korang... kalo ye pon, cari la bilik sewa murah2.. jangan main lepas kat tempat public mcm ni je.. malu la orang tengok...





Sunday, September 19, 2010

Bulu Ketiak

Ada seorang pakcik yang bernama Pak Din yang sangat kaya.
Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Din dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Monday, July 12, 2010

TIGA PESALAH

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap kambing buat projek…

Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Monday, May 10, 2010

Yang Pelik Tapi Memang Benar...

       Mula-mula aku nak ketawa dulu.... HahAhaHAhahAhAhHa... apa nak jadi dengan dunia sekarang ni... aduyai~ senak perut aku baca paper tentang isu semasa sekarang ni.. kelmarin, pasal kereta rasmi ketua polis negeri selangor yang kena curi. bila polis mula jalankan operasi cari balik, mamat yang curi tu mula gelabah.. x lama selepas operasi kereta tersebut ditemui ditinggalkan di tempat parkir dengan berkeadaan baik dan nombor pendaftaran pon x ditukar.. Agak menjadi kelucuan apabila polis turut temui sekeping nota tulisan tangan di kereta tu, SORRY PDRM, SILAP SAPU.. takut jugak rupanya si penyamun bila tahu kereta tu ketua polis negeri yang punya...adoila... macam2 manusia ni..
       berita semalam plak lagi ganas.... x tau la adengan lakonan atau apa, seorang pemandu lori di perkosa tukang urut. ada juga paper yg tulis Mail diperkosa ibu tunggal.aku tergamam sekejap bila baca berita ni.. tak boleh nk pastikan aku nak ketawa atau mengucap panjang... tetiba cerita senario the movie terbayang dalam kepala otak aku ni... perempuan perkosa lelaki? adui... tolong la.. senak dh perot aku sekarang ni.. Apa yang luaknya dengan lelaki tu kalau kena perkosa? perempuan sekarang dah jadi makin ganas.. Aku pon dah kena hati2 lepas ni.. mana tau kejadian lebih hebat berlaku. Nanti keluar tajuk kat paper "Lelaki diperkosa didalam semak". takpon "seorang lelaki di rogol lima orang perempuan"... tak ke haru kalu berita gini keluar nanti.. papepon, segala kemungkinan boleh berlaku. kepada lelaki sekarang, tolong berjaga-jaga.. waKaKakAkAKAkAka

Monday, May 3, 2010

ROBOT PENGESAN PENIPUAN

Samad adalah seorang profesor dan dia telah berjaya mencipta sebuah robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis menonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Thursday, April 8, 2010

LUNCH TIME : GUYS VS GIRLS



GUYS

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Gi surau


GIRLS

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”> 
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
    gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa.Duduk. …
39. Alamak.Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
59. Letak sudu, letak garpu
60. Pinggan tolak tepi
61. Borak2 kater makanan tak sedap
62. Ngumpat2..tgk orang
63. Pukul 2, naik opis..
64. Ambik beg makeup, g surau!!!

Friday, March 5, 2010

CARA PEREMPUAN 'REJECT' LELAKI

He: So what do you do for a living?
She: Female impersonator.

He:"Is this seat empty?"
She:"Yes, and this one will be too if you sit down."

He:"So, wanna go back to my place?"
She:"Well, I don't know. Will two people fit under a rock?"

He:"I'd like to call you. What's your number?"
She:"It's in the phone book."
He:"But I don't know your name."
She:"That's in the phone book too."

He:"What sign were you born under?"
She:"No Parking."

He:"I know how to please a woman."
She:"Then please leave me alone."

He:"Haven't we met before?"
She:"Yes, I'm the receptionist at the Mental Hospital."

He:"I want to give myself to you."
She:"Sorry, I don't accept cheap gifts."

He:"I can tell that you want me."
She:"Ohhhh. You're so right. I want you... to leave."

He:"Hey, baby, What's your sign?"
She:"Stop."

He:"Hey cutie, how 'bout you and I hitting the hot spots?"
She:"Sorry, I don't date outside my species."

He:"May I see you pretty soon?"
She:"Why? Don't you think I'm pretty now?"

He:"Your body is like a temple."
She:"Sorry, there are no services today."

He:"I'd go through anything for you."
She:"Good! Let's start with your bank account."

He:"I would go to the end of the world for you."
She:"Yes, but would you stay there?"

He:"Your place or mine?"
She:"Both. You go to yours and I'll go to mine."

He: Would you like to dance?
She: Not with you.
He: Oh, come on. Lower your standards a little, I just did.

He: Do you wanna dance?
She: Yeah but not with you!
He: You must have misunderstood me, I said you look fat in those pants!

He: Does beauty run in your family?
She: It obviously doesn't in yours!

He: Do you believe in love at first sight or do you want me to walk by again?

She:Yeah, but this time don't stop!

He: I think you're the best looking girl in here.
She: Really? Well, I'd better go find the best looking guy then, hadn't I!

He: Can I buy you a drink?
She: Go ahead, but only if you buy my boyfriend one too!

He:"You look like a dream."
She: "Go back to sleep."

He: What`s it like being the most beautiful girl in the bar?
She: What`s it like being the biggest liar in the world?

Saturday, February 6, 2010

Hidupku yang dirundung pilu....

Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga
bergurau senda dan bermesra. Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.

Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.
Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..

Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas..untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang.

Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat..dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam.. merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..

Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesraan. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf.. Ya, aku tahu..aku cuma seekor kambing... So what?? Kambing tak leh bercinta ke?

Friday, January 8, 2010

TERLALU CINTAKAN ISTERI

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab,

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".