Pages

Thursday, January 6, 2011

Melatah

Opocot mak kau nenek aku!!! Latah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu dan sehingga sekarang orang masih pening kenapa hanya orang Melayu yang melatah? aku sendiri masih di selubungi misteri kenapa hanya orang Melayu yang ada tabiat melatah..ada juga dengar satu puak lagi yang melatah. Afrika ke mana ntah.. aku pon dah lupa. Yang pastinya melatah ni adalah percakapan dan pergerakan yang dibuat secara otomatik bila terkejut. Latah ni bukan dibuat-buat.. Hmm... apakah yang menyebabkan mereka ini melatah? Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi ia di percayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psykologi dan sosial. Latah juga di percayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.


Yang herannya, aku sendiri pon melatah..haish~Walaupon aku tak la teruk sangat kadar latahannya tu, tapi tetap ada... bila pen jatuh pon, boleh terkeluar, Yarkk mung jatuh!!!(loghat kelantan yang bermaksud lebih kurang : eh..eh.. kau jatuh).. kalau dicucuk pinggang pulak, maka akan keluar pulak segala carut-carutan, lucah-kelucahan dan kadang-kadang beristigfar.. mana la nak tahu apa yang nak keluar kat mulut ni.. dah nama pon latah.. kalau dengar bunyi meletup dan bunyian yang kuat pulak, apalagi... mulut terus je keluar "la hau la wala.." sambil buka langkah silat.. 

Paling best tengok orang tua yang melatah.. panjang-panjang lagi tu dia sebut. sampai ada sesetengah tu siap tarik panjang-panjang sampai berpuluh harkat.. Kadang-kadang masyarakat menganggap latah tu sebagai satu hiburan dan akan suka bila tengok orang melatah. Tapi hati-hati, sebab ada juga yang jenis melatah sampai angkat tangan dan kaki.. kalau orang yang melatah tu ada pegang benda-benda tajam dan bahaya, elakkan berada dekat dan jangan sesekali buat orang tu melatah seperti gi cucuk pinggang. 



p/s : cucuk pinggang tu dalam loghat Kelantan di sebut cokek..  'kek' pada suku kata kedua tu perlu disebut dengan sengau.

5 Orang mengumpat:

Encik MamaT said...

kalau kita selalu sebut perkataan baik.. insyaAllah akan keluar dari mulut kita perkataan baik.. 'subhanallah' :p zikir...

Ayuni said...

erm, ader yg melatah sebut yg lucah, tu yg x ske tu....

My MiRa said...

hahhaha kamu melatah jugak ye.....takpe2 perkara biasa je tu...tapi yang paling teruk bila ade setengah orang melatah sambil mencarut...:)

shatooman said...

Encik Mamat : kena latih diri utk melatah berzikir... ;p

Ayuni : dah nama pon latah~ ahahaha kebanyakannya begitu la.. terikot-ikot agaknya

Mira : latah sikit2 je.. ekekeke

fiza said...

ap yg ak taw kan, kalau orang yg suka cucuk2 n kacaw2 org mlatah nie, nnti dia lak akn melatah..so jgn laa sronok sgt kacaw orang latah nie.. bhaya..hehe..