Pages

Sunday, January 2, 2011

Karam Singh Walia Hina Melayu?

Masyarakat kini gempar berikutan paparan dari akhbar Kosmo tentang tindakan wartawan terkenal, Karam Singh Walia kerana telah menghina orang Melayu.. Beliau di katakan menuduh orang Melayu bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia serta tidak cerdik semasa beliau sedang mabuk. Oleh kerana itu, beliau telah pun di kepung dan di herdik oleh sekumpulan masyarakat Melayu di sebuah restoran di Klang. 

Bila aku tengok video dari youtube ni, rasa tak tahan jugak ngan perangai belia-belia Melayu tu... Kalau ye pon dia mengata orang Melayu, tak payah la nak jerit-jerit, nak menokok tambah,nak pukul, nak suruh dia 'payung' satu kedai.. apa kebangangnya dia perlu tanggung makan minum korang  satu kedai? takde sebab yang jelas.. kalu kerana dia menghina orang Melayu, baik suruh dia tanggung semua makan-minum orang Melayu di Malaysia ni.. Dia dah mintak maaf elok-elok, ok la tu.. sikap perkauman tu ada dalam diri sesiapa saja..cuma kuat atau lemah saja. Kalu takde sifat perkauman, korang yang dok tengking-tengking dia tu takkan buat macam tu..

Bagi aku, Karam Singh tak lah seorang yang terlalu bersikap rasis.. dah dia cakap tu pon masa dia mabuk. yang paling penting dia dah mintak maaf.. Maaf kan je lah... Lazimnya, beginilah sifat manusia.. bila ada satu keburukan, sejuta kebaikan yang ada selama ni dah tak di pandang.. Aku nak tanya sikit, pernahkah korang tengok wartawan lain yang dok guna pantun dan peribahasa Melayu selama ni selain Karam? Jelas kelihatan sifat keselesaan beliau dengan budaya Melayu. beribu kes dah tentang pencemaran alam dan kesusahan masyarakat yang mendapat liputan dari beliau.. kenapa jasa itu terus dibutakan? 

Aku pulak yang jadi malu setelah tengok gelagat belia Melayu yang dok tengking-tengking Karam tu. macam dah takde otak.. kononnya nak pertahankan maruah kaum.. tapi tak boleh ke nak cakap elok-elok.. nampak gaya, korang yang dok kepung dia pulak nak menghina maruah Karam sendiri. Kalu betol-betol tak puas hati, buat report polis.. negara kita ada undang-undang. tapi orang kita masih suka bertindak sendiri dengan cara yang bangang dan tak berpelajaran. Aku pon marah kalu orang bersikap rasis dan menghina Melayu atau Islam. tapi dia dah minta maaf tu, terima je la.. Memaafkan tu lebih baik dari berdendam. 


7 Orang mengumpat:

Ayuni said...

betul, baik maafkan....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kalau nak marah pun kena ikut cara yang betul..kan?

FaizalSulaiman said...

memafkan lebih baik

shatooman said...

hmm...nk marah x kena cara.susah perangai manusia ni..

eqbalzack said...

saya mengikuti isu ni skrg....hehe

inipaencomot said...

hakikatnya,zmn skang melayu mmg ntahpape
wlaupon xsemua melayu sakai
tp kbykn prangai melayu mmg cmtu pon

jom sama2 kita baiki diri
berubah menjadi lebih maju
jgn salahkan org lain.

Anonymous said...

ehem....tuan punya blog...saya nk tumpang meluah perasaan ye >.< ....saya dah x tahan dengan perangai orang melayu...kalau buat jahat kene kutuk...kalau buat baik...lagi kene kutuk..lagi teruk kutuk blakang2 pulak tu...x kesah lah keluarga ke..kawan2 ke.. jiran ke..asal boleh kutuk....den dah x tahan dengan perangai orang melayu...abik SPM den nak chow negara orang putih....telinga den dah imun dari mulut orang melayu....suko bonar dengki....x leh nk tengok orang lain berjaya...malas nk usaha...tau nk cepat je.....mintak2 SPM den bagus nk minta pergi AUSSIE ke...amin