Pages

Saturday, January 22, 2011

Wayang, VCD, Download

Aku tengok kat fan page Merong Mahawangsa di Pesbuk, Norman dah wat pengumuman bahawasanya filem MerongMahawangsa akan di tayangkan pada 10 haribulan Mac 2011 bersamaan 32 haribulan kucing tahun Gajah kalu mengikut kalendar Argentina.. Wahh..penantian aku selama ni semakin hampir.. tak lama dah tu. bulu kaki aku dah meremang dok tungggu nak tengok, dari tahun lepas lagi. Asyik-asyik tengok trailer je berkali-kali.. sampai aku dah hafal dialog trailer tu. Sempena dah bercakap pasal filem ni, tahniah aku ucapkan kepada filem Ngangkung kerana berjaya memecah belahkan panggung seluruh Malaysia.

Tahniah jugak aku ucapkan kepada Shamsul Yusof kerana kejayaan beliau dalam mempersembahkan Khurafat, Syirik, Nifak, Nifas... walaupon aku tak berapa suka ngan Shamsul tu, tapi aku tetap mengucapkan tahniah kepada dia. Yang aku tak suka pasal dia, semua filem arahan dia, mesti dia sendiri yang nak jadi hero.. apa kes mau masuk bakul angkat sendiri.. dah la berlakon pon masih nampak kaku & statik. Tapi tu dah jadi hak dia, suka hati dia la.. aku tak leh wat apa. cumanya memang aku tak suka ngan filem dia sebelum ni. Tapi syabas la untuk filem Khurafat ni. 

Lain orang lain kepala.. bagi aku filem-filem yang bagus seperti Avatar, Batman, MerongMahawangsa ni wajib kena tengok kat panggung. Lain tu pengahayatan masa tengok kat panggung ngan TV. Tapi ada jugak golongan manusia yang tak suka gi panggung dan hanya tunggu nak beli VCD. kalu yang ori ok la jugak.. Ni gi bantai cari yang pirate punya. Ada jugak yang nak tunggu untuk download je.. lagi senang. tak bermodal la katakan.. tapi download pon biasanya pirate punya jugak.. tapi nak salahkan mereka pon rasanya tak patut jugak. Jangan lah mudah nak marah kat orang kerana tak sokong barangan Ori. Salahkan mereka yang menjadi pengeluar dan pengedar dulu.. Lagi satu, bukan semua tempat kat Malaysia ni ada panggung. Macam mana depa nak tengok kalu kawasan mereka takde panggung? cara mudah ialah VCD je la.. nak tunggu ori punya lambat lagi nak keluar. Hmm, teringat ngan member aku sorang tu. Sanggup menempuh perjalanan ulang-alik dari Kelantan ke KL semata-mata nak tengok filem kat panggung. pernah sampai 2,3 kali seminggu dok berulang-alik.. gila-gila...



p/s : rasanya, tak sabar jugak nak tengok filem 'Kongsi'.. wajib tonton nih...

4 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hm, kt ganu xde wayang, tgklh kt cd....

Imran nyambek said...

download jelah.opppss...

biskut said...

p.ramlee pon pengarah dan hero dalam filem dia kan..hihi

aku pun bukan peminat syamsul..haha.

harap filem HMMW tuh mantap!

Anonymous said...

Nice posting. Terima kasih.