Pages

Friday, April 8, 2011

Kemas dan bergaya

Sebenarnya dah berminggu-minggu entry ni menyemak kat draft aku.. cuma tak dipublishkan je.. sebab aku publish ni pon kerana tetiba je terlintas pasal entry ni bila aku tengok 2 orang amoi tadi dalam 2 kejadian berasingan. mula-mula masa tengah tunggu member aku kat tepi jalan, ada la sebuah kereta dok parking tepi jalan tu. awek cun!!! memang  cantik menarik tertarik da bomb la.. mungkin dia ingat aku tak nampak kot perbuatan dia kat dalam kereta jadi dengan tak disangka-sangka aku tengok dia dengan selamba badak je korek hidung... korek hidung tu normal la.. tapi aku tengok jari telunjuknya tertusuk dalam ke rongga hidungnya yang kian kembang tu. ohhh..demmm.. aku sebagai lelaki pon tak pernah menusukkan jari telunjuk ke dalam hidung biarpun di tempat tiada orang. peristiwa ke dua pulak, masa tengah membonceng motorsikal, aku nampak pulak sorang awek berjoging di malam hari dengan make-up tebal di muka..korang fikirkanlah sendiri, perlukah aku menyumpah sekali lagi...

Aku bukanlah nak cakap pasal perangai buruk tu sebenarnya, tapi agak berkaitan la jugak walaupon tak berkaitan..Sebenarnya aku nak bagitau cara penjagaan diri yang baik dan mungkin berguna kat korang walaupon memang korang dah sedia tahu pasal benda ni..ekekeke.. Niat aku tulis entry ni hanyalah sekadar untuk menegur korang dan ingin korang lebih membuka fikiran (kepada yang belum terbuka lagi). Penjagaan diri amat penting dalam mencerminkan keperibadian dan kekemasan kita. Masa kita kecik mungkin mak ayah kita atau adik beradik kita boleh menegur kita. tapi bila dah besar, siapa lagi yang kita boleh harapkan? Ok, mula-mula dalam penjagaan diri, korang dengar pesanan dari aku ni..


Mandi bersabun
Rasanya ramai di kalangan orang lelaki yang pernah mandi tak bersabun kan? orang perempuan aku tak tahu la sebab aku tak pernah skodeng perempuan mandi. Sebolehnya, setiap kali mandi tu biarlah bersabun ye.. kalu sabun dekat2 nak habis, sila beli yang baru terus. jangan tunggu sampai habis dulu. Kalu mandi tak bersabun, daki-daki kotor tu masih lagi melekat kat badan..eeewww~

Gosok gigi
Tolong gosok gigi anda setiap hari!!! paling bagus setiap kali nak solat. sebelum ambik wudhuk tu, gosok la gigi dulu. pasal bersugi ni, dalam Islam pon ada ditekankan. Jangan ingat korang boleh selesa dengan keadaan gigi yang tak di berus tu. Fikirkan jugak orang lain.. mau muntah je orang lain bila bercakap dengan korang. tengok dari jauh pon dah rasa loya dalam tekak..

Pakai deodorant
Deodorant amat penting dalam menghilangkan bau ketiak. pastikan korang sentiasa memakai deodorant sebelum keluar dari rumah. paling senang, pastikan pakai je selepas mandi.. jangan ingat ketiak korang sentiasa wangi. bila dah besar tu, otomatik je ketiak korang akan berbau.

Pakai minyak rambut
Bagi lelaki, seeloknya pakaila minyak rambut supaya sentiasa nampak kemas. jangan la rambut tu mengerbang kekeringan.. nampak macam orang tak berapa sihat je~

Trim segala bulu
kadang-kadang, luangkan sedikit masa untuk merapikan segala bulu-bulu yang ada pada anda. bulu atas ke, bulu bawah ke.. lebih-lebih lagi bulu idung dan bulu tuuutttt... bulu ketiak pon, kalu boleh kasi licin je.. sunat tu dicabut. jangan sampai segala bulu tu menebal dan mengembang..misai dan janggut pon, kalu nak disimpan, pastikan kemas dan jangan sampai misai tu masuk ke dalam mulut. Ingat!!! jangan biarkan misai tu sentuh bibir mulut. barulah kemas.

Kuku pendek
Kuku tu sila pastikan sentiasa pendek. Sunat kalu di potong setiap hari Selasa dan Jumaat. Paling  malas pon, pastikan sekurang-kurangnya setiap minggu kena potong.

Baju bersih
Sila pakai baju yang sentiasa bersih dan kemas. tak semestinya baju yang mahal dan berjenama.. janji baju tu takde bau, takde kotoran, dan takde kedutan..


Aku nak korang sedar, orang lain takkan tegur dah korang kalu korang ada memberikan suasana tak selesa kepada mereka kerana mereka tak tergamak nak bagitau korang. mungkin diorang taknak korang kecik hati nanti bila ditegur. contohnya kalu tak berus gigi, orang akan mengata korang dibelakang. depa takkan bagitau terus kat korang. apa susahnya nak berus gigi tu?? 5 minit pon tak sampai kot~ sebelum orang mengata korang kat belakang, baik korang fikir apa yang aku katakan ni. Kalu korang nak terasa ngan aku, takpe la.. sebab kita tak kenal pon. jangan sampai korang jadi malu bila kena tegur ngan orang yang korang kenal je la pasni.Ingat, korang tu dah besar... tak perlu la orang lain yang kena beri perhatian kepada kekemasan diri korang.

6 Orang mengumpat:

ghost said...

peh!nasib baik aku alert dengan tuh semua...

bila ia menjadi rutin ia bukan lagi menjadi satu kejanggalan untuk kita lakukan atau terlupa...

tapi kadang ada juga terlupa macam aku terlupa mau bercukur.

Ayuni said...

hikhik, sye pun segan nk wat camtu kt tgh org ramai......hm, x tau plak ader laki yg ske observe....

Lydia Miza said...

hihi...ada yg tak suka gosok gigi sampai kita leh nmpk taik gigi dia...adoiii

Anonymous said...

Kuku pendek adalah sangat ditekankan dalam Islam. Rasulullah pernah bersabda mengatakan "Orang yang membela kuku panjang umpama membela sekandang khinzir". Bayangkan bertapa pentingnya untuk kita memotong kuku kita.

deeya said...

LIKE3 !!! yang kat atas tu semua perlu dibuat .. pkir2 kan lah sndiri . kebersihan itu kan sebahagian daripada iman =)

cantek nom folower 444 .. nak cacatkan lah jadi yang ke 445 . ngeh3 !

Unknown said...

ghost : aku kadang2 sengaja x nak cukur..kasi simpan skit2~ dh bosan baru cukur..ahahaha


Ayuni :jgn la sesekali buat gitu..ekekeke. hmm~ bukan nk tgk sgt pon kat dia tu, tp tertengok. sbb lawa sgt kot.aahhaha


akak LM : huhuhu..nk bercakap pon geli rasanya dgn org cam tu.paling penting jgn comolot..ahahaha


Miss Tira :betol3x..


Deeya : perkara wajib tp ada juga yg x nak buat..heran betol..
ish..x puas lg tgk nombor tu.dh rosak akhirnya..haish~ hahaha..btw, tq sudi follow :)