Dalam majalah ke, dalam pesbuk ke dan mana-mana sahaja, selalu je kita tengok sifat-sifat seseorang dari tarikh lahir la, jenis darah la, warna kesukaan la dan macam-macam lagi. Aku sebenarnya malas dah nak layan benda-benda gini. karut je belaka..tapi kalu bab warna kesukaan tu, ada juga la yang betolnya sikit-sikit..sebab warna yang kita suka ni biasanya selalu ada disekeliling kita, dan persekitaran kita biasanya mampu mencorakkan emosi kita. tapi aku tak la percaya habis benda-benda macam ni..
Ada yang berpendapat bahawa baca benda-benda macam ni sebagai syirik, berdosa... bagi aku tak la sampai jatuh hukum syirik. sebab tu hanya orang kata dari kajian dan bukannya menjadi ramalan untuk masa depan kita. yang ramalan harian / mingguan / bulanan tu memang tak leh pakai terus la.. tu betol la ramalan .. apa yang aku tak suka nak layan segala kata-kata sifat ni bukan kerana orang dah jatuhkan hukumnya. tapi sedar tak korang, apa yang di beritahu dalam setiap kategori tu lebih kurang sama je maksudnya? yang berbeza hanyalah ayatnya sahaja.
Cuba korang bandingkan, sifat orang yang lahir bulan 3 adalah baik, rajin, kreatif, keras kepala.. bulan 4 pulak sifatnya disukai orang, suka buat kerja, daya imaginasi tinggi, degil.. cuba bandingkan ayat tu.. maknanya lebih kurang sama je pon. tapi bila korang baca, tentulah akan fokus kat bulan kelahiran sendiri.. hmm..aku lahir bulan Mei.. mata pon melilau cari bulan makna bulan Mei.. pastu baca satu-satu.. disenangi masyarakat.."hmmm ye kot.".. pastu, ringan tulang.. "memang aku ringan tulang pon..hehehe.. " baca lagi..suka memikirkan kelainan.. "yup..memang sama dengan aku"..tak mendengar kata.."hmm...ada lah..."
Nampak tak?? sifat yang diberikan tu sebenarnya sifat umum je. sesiapa pon ada sifat tu. dan biasanya sifat yang positif lebih banyak dimasukkan berbanding sifat negatif. supaya orang jadi gembira je bila baca benda alah ni.. tak de pon dia bagitau, ko suka berjudi, suka tinggal sembahyang.. aku tak katakan itu sebagai ramalan sebab dia bukan bagitau korang akan jadi doktor masa umur 30 tahun. ko akan kawen bila berusia 27 tahun dan mempunyai 13 orang anak..ramalan tu, bagi aku adalah 'agak-agak' kepada masa depan.. maknanya korang boleh tentukan takdir serta qada dan qadar korang. sedangkan takdir tu adalah rahsia di loh mahfuz dan malaikat sendiri tak mengetahuinya.
Setakat nak baca kajian orang dari tarikh lahir tu takde salah sampai syirik.sebab benda tu semua benda umum. tapi baca pon takde pekdah jugak. buang masa je.. setiap kategori pon sama je maksudnya. walaupon benda ni dikatakan ramalan dan di setujui oleh majlis fatwa pon, aku tetap tak setuju kata benda ni syirik. Jangan kerana aku tak pakai jubah, serban, aku tak leh pegang pendapat aku dan cop aku sebagai munafik...Aku percaya kepada diri aku dan aku percaya kepada Tuhan dan pegangan aku. tak pernah aku nak mempersekutukan-Nya. Hmm..kenapa tafsir mimpi tak dikatakan syirik?? mungkin sebab ia pernah menjadi mukjizat Nabi Yusof.. mungkin...
2 Orang mengumpat:
sye bace jer, tp kdg2 kne jugak ngan kte....
saya lahir bulan 4.. ehhh degil ka?? nda pn.. hehe...
jom join nie..
http://miszydian.blogspot.com/2011/04/dayana-az-dan-miszy-dian-buat-lucky.html
Post a Comment