Terbaca di Harian Metro pasal seorang pelacur yang mengandung sembilan bulan. dia berhasrat nak berhenti dari melacur tapi tetap lagi nak menjadi pelacur.. ish~ pening kepala dok pikir.. kejap nak berhenti, kejap nak teruskan.
Terasa dirinya berdosa dan ingin bertaubat tapi masih mengejar kemewahan. dengan alasan untuk membesarkan anak dalam keadaan mewah, dia sanggup meneruskan pekerjaan jijiknya itu.kononnya tiada pekerjaan yang sesuai dengan dirinya yang berpendidikan rendah.. Terdetik di kelapa hotak aku yang berjambul, kenapakah begitu singkat pemikiran manusia ini? kenapakah harus juga mengejar kemewahan? berniat lagi untuk menipu anaknya kelak agar pekerjaannya tidak diketahui si anak.. huh!! bangkai gajah, kalau ditutup pon tetap nampak. sepandai-pandai monyet melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..
Apakah tidak mampu untuk terus hidup dengan bekerja sebagai pekerja kedai makan? apakah tak boleh teruskan hidup dengan bekerja cleaner? apakah akan mati jika bekerja menjual kerepek? jika kena caranya, penjual kerepek pon mampu untuk hidup mewah. Sudah tahu diri berdosa, dan ingin bertaubat, mengapa saja tidak terus bertaubat? dipilih juga untuk terus bergelumang dosa.. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan. jangan sampai disaat Izrael sudi bersua muka baru ingin membuang segala dosa. disaat itu tidak berguna lagi segala penyesalan.
tak perlu mengejar wang berpuluh ribu. cukuplah sekadar mampu mengisi perut, membeli baju pakaian, mendapat tempat berteduh.. Huh!!senang kan aku bercakap. kerana kepayahannya bukan aku yang tanggung. memang senang untuk aku mengeluarkan kata-kata.. tapi fikirlah, dimana susahnya untuk terus hidup? rezeki Tuhan amat luas dimuka bumi ini. terserah kepada kita untuk memilih cabangnya. Rasulullah dan para sahabat boleh hidup hanya dengan memakan kurma dan air suam. kenapa kita tak mampu untuk berlaku seperti mereka? Sebabnya kerana kita terlalu memilih dunia...
13 Orang mengumpat:
btul, bnyk lg rezeki
ntah kenapa harus singkat pemikiran manusia ni..
Mereka cari keseronokan hidup dengan cr hasil yg lumayan tanpa perlu kerja keras..huhu
aku setuju shatoo..kenapa mesti dibiasakan anak yg bakal dilahirkan dgn hidup mewah kalau saja dia terlalu sukar utk mewah..berapa lama dia mampu bertahan.lebih baik dia mulakan dengan mencari kerja yg halal dan selayak kelulusan dia.muslim or not?
dah bc jgk kisah tue..rs pmpn tue xtetap pendirian..hurm..semoga dia diberikan kesedaran utk berubah..amin..
cik tom rs unik la nickname shatooman..1st time dgr :)
LM : begitulah lazimnya manusia zaman skrg..
biskut : betol tu..kemewahan dengan cara haram x kan mampu bertahan lama.. bila dh tua takkan nk terus melacur..siapa mau langgan bila dh jadi ayam tua. semua tu hanya keduniaan & x kan berkekalan..
cik tom : susah kalu tak tetap pendirian.. smoga dia dibekalkan iman agar pendirian dia lebih kukuh lepas ni..
nickname unik?? hehehe tq.. ^^
ajak la bakal ibu tu kje direct selling ke..hue hue
Man dia sbnrnya juz nak dpt perhatian jer...klu btol2 da insaf xde plak nak msk paper cmtu....napelah nak aibkan diri sendiri, xpk prasaan org yf knl dia ke...??ikhlas ckp citer dia dia kat metro is like rubbish man
Man dia sbnrnya juz nak dpt perhatian jer...klu btol2 da insaf xde plak nak msk paper cmtu....napelah nak aibkan diri sendiri, xpk prasaan org yf knl dia ke...??ikhlas ckp citer dia dia kat metro is like rubbish man
Vampire's lovex : dia nak kemewahan je.. mungkin tak berminat dengan direct selling.
memorabilia : x tahu lah yie.. tp mudah-mudahan dia dapat hidayah pasni. smoga dia dapat berubah dari terus dok dlm dunia najis tu..
kau teguhkan la iman hamba mu ini..ya allah~
insaf aku baca...toink.,toink.,
bantalijau : sama-sama berdoa mengharapkan keampunan dan kerahmatan.. ^^
Post a Comment