Pages

Thursday, December 23, 2010

Getah oh getah~

Sungguh tak disangka harga getah sekerap sekarang dah melambung tinggi. Dengar kata orang dah cecah RM7 sekilo..fuh~ mewah la penoreh getah pasni. Sorang kawan tu bagitau, mak dia menoreh dalam 4 hari dah dapat dekat Ringgit Malaysia Lapan Ratus sahaja.. Mesti otak kita akan membayangkan betapa mewahnya hidup penoreh getah. Silap-silap pergi menoreh lepas ni pon naik BMW.

Tapi semua tu hanya menjadi mimpi ngeri buat para penoreh getah sekarang. walaupon harga getah naik melambung, tapi cuaca pulak tak mengizinkan aktiviti torehan berjalan dengan lancar. Ye la, hujan tak henti-henti.. macam mana nak menoreh. begitulah nasib penoreh getah.. bila hujan je, harga getah melambung, panas je harga menjunam.. kesian sungguh kepada mereka.

Cita-cita sang penoreh untuk memiliki BMW tetap tinggal angan-angan.. tapi kalaulah hujan dapat berhenti sekarang ni, alangkah gembiranya mereka.. paling kesian, bila terfikirkan keadaan keluarga mereka. dah hujan tak henti-henti, dari manakah mereka nak mencari duit untuk sesuap nasi? Tapi rezeki itu ada dimana-mana.. terpulanglah kepada kita untuk mendapatkannya. harap-harap golongan penoreh getah mampu menjana duit ribu-riban lepas hujan berhenti..


p/s : susah nak dapatkan kebun getah sekarang..semua sudah ditempah~ dah ada penoreh. kalu tak, aku dah memegang jawatan penoreh getah dah sekarang~ ;p

6 Orang mengumpat:

Ayuni said...

trylah kelapa sawit plak, hikhik....

ghost said...

uish...besaq tuh.menorah dalam 5 hari jer leh beli ps3 ooo...

tapi tuh la,hujan telah spoilkan semua angan2 tuh..untuk mereka yg bergantung pada hasil getah lah.aku bab menoreh nih tak reti..

Puan Nurussalwa said...

haa.. bley benti jd blogger, then jd penoreh.. huhu~

(^_^)

Unknown said...

Ayuni : kelapa sawit mahal ke?? hehehe

biskut : menoreh mmg susah..kalu x pandai, boleh mati pokok getah tu~

manna_salwa : kalau kebun getah masih ada yg kosong... dh lama g noreh ni~ ahahha

Faizal Sulaiman said...

ngeh ngeh ngeh

dulu pernah tolong ayah kutip getah and wondering getah tu sumbang rezeki pada family:)

Unknown said...

FaizalSulaiman : bestkan kutip getah~ habis bau satu badan~ ekekeke.. tp bila dpt upah, x kisah pon bau busuk tu.. ;P