Kali ni, tetiba pulak aku nak bagi ceramah agama.. rasanya perlu jugak dikongsikan sedikit pengetahuan yang ada semoga boleh menjadi panduan kepada yang tidak punya pengetahuan. Ilmu itu amat luas.ada yang kita ketahui dan banyak lagi yang kita tidak ketahui. berkongsi Ilmu amatlah penting agar semakin ramai yang akan mengetahui akan sesuatu yang kita ketahui..Pasal sembahyang ni, pasti ramai yang dah tahu dalam Islam, sembahyang yang juga disebut solat terdiri dari 5 waktu yang fardhu dalam sehari. maknanya wajib kita tunaikan.
Tidak kira walau dimana kita berada, kita perlu menunaikan sembahyang selagi kita masih bergelar muslim. selalu kita dengar ayat, "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Maknanya, sembahyanglah sebelum kita mati dan dikafankan lalu dilakukan sembahyang jenazah keatas kita. Saat kita di sembahyangkan, tiada guna lagi penyesalan kerana jasad dan roh sudah pon terpisah. Yang aku nak kongsi disini, sangatlah penting sembahyang itu dan tidak boleh ditinggalkan sesuka hati melainkan keuzuran dan sebab-sebab tertentu.
Wahlal kita bergelumang dengan maksiat dan dosa sekali pon, kita wajib untuk sembahyang. Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang mana sesiapa yang melakukan dosa seperti meminum arak, berzina, lari dari medan perang, amalannya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari. Jadi, dalam masa 40 hari tu, segala amalan kita adalah sia-sia dan tidak diberikan pahala. Jadi sesetengah manusia beranggapan, adalah x perlu lagi sembahyang kerana Tuhan takkan terima amalan. Sebenarnya, perbuatan mereka hanya akan menambahkan dosa kerana telah meninggalkan sembahyang. walaupon sembahyang tidak diterima, itu adalah kerana perbuatan dosa yang telah kita lakukan namun sembahyang masih wajib ke atas kita.
Contohnya kita telah meminum arak maka kita merasakan berdosa dan amalan takkan diterima selama 40 hari.. jadi kita hanya menunggu selepas 40 hari untuk beribadat. Macam mana Tuhan akan memberi keampunan dalam 40 hari jika kita tidak bertaubat? tindakan begitu hanya akan menambah dosa ke 2 saja iaitu dosa meminum arak dan dosa tak sembahyang. Untuk mendapat keampunan, kita perlu segera bertaubat. soal dosa pahala yang diberikan, itu urusan Allah s.w.t. kita hanya perlu beribadat sebagaimana fiman Allah, "tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat untuk aku". Bila teringat ayat ni, aku sendiri pon rasa betapa berdosanya aku kerana lari dari tujuan aku diciptakan.. masih lagi mengejar keduniaan.
p/s : Tak tau la kenapa aku nak jadi ustaz jap hari ni.. macam nak baru dapat hidayah je.. harap maaf kalu entry ni membosankan dan memberitahu benda yang korang dah tahu~ ;p
0 Orang mengumpat:
Post a Comment