Hari ni dah berapa kali korang kentut? Setiap orang mesti pernah berkentut kan? kalu x pernah kentut tu maknanya ko tu bukan orang.. binatang pon berkentut..malah kalu kentut anjing, kucing tu lebih busuk dari kentut orang.nak tahu kenapa? nanti aku bagitau..meh, cekidaut perihal kentut~
Apa itu kentut? kalu korang nak tahu, kentut ialah gas didalam usus yang berasal dari udara yang kita telan, gas yang masuk ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut. kentut akan berbau busuk kerana mengandungi hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua jenis gas ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan korang, makin banyaklah sulfida & merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut, & makin busuklah kentut ko tu...
Kentut korang akan berbunyi dengan pelbagai nada kerana adanya vibrasi lubang anus a.k.a punggung saat kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi kentut bergantung pada kecepatan gas dan diameter lubang anus korang..ekekeke~ Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba dan hasil sampingnya pula ialah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & penuh dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil nada deringannya, tapi SBD (Silent But Deadly) hehehe...
Kentut juga akan keluar melalui anus a.k.a panggung punggung kerana tekanan di sekitar anus lebih rendah. pergerakan peristaltik usus menyebabkan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke awasan yg bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi gelembung besar. Kalau takde gerak peristaltik, gelembung gas akan naik ke atas lagi tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yang rumit dan berbelit-belit... kalu tak.....huh!! Boleh x korang bayangkan kalu kentut keluar dari lubang hidung korang..yuckks~
Betul ke lelaki berkentut lebih acap dari pompuan? Sebenarnya, kentut tidak ada kaitannya dengan jantina samada korang lelaki ke, pompuan ke, pondan ke, gay ke atau lesbian skalipon,...Kalu betol la pompuan tu suka menahan kentutnya maka apabila saat nak lepaskan kentutnya yang tertunda tu, pasti banyak giler jumlah gas kentut yg dikeluarkan. Maknanya kentut perempuan lebih bau ha..ha..ha... berbalik kepala soalan yang awal-awal dah ditanya tadi. kenapa kentut anjing dan kucing lebih busuk. Ini kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti lembu, kuda atau gajah yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau
*zon berkentut
*body lawa, tp perangai x senonoh.. boleh2 je kentut dalam air..
p/s : arghh, aku tengah mengantuk gila masa buat entry ni.. x tahu apa yang dah dicarutkan.. mau tido dulu jap.. selamat berkentut kepada semua pembaca yang sudi singgah kat blog ni.
3 Orang mengumpat:
silent but deadly tu yang bahaya.hahahahaha
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...
kang kadang memang ade yang meletup senyap-senyap cuma bau aje yang datang.... bau telur tembelang cehhhhhhh.... tak ade filter betol lahhh
Kentut juga sejenis perkumuhan jenis gas..hehe..
Post a Comment