Blogger baru kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. semakin hari semakin bertambah. Ada bermacam-macam konsep blog mengikut citarasa masing-masing. Gaya penulisan juga berbeza antara setiap orang. Ada yang orang suka baca, ada yang orang tak nak layan. Kadang-kala aku ada terjumpa dengan blogger otai yang suka hati mak tiri laki anak angkat datuk jiran dia je nak panggil blog orang lain sampah terutamanya kepada blogger baru.
Huh!! korang ingat dah ada follower beribu tu maknanya blog ko femes ke? orang kenal ngan ko ke? ada jugak aku tengok blog yang dikatakan otai tu lebih teruk dari blogger baru. Oleh itu, jangan la senang-senang nak panggil blog orang lain sampah. lain kepala lain cara pemikiran.. ada yang buat blog semata-mata untuk diari, ada yang nak meluah perasaan, ada untuk humor, ada untuk info dan tutorial. macam-macam benda boleh ditulis dalam blog. Jangan kata seseorang tu hanya menulis diari kehidupan seharian maka dikatakan blog yang tak berfaedah atau sampah. kalu korang tak nak baca, maka x payah la baca.. x perlu nak kutuk-kutuk.
Korang ingat kepala dia sama hitam, maka pemikiran harus sama dengan korang? mungkin juga dia tu anak mat salleh ke, kepala botak ke.. lain dah..jangan menilai biskut dari tin nya.. cuba-cuba la try rasa dulu macam mana..mungkin penulisan seseorang tu nampak membosankan. tapi gaya penulisan dan idea itu amat berharga buat si pemilik. bak kata pepatah orang putih, don't judge a book by its price.. eh, betol ke?
Kalu blog yang dok plagiat atau bahasa sopannya copy and paste tanpa bagi kredit tu boleh la jugak nak dikatakan tak berguna kerana si pemilik langung tidak mengeluarkan idea sendiri. Jika pengisian dan tajuk entry sama dengan blog lain tidak mengapa asalkan ada gaya penulisan tersendiri dan bukan sama bulat-bulat.. persamaan bujur-bujur tidak menjadi masalah kerana ia dari idea kita sendiri. Ingat, jika nak copy and paste, sila minta izin atau bagi kredit dengan memasukkan link tuan empunya yang asal. Blog aku dulu pon ada unsur-unsur plagiat tapi pandai-pandai la bertobat.. yang mana aku tak bagi kredit tu, maknanya aku lupa dari mana aku ambik. sebab banyak benda-benda yang menarik aku akan save dulu dalam komputer. pastu mula la tak ingat dari mana aku ceduk benda tu..(-_-;)
Bagi aku sendiri, aku tak mintak pon korang datang baca blog aku. Tapi kalu ada yang sudi datang aku gembira. kalu ada yang komen, lagi aku gembira. Kalu takde orang nak komen pon aku tak kisah. Niat aku menulis kerana ingin berkongsi pengetahuan, pandangan dan pengalaman je.. Aku tak mengharapkan komen beratus, follower beribu.. tapi kalu mendapat semua itu, aku hanya mampu tersenyum. tapi aku rasa susah kot nak dapat follower beribu sebab aku kurang BW. aku banyak baca blog orang sebagai silent reader je.. kalu boleh komen, aku bagi.. kalu tak boleh, kadang-kadang aku tinggal jejak kat shout box, kadang-kadang tak. so, denga prinsip blogger i follow u, u follow me back, memang susah untuk aku mempunyai ramai follower.
p/s : tolong jangan hina blog orang lain kalu korang belum jumpa kemanisan blog tersebut..
p/s/s : aku ada letak poll kat side bar sebelah atas blog ni.. kalu nak kutuk ke, nak mendajalkan aku ke, sila vote ke poll ye~
6 Orang mengumpat:
sye ske blog awk, pnuh keikhlasan, sbb tu ske komen kt cni...
wow...telus xde srok3 ek..hahaha..lantak la org nk kate ape ek, kite sndiri tahu ape kite tulis sudah..sy kalau jumpe blogger otai mcm, ayat sikit nk kerek gile, mmg tros pngkah je..xsinggah pon xpe..
Ayuni : hahaha..sgt menghargai kata-kata tu..tq
mia : mesti kena telus.. otai pon kena la sedar, tanpa budak2 yg digelar noob ni menjadi follower, si otai takde maknanya..
ntah lha shatoo..aku pun tak faham tentang tuh.perasaan dowank jer tuh fikir dowank best.aku belum lagi berhadapan dengan situasi nih..tapi rasanya kalau aku tersua dengan kritikan dowank,mungkin aku senyum mungkin jugak akan bertemu buku dengan ruas...hihi.
buat tak tau jer shatoo..janji menulis kerana kepuasan.paling penting original,bukan duplicate.
biskut: betol tu..menulis kerana kepuasan sendiri.. blog aku tak femes.. ada aku kesah?? hahahaha..
blog layout nak same dgn adik je...eeewww...gay sungguh!lalalala
Post a Comment