Rasanya ramai dah rakyat Malaysia ni kenal ngan Namewee kan? Mamat sorang ni memang tak habis-habis nak timbulkan kontroversi dengan video-videonya..Mengaku tak bersikap rasis dan menyokong dasar 1 Malaysia. namun hakikatnya, dia hanya mencetuskan kemarahan pelbagai kaum di Malaysia ni. Dari video yang mengubah lagu negaraku, pastu video fuck TNB dan macam-macam lagi, kali ni timbul pulak video pasal nak buat filem 1 Malaysia.
Pada pandangan positif, aku tengok ada baiknya juga niat dia.kononnya nak menyatukan bumiputera dan bukan bumiputera melalui filem bertemakan 1Malaysia. Tapi cuba la pikir balik, cerita yang kau nak buat tu dalam bahasa Mandarin. Mana la nak lulus.. tak kan la kau yang dah besar panjang tak tahu kot, mengikut perkara 512 dalam perlembagaan, Malaysia, Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu.. Dah kalau nak buat cerita berbahasa selain Melayu, sah-sah la takkan lulus.kurang-kurang biar la ada pelbagai bahasa contohnya ada bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Iban, Dusun, Jawa..Kalu buat dalam bahasa cina je, mana penjelasan 1Malaysia kau tu? Hmm.. dari sumber yang aku dapat, Namewee ni tak fasih pon berbahasa Melayu. Tu ciri-ciri Malaysian ke, kalau tak dapat mematuhi perlembagaan?
Maaf, aku bukan nak rasis..aku pon ramai kawan dari kaum Cina, India, Dusun, malah Siam skalipon.. tapi aku boleh berkawan elok-elok je dengan diorang. tiada pon sifat-sifat nak memusuhi malah boleh lagi bertepuk tampar , bergelak tawa bersama. Cina di Kelantan boleh-boleh je cakap loghat Kelantan dengan pekat.. boleh minum kopi bersama, makan budu bersama.Tapi encik Namewee ni cakap dia tak rasis.. tapi tindakan yang encik lakukan tu semuanya mendorong ke arah rasis.. Nampak sangat tujuan video tu dihasilkan sebab nak hancurkan permuafakatan yang sedia ada. kalau niat tu dah menyimpang, memang orang boleh nampak la.Tapi pemerhatian aku terhadap perkauman ni, hanya Kelantan, Sabah antara negeri yang tak mengamalkan sangat rasa perkauman ni.
Kepada Namewee (aku eja nama kau pon masih huruf besar, sebab masih hormatkan sesama Malaysia), Kalu masih nak buat filem berbahasa Mandarin, bermula lah dari bawah dengan usaha sendiri..kenapa masih memerlukan bantuan kerajaan? bukankah ramai lagi pengarah dan penerbit mengeluarkan filem berbahasa Mandarin yang berjaya dengan usaha sendiri.. tengok je David Teo.. berbangsa cina tapi berjaya menerbitkan banyak filem Melayu.. aku rasa cara David tu lagi bersifat 1Malaysia.. Kalau kau nak teruskan filem berbahasa Mandarin, lebih baik pergi je cari penerbit kat negara China. sebab kalau minta kat Indonesia pon, depa takkan terima selain bahasa mereka. cuba la fikir panjang-panjang sebelum nak buat sesuatu. sebab dari kesingkataan cara kita berpikir, orang lain akan nampak dengan jelas kebodohan kita..
p/s: kadang2 menyampah juga tengok aksi si Namewee, kadang-kadang kesian pon ada sebab nampak terlalu bodoh je diri beliau. Slalu nak buat benda-benda bodo.. haish~ korang nak kata aku bodo? aku tak kisah pasal aku bukannya cerdik pown..miahahahaha..
2 Orang mengumpat:
kang ada banyak isu plak dia buat thru his movie tu.huhu
huhu.. biarlah dia hidup dgn dunia dia sendiri~wakakakaka
Post a Comment