Pages

Wednesday, July 27, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Rejab itu bulan untuk Allah s.w.t.. Syaaban itu bulan untuk Rasulullah.. Ramadhan pula bulan yang di khaskan untuk orang Islam..Para sahabat dahulu mengeluh kerana tidak dapat beramal lama seperti umat terdahulu, maka diberikan kepada kita bulan Ramadhan yang sekaligus menggandakan pahala amalan kita dan di kurniakan lagi malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut menyamai amalan selama 1000 bulan yakni 83 tahun. Para sahabat dahulu begitu gembira apabila menyambut kedatangan Ramadhan kerana dapat beribadat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Berlainan pula sambutannya pada manusia zaman kini.. 

Kedatangan Ramadhan seolah-olah satu musibah kerana sukarnya untuk menahan dari kelaparan dan kehausan..  Sifat manusia yang semakin lari dari tertib agama ini juga tak lekang dari hati aku yang masih punyai nafsu.. betapa seksanya mengharungi sebulan masa dengan kepayahan untuk mendapatkan makanan di siang hari.. Bila aku terkenangkan tahun-tahun yang terlepas, ahh, ruginya aku kerana tak mengendahkan kelebihan Ramadhan.. Sewaktu manusia lain menunaikan perintah Tuhan dikala siang hari, aku hanya tidur untuk mengelakkan kelaparan itu berleluasa. Tatkala malam pula, disaat insan lain mengangkat takbir terawih beramai-ramai, aku hanya bisa mengadap skrin laptop yang menjadi kebanggaan selama ini.. di saat orang lain bertadarus, aku pula memasang lagu dari MP3 sehingga membingitkan telinga.. tapi aku berasa gembira dengan hiburan dunia sehingga tiada secebis rasa berdosa dan bersalah.

Sekarang aku mula mengira..ahh.. Ramadhan tahun ini sudah menghampiri. perlukah aku terus berdampingan dengan keasyikan duniawi? Apakah tiada penyesalan jika tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buatku? Terdetik pula dihati ini, andai ini Ramadhan terakhirku maka rugilah aku hidup didunia tanpa mengambil kesempatan untuk beribadat seperti 1000 bulan. Pasti menyesal kerana Izrail datang sebelum aku berterawih bersama imam. Walau apa pun, tahun ini aku perlu berubah.. aku mesti berubah.. dunia sudah tak menjanjikan apa-apa.. Jika Ramadhan yang terakhir pun  aku masih kelalaian, apa yang harus ku jawab pada Mungkar dan Nakir?

Ramadhan itu untuk umat Muhammad. Aku juga umat Muhammad.. maka Ramadhan itu adalah untuk aku.. Sungguh Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan sekalian alam.. dari mula penciptaan alam, aku telah ditempatkan untuk menjadi umat Muhammad yang punya kelebihan. beribadat semalaman tapi bersamaan 1000 bulan.. Tuhan tahu, jika aku ditempatkan bersama umat lain, tak termampu untuk aku beribadat selama 1000 bulan itu. sedangkan untuk satu malam aku sudah pun liat..Tuhan masih beri aku kesempatan.. Tahun dulu berlalu dengan kealpaan. Moga Tuhan beri aku kesempatan untuk bersama Ramadhan ini..Andai ini Ramadhan terakhirku, aku hanya pohon pada-Mu, semoga dapat aku bertemu dengan Lailatulqadar-Mu.. Ingin aku pohon keampunanmu pada malam itu.. Ingin aku doakan kesejahteraan kedua orang tua ku, Ingin aku mendapatkan keredhaan-Mu...


Hmm...layan Harapan Ramadhan dari Raihan ngan Man Bai dulu~



Entri ini dibuat bagi menyertai segmen yang dianjurkan oleh  Blog The Garden of Love, Pilihan Hati dan juga Wardah Humairah bersempena Ramadhan yang kian mendatang.. Kalu nak join, sila klik banner di atas.



6 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

satu ingatan untuk aku juga.thanks bro!

Fiza A said...

ingin berubah jgk.thanks ! ;)

Puan Nurussalwa said...

mr.shatooman!
Assalamualaikum wbt..
suka sangat cara penyampaian ni, terkesan di hati..

moga Ramadhan ni lagi baik dari Ramadhan2 yang dah lalu..

(^_^)
masyeh join ye..

Unknown said...

FaizalSulaiman : saling beri ingatan~ :)

Unknown said...

fiza : sama2 kita berubah ke arah kebaikan. ^^

Unknown said...

cik nurussalwa : walaikumsalam.. insyalaallah, smoga ada sedikit kesedaran pd hati.. tq