Masyarakat kita sering menyalah ertikan makna rezeki. Bila
disebutkan rezeki, otak sering memikirkan soal duit dan harta. Padahal rezeki
itu lebih luas maknanya. Air itu rezeki, bukit-bukau itu rezeki,
tumbuh-tumbuhan itu rezeki, kesihatan itu rezeki bahkan bernafas itu juga satu
rezeki. Tanpa rezeki manusia akan mati. Begitulah Maha Pengasihnya Allah s.w.t
terhadap makhluknya. Setiap hidupan ada rezeki masing-masing.
Bila kita dimurahkan dan dilapangkan rezeki oleh Allah
s.w.t, hidup kita akan sentiasa senang. Tak kira taraf hidup sama ada kaya atau
miskin. Kekayaan bukan pengukur limpahan rezeki dari Allah. Kadang-kadang orang
yang kita lihat kaya dan bergaya itu sebenarnya hidup penuh dengan hutang.
Apakah orang yang sentiasa sakit kepala kerana memikirkan hutang keliling
pinggang tapi mampu makan di hotel mewah itu murah rezeki? Apakah tukang kebun
yang bahagia bersama isteri dan anaknya yang berjaya menjadi Hafiz itu sempit
rezekinya? Tidak..tidak..dan tidak sama sekali..
Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana untuk dimurahkan
rezeki. Kalau korang masih nak anggap rezeki itu sebagai duit dan harta pon
terpulanglah. Sebab duit itu juga salah satu rezeki. Apa yang aku nak kongsikan
ini pon adalah hasil dari pengalaman aku sendiri. Sekarang ni aku masih tak
bekerja. Namun aku masih mampu untuk hidup bahagia dan memenuhi segala
keperluan aku. Macam mana aku dapat duit untuk memenuhi keperluan diri aku
sedangkan aku tak bekerja? Macam ni cara-caranya…
Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Jangan sesekali tinggalkan apatah
lagi saja-saja nak tinggalkan. Solat itu suruhan Allah. Kalau kita ikut apa
Allah suruh, pasti Dia akan bagi apa yang kita nak. Ye tak? Macam mak kita
suruh kemaskan rumah la. Kalau kita ikut arahan mak kita, pastu kalau kita nak
minta upah pon mak kita tak kisah nak bagi. Kalau kita malas nak kemaskan rumah
macam yang mak kita suruh, kita nak minta duit pon dia berat nak bagi.. Allah
pon sama la.. kita buat dulu apa yang Allah suruh, pastu kita minta la apa yang
kita nak.. Kalau boleh, buat juga solat sunat macam solat hajat, solat dhuha..
Doa
“Mintalah Apa yang kau inginkan , nescaya akan aku tunaikan”.
Itu adalah janji Allah s.w.t. Allah takkan mungkir janji seperti kita. Janji
Allah itu pasti.. Dah Tuhan suruh kita mintak, mintak je la… Kenapa kita taknak
minta sedangkan kita sentiasa diberi peluang? Kalau orang lain yang bagi
peluang macam ni, cepat pulak kita mintak apa-apa sedangkan janji orang ni tak
la boleh pakai sangat..
Sedekah
Kalau nak duit banyak, kita pon kenalah sedekahkan banyak
sikit duit yang kita ada. Allah dah janji, setiap sedekah yang kita keluarkan,
Allah akan balas 10kali ganda. Wow!!! 10 kali ganda tu.. Kalau kita sedekah
seringgit, Allah pasti akan balas 10hengget.. kalau kita sedekah 10hengget,
Allah akan balas 100 hengget. Kalau 1000 hengget, Kita akan dapat 10ribuhengget..
Jangan tak percaya..Ini janji Allah. Apa yang penting kita kena yakin.
Yakin-seyakinnya Allah akan balas balik amal perbuatan kita. Para Sahabat yang
tersohor kaya seperti Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman bin Auf sering mendermakan
harta mereka. Apakah mereka jatuh miskin? Tidak, bahkan semakin kaya.. Nak
sedekah tapi tiada duit? Jangan bimbang, senyumnlah selalu.. senyum itu juga
satu sedekah.
Bersyukur
Nak dimurahkan rezeki lagi, didiklah diri kita supaya
menjadi orang yang bersyukur. Jika kita sentiasa bersyukur, Allah akan
memudahkan dan melengkapkan hidup kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Duit dalam poket ada 5hengget, kita dah susah hati sampai mengeluh. Sedangkan kita
terlupa bahawa masih ramai orang yang tidak mempunyai 5sen pon. Firman Allah, “sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan menambah (rezeki) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (mengingkari
nikmat-Ku) maka azab-Ku amatlah keras”
Berzikir dan membaca
Al-Quran
Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Dari
kita dok menyanyi melalak sambil bawa kereta, adalah lebih baik kita berzikir. Puji-pujian
terhadap Allah. Allah pon suka kalau orang selalu memuji-Nya. Dah kita selalu
puji Dia, Tuhan pon pasti akan tolong kita. Pasti Dia akan melimpahkan
rezeki-Nya kepada kita.Baca Al-Quran juga pahalanya sama seperti bersedekah.
Usaha dan Tawakal
Nak dapatkan apa-apa pon, kita kena berusaha. Segala
keinginan kita takkan datang bergolek dengan sendiri. Tapi kadang-kala, rezeki
itu juga boleh datang dengan sendiri. Itu Kehendak Allah. Takde yang mustahil.
Aku sendiri tak bekerja tapi masih mampu dapat apa yang aku nak. Walaupon takde
duit, tapi hati teringin nak makan KFC, tetiba Allah akan hantar KFC tu kepada
aku. Adalah perantaraan tu.. Yang paling penting tawakal lah sepenuhnya kepada
Allah. Allah lah pemilik rezeki yang sebenarnya dan Dia jua lah yang akan
memberikan rezeki-Nya kepada kita.
Apa yang aku kongsikan ini adalah dari pengalaman hidup aku
sendiri. Kalau nak diceritakan satu-satu, memang takkan habislah bab rezeki ni.
Aku berikan sedikit je.. Apa yang penting, kita kena yakin, rezeki itu dari
Allah. Berserahlah kepada-Nya..
1 Orang mengumpat:
moga dmurahkan rezeki..insyaAllah
Post a Comment