Pages

Sunday, March 10, 2013

Segalanya politik


Semakin PRU kian menghampiri, semakin banyak topik pasal politik. Aku betol-betol dah berbulu mata tengok post-post dan komen-komen dari pelbagai pahlawan politik menggunakan keyboard ni. Tak kira dari parti mana, kerja depa asyik kutuk-mengutuk, kata-mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah sama sendiri.. Kalau dipanggil bangang kan , lagi la terloncat melatah tak tentu hala..

Segala benda pon nak di politikkan.. pasal bola pon ada politik, pasal menyanyi pon nak ada politik, kucing nak beranak pon kena ada politik. Isu di Lahad Datu pon masih nak dipolitikkan. Orang tengah cemas, takut, sedih, geram, tapi depa masih boleh nak kaitkan politik. Kononnya ini rancangan si A. Si A pulak kata rancangan si B. Ada yang fanatik politik pulak mencelah, kenapa orang sulu nak serang time PRU semakin hampir? Ni mesti agenda si polan-polan ni..Apa ke bodoh bangang nye ko ni… habis kalau kiamat nak berlaku esok, lusa pon ko nak salahkan parti mana?

Macam-macam tuduhan, macam-macam cerita tercipta.. entah betul, entah tidak. Nak mengata buruk tu, kalau tak betul jadi fitnah..dosanya lebih besar dari membunuh. kalau betol pon, dok cerita aib orang, nanti Tuhan buka jugak aib ko di padang mahsyar nanti.. Macam dah jadi satu kemestian.. setiap tajuk yang keluar, semacam tak boleh dipisahkan dari politik.

 Kepada penyokong-penyokong kuat parti politik tu, tak kiralah dari belah mana pon, harap-harap berhenetilah mengaitkan bab politik dalam segala benda. Parti mana yang menang hanya ditentukan sekali sahaja.. masa pilihanraya.. tak payah dok bising canag keburukan orang lain la. Duduk je diam-diam..sampai masa untuk mengundi, pergi je mengundi.. kalau dok bising-bising kat pesbuk je, tapi daftar mengundi pon belum, baik jadi ayam je la..

2 Orang mengumpat:

Aieda Adnan said...

betul2..politik tak kotor, orang yg mmbuatkannya nampak kotor

Unknown said...

yup..politik sepatutnya bersih.. tp dilihat kotor kerana telah dikotori oleh mereka yg pengotor~ ;p