Pages

Saturday, August 13, 2011

Mencari Lailatulqadar

Bulan Ramadhan menjadi bulan untuk kita mengumpul pahala kerana pada bulan ni, pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya dan akan tertutupnya pintu-pintu neraka.. Dek kerana tidak berumur panjang seperti kaum-kaum terdahulu, umat Muhammad diberi keistimewaan iaitu malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal seribu bulan.. 

Banyak petanda yang diberikan kepada kita untuk mencari malam tersebut.. sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih kerana memberikan malam istimewa itu pada bulan Ramadhan.. dinyatakan pula dibulan Ramadhan itu, malam Al-Qadar terletak pada sepuluh malam terakhir.. lebih detail lagi, pada malam ganjil.. jadi sah-sah la malam tu hanya akan jatuh pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.. Hanya dalam 5 malam sahaja..tapi, selama ni, pada tahun-tahun yang lepas, pernahkah kita berjaga malam untuk beribadat pada 5 malam ni? hanya 5 malam setahun.. diberi lagi tanda-tanda Lailatulqadar ialah, malam tu akan sunyi sepi, tenang, cuaca elok.. pada paginya tu, langit seakan mendung..

Belum bersediakah kita untuk mendapatkan amalan yang sama seperti seribu bulan hanya dengan satu malam? Jika tak pasti hari apa, cuma cari malam tersebut dalam 5 malam sahaja.. Sesungguhnya Allah tidak membebankan manusia.. diberi kita peluang untuk mencari keredhaan-Nya.. Teringat aku masa kecik-kecik dulu, selalu je dengar cerita orang tua pasal malam lailatulqadar.. Ada yang kata nampak pokok sujud, ada yang nampak kuda terbang dan macam-macam lagilah..

Yang paling aku tak boleh lupa ialah ada sorang pakcik kat kampung aku.. dah lewat malam, dia baru balik ke rumahnya dengan berbasikal.. dalam perjalanan tu, dia ada jumpa sorang orang tua yang berpakaian serba putih berjalan kaki.. dia hanya menyapa hendak kemana.. orang tua tu hanya menjawab nak pergi ke surau depan tu.. baru je lepas selisih, pakcik tu terus terfikir, orang tua tu bukan orang kampugnya..tak pernah nampak pon.. bila fikir2 lagi, arah belakangnya yang dituju orang tua tu mana ada surau.. surau kat arah depannya.. lantas dia terus berpaling ke belakang.. sunyi sepi.. gelap gelita.. tiada sebarang manusia.. kemana pulak pakcik tua yang berjalan kaki tadi??  terus dia teringat malam lailatulqadar.. Ahh..menyesalnya dia kerana tak tumpangkan pakcik tadi.. kisahnya dijaja dikedai kopi..katanya kalau aku tahu orang tua tu malaikat, aku akan peluk kaki dia..aku nak mintak macam-macam.. Kami yang mendengar hanya mampu ketawa.. tapi sampai sekarang tak tahu siapa orang tua yang ditemuinya.. mungkinkah dia manusia biasa...atau pun wali atau pon benar malaikat.... Allah sahaja yang mengetahuinya..

0 Orang mengumpat: