Sesungguhnya dalam dunia sekarang ni tiada manusia yang sempurna..setiap manusia pasti ada khilafnya.. tak terlepas juga diri aku sendiri yang kononnya ‘bajet’ baik sebab selalu dok kutuk orang lain.. kadang-kadang, ada benda yang kita sedar dan ada benda yang kita tak sedar ketika kita melakukannya.. Setiap bicara kita, sebolehnya kita ingin semua pihak menyenangi kita namun pasti akan nada yang tak menyukai.. tutur kata dan perbuatan kita pasti pernah melukai dan membuat orang terasa hati..
Sekiranya aku pernah menyakiti dan melukai sesiapa, sepuluh jari aku susunkan dan ampun maaf aku pohonkan.. aku masih manusia yang punya ego dan emosi yang kadang-kala sukar untuk mengawalnya.. Sempena berlalu bulan yang mulia ini, maka akan tiba pula saat yang dinantikan semua.. Syawal bakal membuka tirainya.. dengan rendah diri dan ikhlas hati, ingin aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini samada didunia nyata mahupon dunia maya, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin.. Kepada mereka yang ingin menuju ke desa halaman, pulanglah dengan selamat.. Ingatlah mereka yang tersayang.
Setiap manusia pasti ada silapnya.. manusia tetap punya kebaikan dan keburukan masing-masing..Tiada manusia yang betul-betul baik selain Rasulullah.. dan pada malam terakhir Ramadhan ni, aku jumpa perkara yang tak baik juga.. search keyword kat blog aku tiada perkataan yang baik-baik.. cisss…sungguh tak baik manusia itu, mencari perkataan yang tak baik di malam yang baik..
2 Orang mengumpat:
selamat hari raya buat adik akak ni, abaikan keyword pelik2 tu..hik3
selamat hari raya jugak buat akak~ :)
Post a Comment