Makin hari, makin banyak kes curang yang terdedah.. tak kira yang curang tu perempuan atau pun lelaki.. tapi yang aku perhatikan, selalunya lelaki sahaja yang akan di aim sebagai curang.. suka cari perempuan lain.. memang sifat lelaki nak cari yang lain..semua lelaki adalah sama.. tapi bila ada kes perempuan curang, orang cuma akan kata, "ish..tak baik betul perempuan tu".. lepas tu terus senyap..
Memang aku hairan ngan sikap manusia ni..kenapa perlu curang?? kenapa tak boleh setia?? selalu je aku lihat, bila si lelaki tu setia, yang perempuan pulak yang buat hal.. bila yang perempuan baik, si lelaki pulak cari yang lain.. sebenarnya tak perlu timbul ayat lelaki memang suka pasang lain.. sebabnya perempuan pon sama je..semua tu atas peribadi masing-masing je.. ni aku nak tanya skit, kalau semua lelaki curang, kenapa kadar perkahwinan di Malaysia ni majoritinya berkahwin satu? bak kata P.Ramlee, satu..banyak.. dua..skit-skit.. tiga.. kadang..kadang.. empat..jarang-jarang..
Kenapa ramai lelaki berkahwin satu walaupon mereka dibolehkan dan mampu untuk kahwin lebih ramai? Lagi pon, tak menjadi kesalahan kepada lelaki jika curang sekali pun kerana mereka ada hak untuk mendapat pasangan yang lebih walaupon madu tu amat pahit kepada wanita.. tapi jika perempuan yang curang, itu dah sah-sah salah dari segi norma kehidupan mahupun hukum agama (bagi yang berkahwin).. kepada wanita-wanita yang mengeluh kerana pasangan curang tu, aku nasihatkan, baik kapel je ngan aku..comfirm, memang aku takkan cari yang lain..hahahaha.. tapi terhad kepada sorang yang terawal je sebab aku takkan curang dah.. Hmm..kenapa la orang yang setia macam aku jugak yang selalu ditinggalkan.. mungkin sebab aku tak bagi ayat-ayat romantik kot.. tapi ingatlah wahai perempuan, lelaki yang romantik tu la yang suka cari pasangan lain..kalau korang pon boleh terpikat ngan ayat-ayat dia, masakan orang lain tak terpikat?? tepuk perut, tanyalah diri..puasa tak hari ni...harharhar...
p/s : tetiba rasa nak layan lagu irwansyah.. aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya~
3 Orang mengumpat:
sabar la bro.banyak2
aku kalau kes tu terjadi pada diri sendiri ,mesti aku dengar OST Ketika Cinta Bertasbih.hahaha
ko patut dengar weh
FaizalSulaiman : hahaha.. aku x de nk marah kt sape2 pon.. dh diri yg x laku, nk wy cmne..ekekeke.. aku suka layan OST ayat-ayat cinta..
hahaaa . yup ! elakkan orang yang bermulut manis ye .. apapun , hargailah pasangan korang yang sedia ada ..
Post a Comment