Selama ni, saban tahun kita asyik didedahkan dengan berita kemalangan dan kecelakaan sempena bulan puasa.. hmm.. apa lagi jika bukan kemalangan pasal main mercun.. setiap tahun, bila tiba je bulan puasa, maka akan muncullah di berita utama dan surat khabar.. remaja putus jari.. kanak-kanak kudung tangan.. budak skolah mati meletop... walaupon sering didedahkan dengan bahaya mercun , tapi permintaan dan kegalakkan masyarakat terhadap mercun dan pernah menurun bahkan lebih bertambah..
Begitulah sifat manusia ni.. sebelum terkena kepada diri sendiri, takkan pernah rasa takut tu terlekat dihati.. bila tengok berita orang kudung terkena letupan mercun, mereka hanya akan memandang sinis sambil mengejek.. "tu la..nk main mercun tak pandai..padan muka".. walaupon kata-kata itu tak terluah, namun itulah yang tersemat di hati..jika tidak masakan kejadian sebegitu tidak dijadikan iktibar..bila dah terkena pada diri sendiri, barulah nak rasa menyesal..hmmm..kalu bengkok jari skit, ok lagi kalu nak menyesal..tapi kalu dah mati??? takde guna nak menyesal...
Jika bulan puasa sibuk dengan berita pasal kemalangan kerana mercun, bila dah raya pulak penuh pulak dengan berita pasal kematian kerana kemalangan jalanraya.. itulah yang terjadi setiap tahun.. memang manusia tak pernah takut untuk mati.. berita pasal kemalangan langsung tak diendahkan selagi nyawa sendiri belum tergadai.. mesti jugak nak bawa kereta laju-laju selagi hayat dikandung badan..
p/s : aku memang tak suka nak main mercun dari kecik lagi.. hanya tengok je budak-budak lain main... kadang-kadang terhibur jugak..kadang-kadang serabut pulak ngan bunyi pong-pang pong-pang....
2 Orang mengumpat:
tulah, tiap2 thn mesti ader kes....
itu ler... thn ni turn balik penang.. takpa lah. tawakal. baca doa naik kenderaan bila naik bas.. semoga dilindungi Allah :) ..
ermm kt sini pon baru sehari puasa dah start dan berdentam dentum.. tgh2 malam pun.. entah ler budak2 ni.. bnyk sgt duit sampai di bakar2 nnya
Post a Comment