Pages

Saturday, November 27, 2010

Di sebalik mimpi

Ada dengar ustaz mengajar..katanya mimpi ni ada 3 jenis.. yang satunya mimpi yang baik atau mimpi yang mempunyai makna... mimpi baik ni macam mimpi di datangi Nabi ke, para sahabat ke, orang memberi hadiah2 yang elok ke.. mimpi ni biasanya memberi isyarat dan perkhabaran kepada kita akan hal yang akan berlaku pada hari mendatang..mimpi yang baik tak semestinya datang kepada orang yang baik sahaja. orang yang tak baik pon, kalu tuhan nak bagi petunjuk dan hidayah kepada mereka, boleh jadi mereka akan bermimpi berjumpa dengan nabi. mungkin dari mimpi, mereka yang tak baik ni akan kembali kepada kebenaran... Allahuallam...

yang keduanya, mimpi jenis yang tak elok.. umpamanya bermimpi dikejar hantu, mimpi di gigit anjing, mimpi kena pukul beramai-ramai.. mimpi yang tak elok ni biasanya didalangi oleh syaitan.tujuan syaitan mendatangkan mimpi yang tak elok ni adalah untuk menjadikan hati manusia itu gundah-gulana.. apabila bermimpi perkara yang tak elok, manusia biasanya akan ketakutan, memikir yang yang bukan-bukan sehingga meninggalkan perkara yang perlu dilakukan dalam kehidupan. Nabi ada mengajar supaya mengucap astagfirullahalhazim setelah tersedar dari mimpi buruk. dan disarankan meludah ke kiri sebanyak 3 kali.. tapi kalu ada bini disebelah tu, janganlah ludah atas muka bini. meludah tu cukup la sekadar dengan bunyian tuihh!! dan tak perlu la sampai keluar kahak hijau.. kan orang tua dah pesan, supaya membasuh kaki sebelum tido. korang tak dengar.. nabi pon suruh baca 3 Qul dan ayat qursi sebelum tido. tu sebab nak elak dari syaitan mengacau la..

dan mimpi ketiganya adalah mimpi saja-saja.. mimpi yang hanya menjadi mainan tido.. langsung tak membawa maksud apa-apa.. kalu mengikut kajian, mimpi ni terhasil melalui pemikiran yang diketepikan dalam otak kita.. misalnya korang ada kerja sekolah.. minggu depan cikgu nak check. tapi korang malas nak buat lagi. korang pikir lambat lagi kerja sekolah tu. jadi korang abaikan kerja sekolah tu dari pemikiran utama di otak korang. maknanya pemikiran tentang kerja sekolah tu diketepikan.. ada kemungkinan korang akan bermimpi cikgu mengecheck kerja sekolah dan korang belum siapkan lagi kerja tu... lebih kurang macam tu la.. korang biasanya tak kan pikir mimpi tu berkaitan dengan kehidupan sebenar sebab perkara tu korang dah ketepikan dari minda..



dan ada yang mengatakan bahawa mustahil korang akan ingat mimpi yang korang alami masa tido semalam melainkan korang tersedar dari tido secara mengejut.. maknanya kalu criter mimpi korang tu belum habis, korang dah tersedar atau dikejutkan dari tidor, maka korang masih boleh ingat lagi mimpi tersebut.kalu mimpi tu dah tamat, dan korang bangun tido dengan sendiri dan dengan selesa, korang memang takkan mampu ingat balik mimpi dari tido tadi.

tapi aku nak tahu, mimpi basah tu termasuk dalam kategori mana??? orang lelaki mimpi didatangi pompuan dan akan mengalami mimpi basah,ini menunjukkan lelaki ni dah aqil baligh.. pompuan pulak aqil baligh sekiranya didatangi haid. yang aku dok pikir2 kan, adakah pompuan jugak pernah mimpi basah? pompuan pon mimpi di datangi lelaki jugak ke? harap ada yang sudi jawab soalan aku..  xP


9 Orang mengumpat:

Lydia Miza said...

salam..
nak tau jawapannya?
syyy rahsia..hahah.Ehh dari perbualan LM dan rakan semasa satu usrah dijalankan,rupanya ada juga pompuan mimpi basah la..haha.lawak tapi benar tau.

Unknown said...

ooo..maknanya ada jugak la ye..tp bukan semua la?? hurm.. thank kongsi kak..ahahaha

M I A J A M A L U D D I N said...

hehehe,, nice entry..

iidyll iceness said...

mmg de pn ppuan jd cm2...
kikikiki

hurm...
sll mimpi tgk jenazah...
xtau bek ke buruk..
tp org kt bek..
org tu pjg umur...tah lar..

Unknown said...

miajamaluddin : tq

nana iidyll : oo..mmg ada la pompuan g2 ye.. maybe la kot panjang umur. org kata, kalu maksud mimpi akan berlawanan dgn mimpi tu.. kalu dpt mimpi x berapa nk elok, org kata akan terjadi perkara elok kt kita.. allahuallam...

m i a said...

hahahhaa...bila byg meludah tu, kemain dgn penuh perasaan..ahahhahaa

omurice said...

mimpi ni memberi makna pada Omu..sebab mimpi ni kadang2 betul2 jadi pada Omu..sebab tu kalau mimpi buruk memang Omu ludah lah..selalu mimpi pelik2...penah mimpi buaya,lebah dan macam2..Omu akan selalu tgk tafsir mimpi..bukan nak percaya sgt..tapi waspada..huhu..kadang2 jer..

Anonymous said...

salam

saya juga seperti Omu, mimpi 2 betul2 tejadi, kadang2 takut jugak. boleh di katakan tiap malam juga berlaku.hahah

your new silent reader,

-ashley-

Unknown said...

mia : jangan sampai keluar kahak udah le.. ekekeke

Omu : mudah-mudahan pasni lebih banyak didatangi mimpi yg elok..

anon : mungkin itu satu petunjuk. harap2 kamu akan dapat mimpi2 yg elok..amalkan baca 3qul dan ayat qursi sebelum tido.. thank for become my reader :)