Baru hari pertama filem 2 alam ditayangkan, sudah banyak orang dok kutuk Datuk Dr Rozmey yang selaku penerbit filem tersebut.. jumlah manusia yang tak berpuas hati semakin bertambah apabila muncul beberapa group kat pesbuk yang mengutuk DDR dan jumlah keahlian kian bertambah dari setiap minit.. dalam masa 5 saat je dah sampai 10 post yang terpampang kat wall group. Kadang2 baca, rasa kesian jugak ngan DDR pasal kena kutuk kaw2.. kadang2 tergelak jugak pasal komen yang bengong2 plus lagi ada acc yang baru di create semata2 nk kutuk DDR.
Paling tak tahan, sikap tak puas hati geng2 anti DDR siap buat komplot nk serang wall pesbuk DDR pkul 12mlm beramai-ramai..adoiii! kesian la ngan DDR tu.. tak tahan dah dia nak delete komen2 yang mengutuk beliau. Tak baik la kalu sampai nk kutuk beramai-ramai.. Masyarakat jadi anti dengan DDR pasal DDR terlampau ego dan terlampau yakin dapat 40juta dari filem 2 alam. DDR sendiri kena la muhasabah diri. Jangan nak salahkan orang kalu orang x nak terima karya kita.
Pada pandangan aku, filem 2 alam tu ok. Kualiti memang ada.. boleh di layan dan setaraf dengan filem melayu yang lain.. Cuma kalu dilihat dari segi penceritaan, 2 alam tu rasanya lebih sesuai jadi drama TV dari menjadi sebuah filem. Tapi cerita sebegitu sepatutnya masih boleh di terima dikalangan masyarakat pada pandangan aku. Tapi orang jadi jelek nak tengok bukan pasal cerita tu tak best.. sebab kalu tak tengok sendiri, mana la nak tahu cerita tu best atau tidak. Tapi orang menolak cerita 2 alam pasal jelek ngan DDR yang berapi-rapi dok puji cerita sendiri. Siap yakin mampu mencapai 40 juta dan memandai buat imaginasi rakyat Malaysia dah mengigil nk tengok cerita 2 alam dan sampai ada yang kena dipapah keluar dari pawagam selepas menonton.
Imaginasi DDR yang melampau tu telah membuatkan orang tak tahan. Dah la pada hari pertama tayangan dah kata dapat 2 juta. Dengan penipuan yang jelas ni lagi menambahkan perasaan meluat masyarakat kepada DDR. Pawagam di Malaysia ni hanya ada berapa puluh bijik je...dengan kadar 5,6 kali tayangan disetiap pawagam, memang tak kan mampu mencapai 2 juta. Maksimum pon dalam kiraan aku 500k. tapi tengok dari hasil penjualan tiket, banyak lagi seat kosong..stendet filem melayu nk capai 2juta tu pon dalam seminggu.. dan aku dimaklumkan tayangan di Indonesia , Singapura dan Brunei belum lagi bermula.
Kepada DDR, janganlah mudah melenting dengan sikap dan teguran masyarakat. Cuba terima pandangan masyarakat.. bukan semua yang memberi kritikan bererti nk mengondem. Masih ramai yang bagi kritikan membina dan positif. Apa yang aku tengok, DDR akan memadam semua komen yang berunsur kritikan tak kira positif atau negatif. Hanya puji-pujian yang mampu kekal dalam wall pesbuk DDR. Aku kat sini pon bukan nak kutuk dan mengondem DDR. Tapi aku nak DDR sedar, jangan buat sesuatu dengan ikut suka hati. Pikirkan juga pendapat orang lain.
Jangan kerana filem 2 alam tak diterima, DDR nak salahkan orang lain. DDR kena pikir kesilapan sendiri sampai orang sanggup mengutuk DDR. Aku harap DDR tak berputus asa dengan menceburkan diri dalam arena perfileman. Semoga suatu hari nanti DDR mampu untuk menghasilkan filem yang lebih baik dan bermutu dari 2 alam. Jadikan fenomena 2 alam sebagai pengajaran kepada DDR agar jangan over dalam promosi filem. Dah la poster filem 2 alam dah jadi isu pasal ciplak poster filem dari luar Negara, DDR pulak membajetkan diri sendiri dalam mempromosikan filem. Asyik dok tayang muka DDR je hari2 dalam paper.. kenapa tak letakkan muka2 pelakon??
Aku harap DDR dapat teruskan usaha menerbitkan filem melayu lepas ni.. cuba buat filem yang dapat tarik perhatian masyarakat kini.. aku rasa, masyarakat sekarang suka kepada cerita aksi.. apa kata DDR buat filem keluangman ke lepas ni.. boleh setaraf ngan cicakman pon dah ok aku rasa.. tapi kalu nak lebih menarik, biar lagi mantop..tengok filem merongmahawangsa contohnya… mayarakat memang tak sabar nak tengok sampai mengigil bulu idung dah sekarang..
p/s: aku suka ngan Raja Azmi.. walaupon filem terbitannya seringkali tak untung, malah tak balik modal pon, tapi beliau still menghasilkan filem.Aku rasa filem2 dia ok, cuma kurang kualiti.tapi masih best.. mungkin kerana kekurangan promosi dan asyik jadi kontroversi je...
4 Orang mengumpat:
mungkin la ada org tgk filem ni, kalau dia tak bangga2 akan dapat 40j.
lebih thrill nk tgk dalam botol raja azmi tuh.
betol tu.. rasa2 blh juga dpt pulangan kalu dia x berlagak akan dpt 40juta..
i agreee with youuuuu!
mmg betul sangat! orang meluat sebab bongkak ddR ni jer. dulu masa die cakap nak dapat 10 ke 20 juta entah, semua dah start meluat dah ngan die. ni die pergi tambah lagi sampai 40m, mmg lagi kaw-kaw la kena... tapi yang aku geram die tanak kalah tu.. sanggup lagi tipu dengan status² bangga diri die tu... adehh
Fenomena 2 Alam dan Rambut Cendawan ddR Rozmey
Post a Comment