Pages

Friday, November 19, 2010

Orang tua dan hospital

Kalu kat kampung, aku biasa bergaul dengan orang-orang tua... dulu masa kecik2 aku ingat orang tua ni selalu hidup serius, tak boleh ketawa, garang.. tapi bila dah biasa bergaul, rupa2 nya orang tua ni melawak mengalahkan budak2.. kadang2 senak perot dibuatnya bila mendengar perbualan orang-orang tua.

Dengan budak2, saje je buat muka serius macam kambing tak dapat bini.. tapi bila dah jadi geng orang-orang tua, baru aku sedar, kehidupan orang tua lebih ceria walaupon kadang2 di landa masalah.. mungkin kebanyakan mereka dan biasa menghadapi masalah, jadi stakat masalah kecik, diorang wat rilek je. Sebenarnya aku sangat suka bergaul dengan orang2 tua ni, sebab ilmu mereka lebih banyak. secara langsung atau tidak, kita dapat berkongsi ilmu dengan lebih cepat berdasarkan pengalaman mereka.

Yang menjadi kehairanan aku, kebanyakan orang tua ni tak suka pergi hospital. knape ekk?? kalu stakat demam biasa atau sakit kepala, diorang just makan panadol je. kalu sakit urat, sakit sendi ke, diorang lebih suka mencari  ubat-ubat tradisional macam akar kayu, maajun,tongkat ali, tongkat abu dan macam-macam tongkat lagi. nak harapkan ubat hospital, sori la kalu diorang nak makan... kalu dah sakit kuat, diorang cari bomoh ke, dukun ke, pawang ke, harry porter ke.. memang takkan g ke hospital..

kebanyakan yang pergi hospital pon sebab kena paksa ngan anak-anak. tapi kalu kena tahan kat wad, macam2 alasan pulak diorang bagi sebab tak nak duduk kat wad.. lembu tak de orang bagi makan la, takut itik lemas la, nak teman ayam mengeram la.. yang paling lawak aku dengar, dari datok kawan aku.. dia bagi alasan kat nurse taknak dok kat hospital sebab takot.. hospital ada hantu... ADOI!!! terbalik usus aku sebab ketawa...

aku juga selalu perhati kat gerai-gerai tepi jalan, ubat-ubat akar kayu, maajun, minyak angin memang menjadi pilihan warga tua… mati-mati mereka tak percayakan ubat hospital. Aku kadang2 bimbang jugak dengn situasi ni. Dulu takpe la memang ubat2 ni diperbuat dengan akar kayu. Tapi ubat2 tradional sekarang memang dah tak tradisonal lagi.. ada sesetengah tu di campur dengan bahan berbahaya. Dah banyak kes terjadi termasuk keracunan dan kematian dikalangan pengguna ubat buatan sendiri, tapi golongan tua tak serik2 untuk beli. Memang tak dinafikan, sesetengah ubat memang mujarab dan berkesan. Tapi dengan kemunculan ubat2 baru yang tak disahkan tahap keselamatan dan status halalnya semakin meragukan aku..

tapi golongan orang tua tetap berkeras dan percaya kepada ubat tradisional. Memang tak dinafikan juga, sesetengah ubat yang dijual di farmasi terlalu mahal bagi orang-orang tua di kampung. Jadi mereka lebih memilih ubat yang lebih murah. Tapi aku rasa, bukan soal harga yang jadi pilihan mereka.. sememangnya mereka lebih percaya kepada ubat dari akar kayu. Bagi mereka mungkin ubat-ubatan ni lebih asli dan selamat berbanding ubat di hospital dan farmasi yang di percayai ada bahan kimia.. mungkin begitu pemikiran mereka.. mungkin….. 


maajun kuat~ (gambar sekadar hiasan)


3 Orang mengumpat:

m i a said...

muka seyes macam kambing takde bini?hahahahaa...sumpah klakaa..hehe..

Dyla Dahlan said...

mse abah sakit ri tu and kne tahan kt wad, org2 tu yang dok melawat siap dtg bwk mcm2 ubat tradisi kot..kite pon seram tengok..haha

Unknown said...

mia : muka orang tua kan slalu je serius bila depan budak2.. ngan member2 ok je~

vintage rose : mmg x leh paham pilihan mereka..kalo tgk banyak2 ubat tu, seram jugak la nengoknya.