Pages

Thursday, September 22, 2011

Artis Lucah

Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis berita sensasi pasal gambar mahupon video artis berbogel la, artis pakai bikini, artis comolot, artis minum kencing setan ataupon arak, artis main rogol-rogol, artis tangkap khalwat dan macam-macam lagi.. Cuma yang aku heran, kenapa tiada tindakan dari pihak berkuasa? seolah-olah pelaku dalam gambar dan video yang tersebar itu adalah orang putih, jepun, china, bangla atau sebagainya..

Walaupon dah banyak  video dan gambar artis yang berbogel dan berlakon belu, undang-undang masih senyap... sepi.. seolah-olah tiada apa-apa..yang kecoh pon hanya video belu pasal Anwar Ibrahim. Ini tak lain hanyalah kerana politik semata-mata.. Dulu Anwar dikatakan Al-Juburi.. Pastu main ngan amoi.. Pasal tu, no komen.. tapi kenapa kalu bab artis, semua senyap? paling hangat pon setakat mendengar carutan dan maki-hamun dari blogger je la.. Hanya kutukan dari dalam blog yang kedengaran.. tapi tindakan??

Cuba contohi macam Indonesia.. Ariel Peter Pan yang dikatakan berlakon belu telah di dakwa di mahkamah.. Semenjak itu namanya semakin femes sampai mendapat perhatian dari Maria Ozawa.. Perghh.. lebih memfemeskan beliau, namanya telah diganti dengan Ariel Peter Porn.. Beliau disabit kesalahan membuat dan menyimpan bahan pornografi.. walaupon dia pelakon, pengarah, penulis skrip, hukuman tetap dikenakan terhadap video peribadi tu biarpun tidak disabitkan dengan kesalahan menyebar video tersebut. 

Aku rasa, artis di Malaysia pon patut di ambil tindakan Mahkamah.. Jangan tindakan hanya kerana politik sahaja.. Jangan nak tunggu gi serbu artis kat bilik hotel je.. dah ada video, ada gambar, dakwa je terus... nanti siasat la video dan gambar tu ori ke tak.. Kalu nak dikirakan, memang berlambak video melayu 3GP.. tapi kalu orang biasa, sape la kenal..kalu artis, memang sah-sah semua orang kenal.. pelakon belu dari masyarakat biasa pon perlu diambil tindakan jika kenal pelaku tersebut..Kepada pihak yang berwajib, pandai-pandai la buat kerja yang sepatutnya.. Jangan hanya serbu dan dakwa orang yang boleh korang skodeng je...


2 Orang mengumpat:

a little less conversation said...

bese la tu..dlm politik dakwa mendakwa hnyelah utk mnjatuhkn org tu dan kesenangan hidup je..

jd sesape nk wt video lucah sndri jd la artis dulu ye tak..hahaha

imHepPie said...

huhu tu la kelebihan jadi artis....byk btol benefit..*sigh*