Pages

Showing posts with label LELAKI GILA. Show all posts
Showing posts with label LELAKI GILA. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Wajah Si Gila

Kecoh sekarang ni dengan kes simbah asid ke muka para perempuan.. Dekat area aku je ni..bangsar, brieckfield... memang sah lelaki yang buat kerja tu gila.. sehingga hari ni, 23 orang perempuan sudah menjadi mangsanya.. Aku rasa lelaki ni ada masalah mental semenjak di permainankan oleh perempuan kot.. jadi berdendam ngan perempuan sampai sanggup simbah asid ke muka perempuan secara random gitu je...

berhati-hatilah para perempuan di kawasan yang berdekatan ni.. Jangan sampai anda menjadi mangsa seterusnya. Disarankan perempuan yang nak keluar rumah tu sentiasa membawa air mineral kat tangan.. Jika berlaku kecemasan, maka boleh di basuh terus.. dan kalu time haus gila pon boleh diminum terus..maklumlah sekarang ni panas gila kerana monsun barat daya.. Ingat, kalu anda menjadi mangsa simbahan asid, maka terus je basuh muka tu.. Tak payah nak cari paip berdekatan..asalkan air, rembat je.. air sirap bandung ke, air nescafe ke, air longkang ke, air parit yang penuh sampah, tahik, lumpur ke apa.. selam je muka tu..aku tak bergurau ni..memang siyes..

Berdasarkan kes pertama yang berlaku, mangsa dikatakan mencari air paip berdekatan..tapi dah terlambat dan matanya dah jadi buta kekal.. Sebenarnya tak perlu cari air paip..korang dah takde masa untuk tu semua..tapi bila dah panik, apa-apa pon boleh berlaku.. cara terbaik cari je apa-apa air termasuklah air longkang, air kumbahan.. walaupon kotor dan akan di serang penyakit, hospital masih ada untuk membekalkan ubat bagi merawat penyakit tu.. tapi kalu lambat nak dapatkan air, maka mata yang buta dah tak boleh dirawat.. Polis pon dah keluarkan lakaran wajah suspek yang gila tu..kalu ada ternampak mamat dengan muka tu, sila laporkan kepada polis..kalu yakin dia tu suspek, hentak je kepala mamat tu... suspek dipercayai memenang botol air minuman dan menaiki motor EX5 bernombor pendaftaran palsu..


wajah suspek yang gila... kalu jumpa hentam terus..dah la muka buruk, perangai pon buruk!!



p/s : dapat kat aku ni, siap la..siapa tak kenal aku, mail lambung..sekali dapat, terus aku lambung!!