Pages

Tuesday, February 22, 2011

Marah!!!

Sesiapa pon mesti pernah rasa marah. Tapi berpada-padalah jika nak marah. Ingat, marah itu kepanasan.. panas itu api.. api itu syaitan.. kita sedia maklum, sifat marah ni adalah dari hasutan dari syaitan. Jangan selalu nak marah je.. orang nak masuk dekat pon takot. Kalu boleh buangkan sifat marah tu dari diri kita.. Tegas tak pe.. Cara nak buang rasa marah mudah je.. caranya janganlah marah..hahaha, senangkan? senang la cakap... nak buat tu yang susah. Biasanya marah terjadi apabila ada perkara atau perbuatan orang lain yang tak elok dilakukan kepada kita. Kalu buat benda yang kita suka, tentu la kita takkan marah!!!

Orang kata, marah itu tanda sayang.. kadang-kadang betul la. kadang-kadang tak berapa betul jugak.. sebab marah tak kena cara la yang jadi tak betulnya. contohnya macam si bapa marahkan si anak sebab tak sembahyang. memang dibenarkan kita memukul anak. hanya bertujuan untuk mendidik dan bukan sehingga menyakitkan.. Jika dah berbirat belakang anak pasal kena rotan sampai nampak jalur gemilang, sayang kebendanya gitu.. nak membunuh tu namanya. dah jadi kes penderaan. Nak marah pon, jangan sehingga mengikutkan kata hati.. biarlah marah itu berlandaskan akal.. baru tak keterlaluan jadinya.. teringat ngan kisah para sahabat dulu.. kalu tak silap aku Saidina Ali. beliau tak jadi bunuh musuhnya selepas kena ludah kat muka walaupon mampu berbuat demikian. katanya, "Aku takkan membunuh musuh aku kerana kebencian dan hasutan syaitan kerana itu hanya membuatkan aku berdosa. Aku hanya akan membunuh musuh yang menentang Islam dan itu adalah kerana Allah." perghh!!! terpana aku seketika masa dengar cerita tu.. Kalu aku agaknya, dah lumat aku cincang orang tu.. pastu bagi makan kat biawak..

Marah juga jika tak kena tempatnya boleh mengundang rasa benci.. mesti kita pernah membenci sesiapa kan selama ni? Aku pernah belajar dulu, jika seseorang tu ada perangai tak elok, bencilah perangai tak eloknya tu. jangan benci orangnya. Dulu aku tak paham maksud ayat ni.. kalu nak benci, baik benci terus sampai kalu dengar nama pon dah naik meluat. tapi lepas aku asuh diri sikit-sikit, alhamdulillah, aku berjaya praktikkan. membenci perangai buruknya tapi bukan membenci orangnya. Kita kejilah perbuatannya itu.. hinakan perbuatannya itu.. meluat dengan perbuatannya itu. tapi tetaplah berbaik dengan orangnya. Insyaallah, orang tu sendiri akan berubah. Kalu kita buat baik dengan orang, lama-kelamaan pon orang akan buat baik pada kita. hukum alam~ Jika kita nak orang lain berubah, kita yang perlu berubah dulu.. teringat pulak kata bekas pengetua sekolah aku dulu, for things tu change, i have to change!!! fuhhhh..aku speaking la hari ni!!!!lalalala~


* Aku susah nak marah, tapi bila aku marah nanti aku jadi hijau macam ni.. >.<


p/s : Jangan mudah marah.. akal di utamakan, emosi diketepikan... baru pertimbangan kita menjadi wajar dan waras..

24 Orang mengumpat:

Puan Nurussalwa said...

tak salah nak marah.. ade nbende mmg kite patut marah.. contohnye is2 curang kat hubby die.. kalo hubby die x marah.. makanya dayus la pulak..

papepun jgn smpai syaitan take over.. tu la yg salahnye..

p/s : betul ke ley tuka mcm hulk? wooo.. seram2

apiz.kamarudin said...

wahhh...tgh marah ke ni? eh, susah nk marah?

aku mmg pemarah, tp cepat sejuk..hihihi

Unknown said...

cik nurussalwa : kalu dh curang tu, x payah nk marah lebih-lebih.. just tunjuk jari telunjuk kat muka dia sambil cakap, aku cerai ko talak 1 setengah!!! kalu dh curang ni, tak payah nk bagi muka langsung. kes berat dh tu. :)

Unknown said...

AtC : Aku susah la nak marah.. tapi kalu dah marah tu, cepat pulak sejuk.. hmm, baik sangat ke aku ni? padahal aku rasa aku agak-agak jahat la jugak~ ekekeke

apiz.kamarudin said...

bile aku marah, aku kan jauhkan diri dari org, hmm mcm kau punye raksasa hijau ni je..hehehe

bkn pe, nk elak dari makin teruk & kang x pasal2 marh org yg xde kene mngene pulak..hehe

itulah aku ;)

Unknown said...

AtC : bagus pendekatan yg ko guna tu!!! ^^

Faizal Sulaiman said...

sentiasa berselawat k.jangan marah2 selalu:)

senyum senyum:)

Encik MamaT said...

hehehe.. marah tu semua orang ada.. cuma nak kawal tu je... hehe... orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal marah... kadang hangin gak... tulis je la nak lepaskan rasa marah.. kekeeke

Unknown said...

FaizalSulaiman : aku jarang nk marah2 ni bro.. org cakap, cool gila~ ahahaha..

Unknown said...

Encik Mamat : luahkan kemarahan dengan penulisan rasanya teknik yg agak bijak.. boleh elak dari pergaduhan.

eqbalzack said...

samalah. abg eq jarang marah. kalau marah jadi merah! hehe

nuriz said...

bila marah yang terkawal mcm2 boleh jadi..bila marah syaitan lagi mudah nak kawal diri kita..
istighfar2

Qaseh Dalia said...

takutnye .. marah jadi hulk haha..papepun always kawal marah selagi boleh.. jangan smpai berapi sudah `

Ayuni said...

betul, ader org marah terpekik terlolong dlm kelas...

ghost said...

menahan kemarahan itu adalah kekuatan sebenar...itu apa yang aku tahu..

Fiza A said...

so kita kena lah sabar kan. sabar itu separuh dari iman. bila kita sabar,cnfirm rasa marah tu dapat dielakkan.

Unknown said...

Abg Eq : ok la jika jarang marah.. hmm, jgn jadi power ranger merah cukup la... ekekeke

Unknown said...

nuriz : betol tu.. banyak istigfar blh elakkan diri dr terus marah..

Unknown said...

Qaseh Dalia Adelia : yup..belajarlah kawal kemarahan..

Unknown said...

Ayuni : mcm dh kena histeria je..

Unknown said...

ghost writer : tepat sekali.. dpt memukul org ketika marah bukanlah hebat sgt.. tp dapat kawal kemarahan tu yg betul2 hebat..

Unknown said...

fiza : sabar..sabar... ekekeke

Anonymous said...

marah pun berpada padalah.. tapi kalau tak marah langsung orang pijak kepala pula..

-ashley-

Unknown said...

anon ashley : marah berpada-pada.. kalu x nk org pijak kepala, x perlu jugak nk marah..cuma perlu tegas.. bila kita tegas, org akan respek..