Pages

Tuesday, February 8, 2011

Melukis

Sejak akhir-akhir ni, aku asyik main game je... nak release tension le kononnya.. tapi main sampai 4-5 jam..menambahkan tension ada la.. asyik-asyik, counter strike.. bila mati, asyik sumpah seranah kat game..hohoho..member aku sampai tak leh tido malam sebab asyik dengar aku menyumpah. aku sekarang memang dah jadi keluangman.. berjaga malam je. selain game, aku jugak dah mula belajar melukis. hmm, melukis guna adobe illustrator. susah jugak nak guna menatang illustator ni. guna photoshop jauh lebih senang. mungkin aku dah bertahun-tahun kot dok guna photoshop tu. 

Aku start belajar guna illustrator sebab saranan dari member aku dan merangkap programmer peribadi tak berbayar aku, encik Amir.badigol..siap berencik lagi..mesti aku ada niat apa-apa ni~hahaha.. sebenarnya bagus jugak la gunakan illustrator ni. walaupon asyik pening dan tak tahu nak guna, aku try belajar slow-slow dari you tube. dah tengok 3,4 contoh dari video you tube, aku pon try la buat beberapa lukisan dan hasilnya memang cam haram... aku jenis yang tak boleh tahan jika dok buat silap berkali-kali. terus delete hasil yang buruk walaupon belum siap lagi. walaupon dah berpuluh kali lukisan aku tak siap, ada jugak la sebijik dua yang aku tetap simpan. baru la nampak skit hasil dari belajar walaupon lukisan masih buruk.



Kalu ada sesiapa yang pandai guna menatang illustrator ni, sila la ajar aku skit-skit.. dan kalu boleh, ada tak sesiapa yang boleh ajar aku macam mana nak masukkan jenis-jenis tulisan kedalam file adobe ni? ada beberapa jenis tulisan aku dah download. tapi tak tahu nak letakkan kat mana. puas aku belek-belek folder file adobe, tak jumpa-jumpa pon file font. ke aku yang buta kayu ke tak tahu la... aku harap sangat-sangat ni.. takkan la nak buat design pakai tulisan arial kot. tak syok la gitu. mesti kena ada pelbagai jenis...


* lukisan aku melalui illustrator.walaupon buruk, aku rasa cam comel je..ekeke.. still tak reti nak buat shading kaler~





*agak-agaknya, bila la aku boleh wat lukisan macam ni.. hmmm...

10 Orang mengumpat:

Encik MamaT said...

kalau tak silap aku la kan.. font masuk kat C.. pastu window.. ko cari folder font... kalau tak silap aku la... hehe.. kalau silap maaf la ye...

Unknown said...

Encik Mamat : kat situ ke bro?? ok, nnt try buat.. trima kasih encik Mamat~ :)

Faizal Sulaiman said...

fuh
comel tu bro!

Ayuni said...

comel aper, teruskan usaha!

ghost said...

aku masih belum menguasainya..agak ketinggalan rasanya aku nih.haha..

Fiza A said...

illustrator mmg susah laa..
photoshop sng lg.. dlu pnh aa guna AI nii..wat name card.sgt ssh.apatah lg nk mlukis nieh..huhu

comel laa! haha..menarik! nnti pandai aa..hehe..

Unknown said...

FaizalSulaiman : tq bro..hahaha

Unknown said...

Ayuni : tq ayuni.. masih nk teruskan belajar lg.. ^^

Unknown said...

ghost writer : aku pon belum pandai lg..masih baru belajar derr.. belajar la skrg. br x semakin jauh ketinggalan..ekekeke

Unknown said...

fiza : mmg sgt susah kalu nk bandingkan dengan photoshop.. tp hasilnya jauh lebih baik. photoshop tu sesuai utk edit gambar je. btw, tq~ :)