Entry ni aku telah plagiat dari hasil nukilan member aku, Zai yang sekarang ni dok melepak kat sabah... lama sudah x jumpa dengan kamu wahai encik zai... miss you so much~ (kami bukan gay!!!)
This was made 2 years ago~ Plus there are some Sabahan's Slang there~ Hope You'll understand..~ Thank you for reading~ xD
Cinta
Cinta yang cuba diungkaikan adalah lebih merujuk kepada cinta kepada individu. Apa sebenarnya itu cinta kepada individu?? Mari kita selongkari.
Simplenya ia adalah satu perasaan sayang kepada seseorang, mungkin juga. Entahlah.
Some says;
“Cinta bagaikan kurap, makin digaru makin sedap”. ahhaha, best bila dengar nie.
“Cinta bagaikan makan sambal belacan, walaupun pedas sehingga mengalir airmata masih tetap dimakan jua” dari filem, lupa tajuk udah.
“Cinta adalah bila kita makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah” Ops!! Old times.
Terlalu banyak perumpamaan yang tak terkira banyak nya, sampai kalau mahu mengira pakai jari pun tidak cukup.
“Cinta ialah suatu perasaan ingin melihat orang tersayang bahagia”; berkorban adalah cara terbaik. Betul??
Ada satu member cakap;
Melalui satu kajian dalam TV menyatakan bahawa ia adalah satu proses biologi, dimana tanpa kita sedari kita sebenarnya tertarik dengan “scent” yang dikeluarkan oleh kaum hawa/adam. Ini yang menyebabkan otak kita menyayangi seseorang. Ini dilakukan bagi memenuhi keperluan biologi seseorang itu. Memang logik kalau fikir.
Cinta pandang pertama
Boleh terima ka nie?? Belum ada lagi aku terdengar/terlihat/terbaca sebarang bukti yang menyokong teori nie. Entahlah, mungkin aku yang kurang membaca. Atau mungkin iya disalahertikan sebagai cinta pertama. Cinta pertama mengajar kita erti disebalik kata cinta dan percaya atau tidak, ianya sukar untuk dilupakan. Hua!!
Some says;
“First love always the greatest” oh yakah?? Huhuh
Cinta boleh dipupuk
Cuma satu pendapat, betulkah?? Cinta boleh didapati kalau berusaha, just try out and do the best. Sebab bukannya apa, kalau kita lihat perkahwinan dulu-dulu kan bukannya ada cinta-cintun nie. Maknanya sepanjang tempoh perkahwinan tu la membina cinta, kan?? Fikir-fikirkan. Huahuahua!!
Cinta mengubah seseorang
Ini mungkin betul. Personaliti kadang-kadang berubah mengikut kesesuaian masa. Ada yang belum pernah menangis, menangis setelah mengenali cinta. Ada mungkin yang kurang kemas menjadi semakin bergaya. Biar kecil macamana pun perubahan, ia tetap perubahan.
“mungkin yang dulu lain, mungkin kini dah berubah” ahaha..
Cinta itu buta
“ia tak mengenal harta, rupa atau usia”
Kalau harta – mungkin ada sebab disebalik cinta tersebut, tidak tau la samada berniat baik atau jahat. Who knows??
Kalau usia – bukankah ada pasangan yang sudah mencecah 60+thn pun masih bercinta dan berkahwin, mungkin lebih bertujuan untuk mendapat teman hidup. Tapi, hari tu tengok dalam TV siap caring satu sama lain lagi tu tau.. ahaha, JEALOUS la.
Kalau rupa – ini selalu jadi tajuk perbincangan, entahlah pasal apa (mungkin jealous) huahauh..
Persoalan asas:
Lelaki A :“ko tinguk tu lelaki bha, buli-buli lagi tu dapat GF begitu lawa..”
Lelaki B :“Iya bha, apa kurangnya kita nie”
Lelaki A: “itu yang aku nda paham tu, ARGHHHH!!!”
Bunyi macam tidak berpuas hati kan ayat tu, tapi bila in general kan minta pendapat dari org lain(termasuk kaum hawa) , ada juga yang bersetuju dengan pendapat tu. Tapi ini lah yang masih menjadi misteri.
Cinta mengajar kita
Setelah terjebak dengan cinta, kita akan mengenal pelbagai perasaan iaitu sedih, kecewa, gembira, setia, teruja dan terlalu banyak lagi yang perlu diungkaikan.
Takrifan cinta secara mengembirakan:
Perasaan cinta adalah disebabkan oleh satu karektor kartun. Karektor kartun ini memegang tukul. Tukul itu akan mengetuk hati kita setiap kali kita terjumpa/terpandang atau sekalipun terdengar suara si dia. Semakin hari, tukul itu semakin membesar dan mengetuk hati dengan lebih kuat lagi. Pada satu masa, hati akan pecah menandakan kita putus cinta. Ah?? Biar betul??
Cinta yang bertahan lama
Ubat untuk cinta bertahan lama adalah benci. Tapi ia bergantung kepada berapa banyak kuantiti yang dicurahkan pada setiap sesi pergaduhan.
“terlalu banyak berbahaya, terlalu sedikit tak membawa apa-apa makna”
Maafkan pasangan. Satu teori. Mungkin betul??
Cinta sesuatu yang kompleks. Ada orang menyatakan ia adalah ibu kepada kasih sayang. Mungkin??
“ia datang tanpa diundang, pergi tanpa disedari” ooooooo
Cinta tak perlukan bicara, Cuma perlu perhatian yang tulus.
Orang bercinta akan cakap;
“aku bahagia”, “love you so much”, “found my half already”, “where are u my love?”.
(sambil disinari cahaya kegembiraan dari muka, ah!! A HAPPY FACE!!) :P
Orang belum bercinta akan cakap;
“love is trouble”, “love is a mess”, “ ia akan merampas kebahagiaan yang sedia ada”, “ada apa dengan dengan cinta”, “tiada maknanya cinta”.
PJJ(Percintaan Jarak Jauh)
Hurm, Cuma yang aku boleh aku cakap ialah;
Kurang connection, RINDU!!
Kurang bergaduh, hubungan boleh jadi lebih baik atau sebaliknya.
Timbul curiga.
Kurang perasaan mempercayai.
Itu ja lah..
SESIAPA SAJA BOLEH MEMLIKI CINTA
Syaratnya Cuma satu, ingat ni sampai bila-bila.
“Cipta peluang dan gunakan sebaik-baiknya”
“Find an opening, release your flame”
Fikirkan saja secara mendalam dan nantikan peluang anda.. well, good luck!!!
0 Orang mengumpat:
Post a Comment