Pages

Tuesday, January 18, 2011

Hargai Jamban

Tadi aku gi mencari makanan untuk mengisi perotku yang berlagu keroncong.. makan kat kedai terus la senang.. lepas habis je makan, perot pulak buat hal lagi. mula-mula dok menyanyi pasal takde isi.. pastu, dok marah aku pulak sebab nak buang isi.. kerana desakan perotku yang tetap berkeras kepala nak mengeluarkan isi, maka aku terpaksa mengalah kepada perot ku.. sambil-sambil menyumpah kat peniaga kedai makan sebab mengira lambat, pastu aku menyumpah lagi kat pemandu kereta yang dok kat depan bawa slow nak mampus.. desakan perot makin menjadi-jadi.. aku memecut deras menuju ke stesen minyak yang berdekatan.

sampai je kat jamban stesen minyak, terus aku masuk kat bilik jamban yang mula-mula.. aish~ tandas duduk... yang tu dah satu hal.. tengok kat bingkai jamban tu, bekas tapak kaki!!! siap berlumpur lagi. Cilaka mana la yang buat kerja macam tu. terbantut niat aku nak membuat pelaburan kat stesen minyak tu. terus tukar pergi ke jamban yang sebelah. nasib baik jamban cangkung.. aku tanpa membuang masa, telah membuat sedikit pelaburan di jamban stesen minyak tu.. kalu di hitung nilai pelaburan dengan kadar faedah sebanyak 5 peratus setahun, dalam  enam tahun aku akan berjaya mengumpul keuntungan sebanyak 50kilo..har.har..jijik gila!!!

Eh, lari tajuk la pulak.. sebenarnya aku bukan nak menggalakkan amalan pelaburan di stesen minyak.. cuma nak nyatakan pasal kebersihan tandas. Dari pemerhatian aku, rata-rata tandas di Malaysia memang kotor gila..Jangan kata setan, segala bapak setan, mambang, jin, jembalang pon suka dok kat sana. Aku tengok, tandas yang banyak bersih pon kat masjid-masjid je... tu pun certain masjid je..Ada juga jamban tu, nak masuk dah la kena bayar sampai 50 sen, tapi dalamnya kotor, jijik... tak padan ngan harga!!! Macam kes aku tadi, bahalol mana la yang guna jamban duduk dengan aksi mencangkung kat atas tu. dah la aku ni memang tak berapa suka ngan jamban duduk. sebab dok kongsi duduk tempat yang sama dengan banyak jenis punggung.. haish~ tapi bila terdesak terpaksa juga guna.. tapi bila dah ada kesan tapak kasut, tapak selipar, sori derr kalu aku nak teruskan hajat. rasanya otomatik hajat tu akan tertunda..

Takkan la korang tak tengok macam mana cara nak gunakan tandas tu kat TV? biasanya kalu kat jamban awam akan diletakkan gambar tentang cara nak guna jamban duduk tu. takkan tak paham lagi??? Yang aku hairan ngan perangai orang kita, dah la lepas kotorkan, tak nak bersih balik, kencing ngan berak pon boleh tinggal macam tu je.. weekkkkkk... busuk gila la. Perangai cam haramm!!!!! tolonglah sama-sama menjaga kebersihan tandas awam kita. anggap la jamban tu ibarat jamban kat rumah korang.. takkan kat rumah sendiri pon korang tak pernah nak cucikan semua najis menghollazoh, mutawasittoh tu... Hargailah jamban awam kita. kalu takde jamban awam lepas ni, korang nak berak kat mana???





Nah!!! aku dah bagi gambar contoh untuk korang berak menggunakan jamban duduk ni kepada yang masih tak tau... Kalu dah tahu, tapi masih dok amalkan jugak cara yang salah, memang sah otak korang ada masalah.. sila dapatkan borang untuk apply hospital bahagia secepat mungkin!!!

10 Orang mengumpat:

Fiza A said...

mmg ramai spesies yg cam tu!! xfhm2 lg..duduk la..bukan mncangkung ats tuu!.. huhu..

Ayuni said...

hm, org skang nie x tau menghargai....

Faizal Sulaiman said...

fuuhhhh terbaik la entry mung nehh

tade lagi orang buat pasal jamban ni.hehehe

btw, kalau tandas tu duduk, jgn plak mencangkung kat atasnya,bahya wohh..

Anonymous said...

sebab tue tak suke tandas duduk..
tak besh lew!



NAK TAU PASAL PERKEMBANGAN PEGUAM YANG HINA AZAN??? FELDA TERUS MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN??? JOM TENGOK ... http://jantankeparatii.blogspot.com/

deem said...

bayangkan kalau takda tandas...semua masuk hutan buat pelaburan...hahahaha...

Unknown said...

fiza : memang diorang ni spesis yg suka cangkung kot..susah nk berubah

Unknown said...

Ayuni : kalu tandas awam tak diwujudkan, baru padan muka..ahaha

Unknown said...

FaizalSulaiman : hanya peminat jamban yg suka buat entry pasal jamban..wakaka..

Unknown said...

Lelaki ini : betol tu..sama la kita~

Unknown said...

deem : yg dok kt kampung ok la.. kalu mereka yg dok kt bandar tu macam mana? ahahahaha.. padan muka. masa ada tak nak menghargai. bila dh takde baru nk merasa kepayahan..