Pages

Sunday, January 23, 2011

Kerana beromen...

Macam-macam berita sensasi hari ni... Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menundukkan Taufik Hidayat petang tadi dan mengharumkan nama negara. Badminton perseorangan lelaki je yang syok sikit nak layan.. yang pompuan rasa macam tak nak tengok je . apa taknya, asyik2 China melawan sesama China je.. Hmm, aku dah ada sedikit kebimbangan kerana Malaysia kini dah mula kekurangan pelapis baru untuk sukan badminton. Negara kita antara nama besar dalam arena badminton, tetapi kini dah semakin kekurangan atlet profesional.begitu juga situasi dengan negara jiran, Indonesia. Papepon, pandai-pandai la BAM cari pelapis generasi akan datang...

Berbalik pasal berita hari ni, semasa membaca metro kat kedai makan tadi, aku nak tergelak kaw-kaw pasal satu berita.. tajuk pon tak boleh blah punya mengancam. "padah gigitan asmara".. wahahahaha... ni berita yang aku copy paste dari metro...

AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya. Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM

Kesian pon ada, lucu pon ada.. nak beromen pon kena tahu cara. kan tak pasal-pasal dah kena strok. uiihhh, bahaya juga kesan beromen ni. bukan stakat tengkuk jadi  merah, tapi boleh menyebabkan strok. bagi yang belum kawen tu, aku bagi amaran, jangan sesekali nak beromen. kang kena strok baru tau.. bagi yang dah kawen, kalu nak beromen pon, sila hati-hati... jangan dok gelojoh sangat.. buat pelan-pelan suda~ ekekeke

kecik-kecik pon dah pandai cemolot, beromen... haish~


2 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hm, sedihnye tgk bdk2 muda skang...

ghost said...

aha..lepas nih beringatlar sape2 yg suka buat love bite kat leher tuh..kang tak pasal-pasal parah lumpuh jer.