Pasti ramai yang dah tahu kan pasal Multi-level marketing atau juga di sebut MLM.. bagi yang masih tak tahu, sila google ye.. Semakin hari, makin banyak perniagaan yang dijalankan secara MLM wujud. Ada sesetengah perniagaan memang mengikut dengan cara yang betul dan ada juga yang berunsurkan penipuan dan ada yang sememangnya menipu je kerja dia. Sampaikan log-in pesbuk pon boleh dapat duit... memang terang dah penipuan.. Sape join memang bodo. Kalu ada yang terasa, padan muka~
Dengan tawaran keuntungan yang berlipat ganda dalam masa yang cepat, ramai orang yang mudah terpengaruh. Al maklumlah..sape yang taknak duit kan? skim cepat kaya pon orang sanggup masuk biarpun tak nampak cara pengurusan yang memberikan keuntungan kepada kita. Inikan pula MLM yang memberikan ganjaran sekiranya kita dapat tarik orang lain untuk turut serta. Orang kata, cara ni betul dan bukan satu penipuan.. tapi secara personal, aku rasakan MLM ni tak ubah seperti perniagaan menipu.
Keuntungan tu kita ambil dari hasil pendaftaran orang lain pulak. Orang yang berada di atas, akan sentiasa gembira dan bahagia kerana wang sentiasa mengalir masuk tanpa buat apa-apa. Yang di bawah pula sentiasa sengsara. semakin jauh kita berada di bawah, makin sikit la keuntungan yang dapat walaupon kita berusaha dok cari orang.Aku sendiri pernah di tawarkan untuk join MLM dengan modal RM2000. kau gila!!! kalu stakat RM20 tu boleh la aku join. Kalau dah RM2000 sori la... kau kata la dapat untung sejuta seminggu pon aku tak mau.
Perangai orang kita ni pelik. bunyi je dapat wang yang banyak dalam masa yang cepat, terus masuk tanpa fikir panjang. Tapi bila 4,5 bulan belum dapat hasil, baru nak termenung memanjang.. modal dah keluar, hasil tarak... Sori to say la.. bagi aku, kalu nak kaya dengan join MLM ni memang bangang. takkan lama nya hasil duit yang korang dapat tu. ajak orang tu, ajak orang ni.. bila dah habis satu Malaysia yang join, sape lagi yang nak join? fikir biar realistik sikit kalau nak dapat duit pon. Dari dok main MLM, baik aku berblog.. tunggu je duit dari Nuffnang. walaupon tak boleh jadi kaya, kurang-kurang dah dapat makan Mekdi, KFC, Piza... walaupon tak banyak, tapi duit yang nyata....
p/s : Dari dok masuk MLM, baik korang jual burger la...
4 Orang mengumpat:
frankly speaking, pernah terpengaruh. biaselah tak matang
agi. hehe. nasib baik tak sempat isi borang gi.sedar bila dia suruh cari orang tu, dia bukan nak bantu kita buat duit tapi untuk dia jugak.sgt tak setuju pasal sistem piramid tu.skrg bkn tamadun mesopotamia agi ok.
MingMing : betol tu.. nasib baik x sempat isi kan.. kalu x mesti dh jadi mcm org zaman mesopotamia..hahaha
sangat membenci giler2 punyer pasal MLM...
tp ader jugak sudut positif dlm MLM...
Post a Comment