Pages

Friday, February 11, 2011

Bergayut

Tadi dapat panggilan dari Mak aku kat kampung. Huh~ macam kebiasaanya, mak aku je yang selalu call. aku cuma akan call mak bila nak duit je..memang ada bakat nak jadi anak derhaka la aku ni..haish... bukan aku tak nak call, tapi berjimat cermat. kalu boleh setiap masa aku nak call. bagitau perkembangan semasa.. biasa kalu kat rumah, walaupon aku jarang lekat kat rumah, tapi aku mesti cerita kat mak aku cerita terkini dan perkembangan semasa. Hidup kat perantauan ni lain sikit. duit ada cukup untuk makan je. nak top-up telefon, paling banyak pon 5 hengget je untuk 2 minggu. guna kredit untuk benda-benda penting je.Kalu kat kampung, boleh la nak top up selalu.. makan minum dah lepas~

Mungkin sebab tu la aku tak de awek kot.. nak bergayut kat telefon, memang mintak maaf le banyak-banyak. lain la kalu orang tu yang call. boleh la aku layan.Pernah sorang pompuan tu tinggalkan aku sebab aku tak pernah call dia. asyik dia je yang call... satu hal lagi, sape suruh dia minat kat aku..hahaha..bangang tak aku? aku cuma anggap dia macam adik je kot. tak pernah pon luah apa-apa. takde pon nak jiwang-jiwang.. dia nak lebih-lebih tu apesal.. Kekadang, call pon bukan cakap benda yang berpekdah. stakat sembang kosong.. buang masa betol. buang duit lagi. sampai sekarang aku tak dengar khabar pompuan tu. Last dia call, masa dia suruh aku call dia tu la. ayat terakhir dia, "kalu tak telefon saya sekarang, kita sampai stakat ni je." Aku balas la, "stakat ni apa? kita jadi apa selama ni?" saya takde kredit. cuba la paham".. ttuuttt.. terus telefon diletak. mungkin aku agak tak bertimbang rasa. tapi... Ahhh, lantak dia la..kisah lama...

Ada jugak sorang member aku tu bagitau, dia pon serabut nak layan 'gewe' (kekasih) dia tu.. tiap hari mesti kena call dan SMS. kena jumpa lagi.. aduiiii... apa jenis manusia la yang macam ni. dah la jumpa berjam-jam setiap hari. lepas jumpa, kena sentiasa SMS dan telefon. tak boring ke?  Aku rasa pasangan begini jarang yang kekal lama.. sebabnya dah boring. setiap masa bersama.. setiap benda di laporkan.. macam dah takde kehidupan di dunia ni selain berkasih. Ada jugak member yang clash ngan chikaronya sebab memang terlalu serabut nak melayan. hmmm, terlalu kerap telefon pon tak boleh, tak telefon langsung pon tak boleh... jadi pandai-pandai la korang bahagikan masa untuk menelefon kekasih gelap korang tu.. dan aku nak bagi ingatan sikit, siapa-siapa yang secret admire kat aku, pastikan korang bukan jenis kaki bergayut kat telefon. Kalu korang yang nak telefon tak pe. hahahahaha.. aku rasa ni la ayat aku yang paling cilaka skali.. Papepon, pendapat masing-masing. perlu atau tidak bergayut kat telefon tu, kehendak peribadi. Apa kata korang? Perlu ke bergayut ngan kekasih ?


8 Orang mengumpat:

Unknown said...

ye ke kalo pasangan yg selalu jumpe, selalu kol, selalu sms xkekal lame..x pun..hahhahaha...
sebenarnye kalau betul suka, takkan pernah bosan, tp kalo xsuka, mmg byk alasan..mungkin kamu belum jumpe org yg kamu suka, thats y kamu belum ade penyakit bergayut tu....hahaha

Unknown said...

inafazlyna : suka pon suka jugak.. tp kalu setiap masa nak kena berhubung~ adusss... mmg mcm hilang life sebenar..ekekeke

Unknown said...

kalau stiap mase mmg melampau la..hahhaha..at least 2 or 3 times a day should be ok..

Unknown said...

ienafazlyna : kadang-kadang ok la lagi.. yg x tahan setiap masa tu.. yg menjadi persoalan, ramai ke laki bini yg bergayut? hmmm... >,<

Woofer Storm said...

ok,lepas ni lepaskn sy..hahaaa sy bukan gay,ngeeeee

Unknown said...

woofer strom : tak nak bergayut ngan gay~ ahahahaha..

ghost said...

citer kawan kau memang selalu dihadapi oleh kebanyakan lelaki dan mungkin jugak termasuk aku.sangat merimaskan kalau setiap pergerakan pun kena maklum...n tak kira tempat dan situasi mesti nak telipon..leh buat aku celaru.tapi aku dah bebaskan diri aku dari fenomena tuh.

Unknown said...

ghost writer : hahaha..dh ada pengalaman jugak rupanya~