Semalam masa dok makan kat kedai basikal makan, aku tengok sekumpulan kanak-kanak dok main kjear-kejar ngan sorang mamat yang tak siuman. Tetiba aku boleh tersenyum tengok kat mamat yang tak siuman tu.. Aku tersenyum sebab aku tengok untuk yang pertama kalinya si mamat yang tak siuman tu ketawa dan senyum. biasanya dia dok muka masam je.. selalu marah-marah orang sekitar dan kelihatan agak berbahaya. tapi bila main ngan budak-budak boleh pulak dia ketawa dan dok kejar-kejar budak-budak yang keriangan tu.
Aku bukan nak cerita pasal si mamat yang tak siuman tu. kalu nak cerita pon mungkin lain kali. bukan untuk entry ni. kali ni aku cuma nak cakap, aku amat pelik, hairan dan tak ketahuan kenapa kanak-kanak tu dibiarkan bebas berkeliaran bermain merata-rata tanpa pengawasan penjaga.. Tambah memelikkan aku adalah kanak-kanak tu berkeliaran di waktu malam.. bayangkan kanak-kanak berumur antara 5-8 tahun tu bermain kejar-kejar dan berkeliaran pada waktu malam tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak tu aktif, maka tolonglah fikir jika kebarangkalian berlaku kemalangan. apa yang jadi? Tambah teruk kalu kanak-kanak tu hilang tanpa di kesan. Tak guna dah nak menangis air mata darah sekali pon jika tiba-tiba mereka di culik.
Masyarakat nampaknya masih tak ambik pengajaran dari kisah-kisah kehilangan seperti Nurin Jazlin, Sharlinie, Asmawi dan ramai lagi.. sekiranya tak terkena batang hidung sendiri, maka tiada siapa akan peduli. begitu lazimnya masyarakat kita. Dah terkena, baru nak menangis, masuk surat kabar... "huk..huk.. tolong pulangkan anak aku.. pulangkan..pulangkan... sebelum aku jadi pontianak jalang malam.".. memang ketika tu, kita tengok sangat menyedihkan, tapi perkara itu sebenarnya berlaku kerana kealpaan mereka sendiri sedangkan kita telah di dedahkan dengan kebarangkalian itu. *ceh, gila skema ayat aku....
Bukan nak mengutuk sangat para ibubapa begitu. tapi adalah juga kutukan tu~ kalu kita berwaspada, kebarangkalian kemalangan dan jenayah penculikan dapat di elakkan. Kepada ibu bapa, abang kakak tu, kalu ye pon nak bagi kanak-kanak tu bermain, biarlah ada yang menjaga mereka. Jangan dah terhantuk, baru nak mengerang sakit..Beringat sebelum kena... dan lagi, kalu dah malam tu, tak payah la nak bagi kanak-kanak tu keluar rumah. dok dalam rumah baca buku, tengok tv lagi baik.. Malam bukan waktu untuk bermain-main bagi kanak-kanak.Akhir kata, Jagalah anak anda, sebelum masuk paper secara percuma. dua tiga kucing berlari, jagalah anak anda sebelum mereka dicuri..
19 Orang mengumpat:
diorg x sempat nk jg....
setuju, bahaya biarkan derang berkeliaran cam gini...takkan dah terngantuk baru nak tergadah seme kan...ishhh
Ayuni : tak sempat jaga anak, tapi masih sempat buat anak~ pengurusan tu penting, gagal pengurusan diri dan masa, bermakna kita gagal dalam kehidupan. bila anak dh hilang, kita akan jadi ibubapa yg gagal.. :)
btol tu bro.. risau lak adik aku kat kg... adoiiii
cik Mot : orang takkan sedar kalu tak kena kat diri sendiri... :(
Encik Mamat : kat kmpg, kadar utk berlaku penculikan tu rendah lg.. tp kemungkinan tetap ada.org kmpg suka tgk2 budak2 walaupon bukan anak diorang. maka,rendah la skit kadar kebarangkalian tu~
1st time dgr pantun tu
ienafazlyna : tu pantun baru.. dewan bahasa pon tak terima lg~ ni namanya evolusi dan anjakan paradigma bahasa dalam menyelusuri arus kemodenan. ahahaha
kena jg anak cam nyawa...setiap apa yg berlaku x blh diundur lg dah.
kena pantau, jaga anak2 dengan betul.zaman skunk ni sesiapapun janganla percaya
LM : betol tu.. kena jaga anak macam nyawa sendiri.. anak tu amanah Allah~
FaizalSulaiman : kadang2 ibubapa sendiri pon tak boleh dipercayai juga.. bukan nak jaga anak2, siap dera lg~
pengajaran cuma tinggal pengajaran jer.
assalamualaikum tuan tanah,
nak tanya , pasal tuan cakap tuan dari tanah merah,pasal ada bekas kota dekat ulu tanah merah tu, saya nak tau , kat mana tempat tu, sbb saya lahir di bukit bunga, tapi di besarkan di wakaf baharu.harap dpt lah tuan bagitau ek. saya nak sangat tau...
mekasih didahulukan
suraya
assalamualaikum tuan tanah,
nak tanya , pasal tuan cakap tuan dari tanah merah,pasal ada bekas kota dekat ulu tanah merah tu, saya nak tau , kat mana tempat tu, sbb saya lahir di bukit bunga, tapi di besarkan di wakaf baharu.harap dpt lah tuan bagitau ek. saya nak sangat tau...
mekasih didahulukan
biskut : org tak pernah nk ambik pengajaran..bila tengok org lain kena, ada la rasa takut kalu terjadi pada diri sendiri. tp x pernah nk ambik langkah berjaga-jaga!
sya : jange la panggil tuan.. ambo muda & masih teruna~ hahaha.. tempat tu tak berapa pasti nama gapo.kalu x silap,org panggil bukit roh. alah ko ipoh skit.. nk gi ke? tmpat tu org kata banyak harta, tp ado 'benda' dok jaga~
oklah, akak panngge shatooman jelah,bkan gapo , kita kena hormat tuan tanah, kena lah bahse lagu tu.
Ipoh tu gual ipoh ko? kalu tempat tu sene nak tuju , nak gok g tengok. keras tu untuk ore yg niat x molek, kita bukan lagu tu, cuma nak mengkaji sejarah mencari asal usul sejarah sendiri.mekasih lah ye dik.
sya : ahahha.. kak ni ahli arkeologi ko? minat benar nk kaji. kito pon ado juga minat skit2 pasal sejarah bangsa ni. tapi x de nk caro mano.. lebih kurang la kawasan dia.. antara gual ipoh, batu gajah gitu la..
kito tahu pasal tmpt tu pn sbb dulu ado org hok wt kajian sejarah dr KL ni tanyo. kito try tnyo org alah ko alik ulu nuh, mmg ado la tmpt tu. tp org x leh nk g.nk masuk jh mari kilat, ribut.. org kato ado kala jengking besar, ular besar dok jago tmpt tu.allahualam..
Post a Comment