Pages

Sunday, January 23, 2011

Lapar, Cotek dan Banjir....



Cotek? Menatang kebenda cotek tu? Banjir kat mana pulak? Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal roti canai je. Semenjak dua menjak ni, boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan mengalami kelaparan dan akan membedal roti canai. dulu slalu order roti canai kosong dua bijik untuk mengisi perot di waktu malam. Sekarang ni selera aku dah bertukar kepada roti cotek. Ahh.. tak tahu ke roti cotek tu binatang apa? sebenarnya roti cotek bukanlah binatang atau sayur-sayuran. beliau ialah sejenis roti canai. Kat KL ni aku dengar orang sini panggil roti tampal. di ulangi sekali lagi, ROTI TAMPAL... kalu kat Kelantan orang panggil Roti cotek.

Roti cotek langsung tiada kaitan dengan pokok mas cotek. Beliau dinamakan roti cotek kerana ada telur yang melekat di roti tu. Dalam loghat Kelantan, Cotek itu disebut kepada sesuatu yang melekat dan sedikit timbul di atas sesuatu permukaan... lebih kurang gitu la kot maksudnya..Roti cotek a.k.a roti tampal ni sangat sedap jika dimakan dengan menggunakan teknik banjir... ish~ rasa macam tak berapa sesuai je ayat aku tu..ah!!! hentam ke la labu... Mudah kata, roti ni sedap dimakan jika kuahnya dimakan secara banjir.. nak lebih sedap, letakkan bawang goreng. uhhh.. heaven gila~

Seingat aku, Roti cotek yang paling sedap pernah aku makan ialah kat Kedai Makan depan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu Kelantan.. sekarang aku dengar perniagaannya makin maju dan nama kedai pon dah tukar jadi Cotek Red Warriors..siap kaler roti canai pon dah bertukar jadi merah...Aku tak jumpa lagi mana-mana kedai Roti Canai yang mampu melawan kesedapan roti cotek beliau.. hmm.. ni bukan aku nak promote kedai dia ye.. just ceritakan pengalaman aku.. aku tak di bayar dan di upah oleh beliau untuk mempromote kedai roti coteknya. tapi kalu beliau nak bagi aku roti free, aku belasah je.. nak suruh tulis entry angkat ke langit pon aku sanggup.. pasal makan, laju je~

















*gambar hasil carian encik google..



p/s : kelaparan dah melanda perot aku sekarang ni.. jom pergi makan roti cotek!!!

11 Orang mengumpat:

ghost said...

owh ini kira satu anjakan paradigma untuk roti telur lar nih...hihi

Hani Nabilia said...

hmmm nak kena rasa nie...sebelum nie tak pernah dgr pun..haha by da way nama roti ni kiut plak!

Faizal Sulaiman said...

lamo gedemo kawe dok maghi klate weh. makane sano muroh2:)

Ayuni said...

hm, roti canay kt unisza ganu best....

Unknown said...

biskut : tp rasanya lebih sedap dr roti telur kot~ kalu wt banjir lg best

Unknown said...

Daniela : x pernah dgr ke? hmm... masa mula2 dtg KL, x tahu pon org panggil roti tampal.. main order roti cotek, peniaga pon pening~

Unknown said...

FaizalSulaiman : pernah g Kelantan ke? ekekeke.. ayat dh ada bunyi kelate tp kena betulkan sikit.. :)

Unknown said...

Ayuni : ada roti cotek?? hihihi...

Unknown said...

aku tak pernah dgr pun org panggil mcm tu

Unknown said...

ienafazlyna : awak tu kelate celup.. nama je org klate, tp dok besar kt luar.. huahahahaha...mana nk tahu org panggil gapo~ ;p

mummy said...

Sedak..kalu kat kk sabah ore panggil roti cobra