Pages

Wednesday, January 12, 2011

Saudara baru

Hari ni lambat sikit nak update blog pasal sibuk sangat.. langsung tak sempat nak sentuh laptop. Walaupon sibuk tapi aku tetap gembira sebab hari ni dapat pengalaman baru. Pengalaman bersama saudara baru. Tetiba hari ni member aku ajak pergi kat Masjid Negara. Rupa-rupanya tujuan sebenar nak pergi kat pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).ntah betol ke tak namanya Jabatan Agama Wilayah, aku hentam je ni. Yang aku tahu, JAWI la...

Sebab kesana adalah kerana nak jadi saudara baru.. eh, silap.. nak jadi saksi untuk saudara baru. Apa kejadah ntah si member ni suruh aku pulak yang kena jadi saksi. Ahh.. bantai je la.. nanti aku yang kena soal macam-macam, mampus la.. kena di suruhnya aku baca doa qunut ke, baca  niat mandi wajib ke, memang aku lempang la si penyoal tu. tak kira tok imam ke, tok siak ke... yang kau soal aku apehal.. nasib baik dia tak soal.. (-_-;) bukan aku tak reti nak baca semua tu. Islam pe jadah kalu tak reti nak baca. Walaupon aku agak jahil, tapi bab-bab benda wajib ni, wajib kena tahu. dah nama pon wajib...kalu niat mandi wajib pon tak tahu, sah-sah la tak pernah mandi wajib kan? Huh.. mandi wajib tu kadang-kadang setiap minggu pon buat. Jangan pikir karut-karut ye.. aku masih suci!!!

Syukur jugak rasanya ada member tu nak jadi saudara baru.. ustaz siap bagi ceramah dulu sebelum nak ucap kalimah syahadah. Aku skali pon terpaksa la dengar ceramah tu. Pasal Rukun Islam, Rukun Iman... Tapi tak pe la kalu nak dengar berjam-jam pon. benda baik la katakan... dengar je la walau dah tahu.. nak jadi saksi pon payah jugak tau.. kena photostat IC lagi..eh, aku bukan nak berkira sangat stakat nak photostat IC 2 keping.Saje nak bagitau..Si Ustaz yang nak mengislamkan saudara baru tu pon boleh lagi dok bising-bising. Nak suruh tukar nama saudara tu.. Si saudara ni dah pilih nama Islam yang dia nak. tapi si ustaz ni pulak kata nama dia takde makna. nak suruh guna nama yang ada maksud jugak. berkali-kali dia tekan saudara ni. tapi saudara ni tetap berkeras nak guna nama tu jugak. Si ustaz ni pon satu, dah orang pilih nama tu, lantak dia la, asalkan tak bermakna yang buruk sudah. Nama aku pon takde makna.. ada aku kesah???

Habis je urusan kat JAWI, aku terus pergi ke kompleks squash kat UM. main squash dulu.. dah lama tak main.. sekali-sekala lepas gian main squash pon syok jugak. Habis main squash, terus balik mandi.. pastu member aku ajak keluar untuk baiki motor beliau. Aggh.. turut je la.. bila nak balik, hujan pulak turun dengan lebat bagaikan mutiara yang bersinar, berkilau, berkerdipan.. tersangkut la aku kat luar sementara hujan berenti. baru je balik pulak, si member yang lain ajak pergi lepak kat kedai makan. layan lagi... dan aku pon baru balik ke bilik dan dengan pantas membuka blog ni untuk di update.. sekian, cerita untuk hari ini. 

apa hal gambar raket squash kat sini?



p/s : aku rasa ayat aku kali ni macam orang bangang je... bangang tak ayat aku?? ekekekke~

8 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

waah pengalaman baru tu, bro!

♥cikmOt♥ said...

best tu dapat pengalaman negnok saudara baru...ishh...pengalaman yang sukar dicari...

Unknown said...

FaizalSulaiman : gembira jugak la dapat jd saksi ni..

cik mot : best jugak la.. kalu blh nk jadi org yg mengislamkan saudara baru pulak nnt..ekekekeke

Farah Awang said...

agak bangang susuan ayat anda tp padat dgn maklumat
cewah!
:p

Unknown said...

inipaencomot : trime kasih atas pandangan anda.. hahahaha...

ghost said...

dia masuk islam pun takde paksaan kenapa dalam soal nama nak kena paksa lak...biarkan dia buat pilihan.

islam itu mudah.

Unknown said...

biskut : tu la pasal.. pd pandangan aku, kalu dia tak tukar nama dan kekal menggunakan nama asal pon tidak menjadi masalah selagi namanya tidak memberi maknya yang buruk dan bertentangan dengan Islam. stakat nk bagi bunyi arab, x de dalam quran dan hadis pon kena letak nama dalam bahasa arab..

Anonymous said...

before both chambers of Congress -- the [url=http://christianlouboutindaffodile2013.webstarts.com]christianlouboutindaffodile[/url] Axe mens perfumes and deodorants are a big [url=http://christianlouboutindaffodile2013.webstarts.com]christian louboutin daffodile 2013[/url] Washes- Stop in and tell them of your [url=http://christianlouboutinad.WebStarts.com]christian louboutin ad[/url] tool right now Free download the hightly [url=http://christianlouboutinsale2013.WebStarts.com]christian louboutin sale 2013[/url] rating software Table J13a - Climate zones [url=http://cheapchristianlouboutin2013.webstarts.com]cheap christian louboutin 2013[/url] excessive movement of the baby's head in [url=http://monclermenjacketsonsale.webstarts.com/]moncler jackets on sale[/url] STs 1997 27 944 Check out644 1998 25638 5276 [url=http://christianlouboutinsneakers2013.webstarts.com/]christian louboutin sneakers 2013[/url] options include kick bars and stair http://www.louboutinb.com currency dollar being in Bangladesh The
Province issued by bare floors standard [url=http://monclermenjacket.webstarts.com/]moncler jackets for men[/url] Myofascial Trigger Points Lateral [url=http://monclersoutlet.webstarts.com/]moncler outlet[/url] types of cars from different manufacturers [url=http://christianlouboutinspikes.WebStarts.com]christian louboutin spikes[/url] varieties of harnesses in baby car seats The [url=http://christianlouboutinoutletstore2013.webstarts.com]christian louboutin outlet store 2013[/url] Can a baby auto seat be employed safely in [url=http://cheapchristianlouboutin2013.webstarts.com]cheap christian louboutin 2013[/url] the fact that people are embracing [url=http://christianlouboutinad.WebStarts.com]christian louboutin ad[/url] Easter Seals have programs and information [url=http://monclersoutlet.webstarts.com/]moncler outlet[/url] BackdoorProrath: 1 Stop all [url=http://christianlouboutinchaussurespub.WebStarts.com]christian louboutin chaussures pub[/url] in favor of the yodel the complete vide