Pages

Saturday, January 8, 2011

Tips mendapatkan idea

Pasti setiap blogger pernah menghadapi masalah untuk mendapatkan idea bagi membuat entry terbaru kan? Mood kita untuk berblog kadang-kadang berkobar-kobar tapi bila nak taip entry, tiba-tiba jadi blank dan blur..tak tahu nak tulis pasal apa. Tambah dengan kesibukan masa, kebanyakan blogger akan meninggalkan blog mereka sehingga bersawang dan berhabuk selagi tak dapat idea..

Dulu aku jarang-jarang je buka blog. masa mula-mula buat blog dulu pon saje-saje sebab ikut kawan-kawan. Nampak macam best je ada blog sendiri. Masa tu agak boring lagi nak berjinak-jinak dengan dunia blog. tapi bila dah lama-lama, rasa selesa la pulak. hari-hari aku berblog.. dan pelbagai cara aku gunakan untuk memastikan blog aku sentiasa di update. ternyata cara aku agak berkesan dan blog dapat di update setiap hari. Aku rasa, sepanjang masa aku serius dalam blog ni, paling lama pon 2 hari aku tak update. tu pon pasal terlalu sibuk dan tak sentuh pon komputer. Kadang-kadang sampai 3,4 entry sehari aku bedal. Macam mana aku nak pastikan blog aku sentiasa di update dan aku tak kering idea?

Perhatikan sekeliling anda
Ok, mula-mula aku perhatikan apa sahaja yang ada di sekeliling aku. tengok apa sahaja yang ada. contohnya macam sekarang, aku nampak ubat gigi. yeah.. aku akan buat entry pasal ubat gigi. cari la maklumat yang berkaitan dengan ubat gigi dengan bantuan encik google atau pon pengalaman sendiri pasal ubat gigi. tapi kalau takde benda menarik di sekeliling?

Baca blog
Baca balik blog korang.. baca entry yang lepas-lepas.. lagi bagus kalau pergi baca blog orang lain. dapat tambah maklumat.. bila kita baca blog orang lain, pasti kita akan bertemu dengan isu semasa yang tengah meletop tak pon entry-entry yang menarik. korang boleh jugak kupas isu yang sama dengan blogger lain dengan menggunakan ayat sendiri. Jangan copy paste ye.. kalu nak copy paste jugak, sila mintak kebenaran dan bagi backlink pada tuan empunya. tapi better korang wat entry sendiri la pasal isu yang best. Tajuk sama takpe dengan blogger lain janji isi lain-lain.Kalu masih tak dapat idea juga teruskan dengan tips seterusnya.

Baca komen
Korang boleh baca komen-komen kat blog korang ataupon blog orang lain. Setiap komen merujuk kepada pendapat blogger masing-masing. Kadang-kadang, ada yang bagi komen sambil memberikan isi berguna. Contohnya korang wat entry pasal Milo itu sedap. pastu ada yang komen bagitau, milo tu banyak kebaikan. So, korang boleh pulak buat entry pasal kebaikan minum milo. hmm, masih tak dapat idea jugak?

Baca Akhbar
Korang baca la akhbar ke, buku ke atau apa sahaja bahan bacaan. Aku paling suka akhbar online. korang boleh baca berita-berita terkini secara online dan cepat. Cari isu-isu yang menarik dan apa yang korang suka dan apa yang korang rasa orang lain suka. contohnya macam kes buang bayi, rogol, ragut.. korang pilih sendiri berita yang macam mana lepas tu buat la ulasan sikit. dah boleh jadi entry. Orang tak kisah jika kita mengulas benda yang sama dengan orang lain dengan syarat, buat ayat kita sendiri.


Tu la cara-cara aku nak dapatkan idea untuk tuliskan entry. harap korang pon boleh buat dengan lebih baik lagi. Mintak-mintak lepas ni aku tak tengok lagi blogger yang tulis entry pasal boring, tak tahu nak tulis apa, kering idea... tapi kalau penulisan korang baik, benda-benda macam tu pon boleh jadi menarik. ahahaha.. selamat berblog....



p/s : Selamat hari jadi buat keeper terbaik Malaysia, Khairul Fahmi..semoga  terus berjaya. Heh.. nama dah sama dengan aku. Nama aku Shareeman Fahmi. Orang Kelate jugok..har..har..har..

16 Orang mengumpat:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

idea kadang-kadang datang tak kira masa

tengah melabur pon dia boleh datang hahaha...

=P

Puan Nurussalwa said...

huhuk..
mase blur mmg blur..
mase ade idea..
bgai mencurah2 jatuh ke ladang gandum je gaye nye..

neway, good points.
tq for sharing~

:)

Ummi AmnaAmzar said...

info yg sgt berguna..tq sgt2 BK..ummi akan cuba praktikkan..kdg2 byk idea tp xreti nak olah bg jadi menarik

autumn said...

aish sorg ni, nk jugak highlight nama tu ye,xthn den, haha..

ghost said...

tips yang sangat baik nih.

Unknown said...

GKSB : ahaha...betol tu.. banyak kali jugak dapat idea time tgh melabur. ;p

manna_salwa : welcome~ selamat berblog ye... :)

Ummi : sama2..ilmu perlu di kongsi, baru makin bertambah. mungkin org lain ada cara yg lebih baik. tulis je apa yg nk di tulis. luahkan apa saja dr hati. bila agak2 dh siap, edit balik nk bagi menarik.

autumn : ekekeke.. nasib baik fahmi.. kalu nama tom cruise lg bangga kot~ ahahaha

biskut : boleh cuba kalu terasa berguna.. :)

suria lekatlekit said...

sy ada buat entri ni semalam.. so tips kita gunakan lbh krg sama jer

Unknown said...

lekat lekit : uihs~ entry sama?? takpe2. janji sendiri punya.. mungkin pemikiran kita sama.hahahaha.. mmg step nk cari idea gini. last2 kalu x de, mmg akhbar je la yg di cari.. janji dpt update..ekekeke ^^

Ayuni said...

hikhik, bagus idea nie...

Unknown said...

Ayuni : time kering idea, boleh la kalu nk cuba~ ^^

Fiza A said...

bila ada idea, berlambak2 sgt idea yg dtg...smpai xtawU nk ambek yg mna..
bila dah xda, KOSONG terus.. BLANK! hahaha..

Unknown said...

fiza : tu la pasal.. tp idea dtg berlambak tu, baik wt draf terus.. pastu publish la satu-satu..

Faizal Sulaiman said...

tips bagus ni bro!

thanks kongsi yek!

Unknown said...

FaizalSulaiman : np.. cuba la guna bro~ ahaha

Anonymous said...

terima kasih kerana kongsi ilmu.. :)

selamat hari jadi juga kepada fahmi.. beliau sungguh berbakat.. ade peluang nak masuk world cup..

-ashley-

Unknown said...

Anon : np.. ilmu kena kongsi baru sentiasa berkembang.. ;)