Pages

Saturday, February 12, 2011

Seks adalah hak individu

Masyarakat kita sekarang ni amat bebas dalam pergaulan. Amat bebas dalam perhubungan.... Tengok dalam berita, ada je pasangan yang kena cekup dengan pencegah maksiat. selalu je ada kes buang bayi.. tu baru yang dilaporkan. yang tidak disiarkan dalam berita macam mana? berapa ribu kes lagi yang kita tak ketahui.. Dari cerita-cerita yang aku dengar, ramai jugak manusia sekarang ni yang tinggal sebumbung dengan pasangan yang belum berkahwin. Alasan mereka ialah tidak mahukan komitmen dalam rumahtangga. tapi mahukan seks untuk memuaskan nafsu.. Tengok pada rupa, nampak macam orang Melayu. tengok IC, agama Islam. tapi perangai.....

Bila di soal kepada mereka, kenapa perlu nak buat benda yang tak dapat diterima oleh masyarakat? mereka hanya akan kata, itu hak mereka. mereka tak peduli pon kata-kata orang. mulut orang bukan boleh di tutup. Ahahaha.. singkat sungguh pemikiran mereka ni. menjelaskan kebodohan sendiri pada orang. Memang la di akui, seks tu hak individu. korang nak buat ke, tak nak buat ke, terserah pada korang. tapi korang ni takde agama ke? bukanlah masyarakat nak sangat jaga tepi kain ko tu.. tapi orang lain ni cuba nak cegah. sebab benda ko buat tu dosa. Kalu Tuhan bagi bala, bukan ko sorang yang dapat... orang sekeliling pon habis kena kalu semua orang buat tak tahu.

Tak nak komitmen dalam rumah tangga... habis, korang taknak ada zuriat? tak nak ada pewaris? jadi, apa sangat harta yang korang dok kejar tu kalu bukan untuk jaga makan dan pakaian anak-anak? kalau kata korang nak anak, buat seks bebas gitu, nanti dapat anak haram, korang boleh bangga ke bagitau anak korang tu nanti yang dia tu hasil kerja haram korang? Fikirlah baik-baik dengan masa depan korang. sampai bila korang nak hidup bertuhankan nafsu? bayangkan bila dah tua nanti, siapa yang nak jaga korang kalu bukan anak-anak? bukan suami atau isteri? Hmmm.. apabila nafsu jadi keutamaan, manusia itu lebih teruk dari haiwan yang tak berakal.Jika manusia itu mampu mengawal nafsunya, mereka itu lebih mulia dari malaikat. fikir-fikirkanlah..

Bila mana masyarakat tak dapat menerima perbuatan kita, maka kita secara jelasnya adalah salah di sisi masyarakat.. pasal kepuasan seks, carilah jalan yang diredhai oleh agama.. lihatlah di dunia ni, apa-apa agama sekalipun, pasti akan ada upacara perkahwinan. ini untuk menunjukkan mereka itu sah sebagai pasangan dan masyarakat dapat terima. Dalam Islam jelas, berzina itu berdosa.. korang tak takut ke dapat dosa.. cubalah letak api lilin ditangan. rasalah macam mana rasanya. Itu hanya terlalu sedikit rasanya berbanding api neraka.Ingatan sekali lagi, bila Tuhan bagi bala, semua orang akan kena... bila kita ternampak kemungkaran di depan mata, cegahlah ia dengan perbuatan kita. jika tak mampu, cegahlah ia dengan kata-kata. jika masih tak mampu, cegahlah dengan hati yakni mengeji perbuatan tu. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. jika kita langsung tak peduli, azab Allah itu amatlah pedih.

6 Orang mengumpat:

Jumir said...

Setuju...!!

Puan Nurussalwa said...

1 entri yg gud sgt.. tahniah n setuju. ~!

Lydia Miza said...

jgn ikut kata hati..ikut apa yg akal fikir,insyaallah akan selamat kehidupan.

ghost said...

tak mahu terjebak dalam hubungan seks terlarang maka kena nikah cepat2...soal mampu tak mampu urus keluarga belakang kira janji kena urus soal nafsu dulu...

Ayuni said...

btul, think first before act...

Unknown said...

Jumir : mesti kena setuju!! hahaha

manna_salwa : tq..

LM : ikut hati mati, ikut rasa binasa

ghost writer : hapuskan amalann zina.. bila zina berleluasa, maknanya masyarakat dh mula punah.. maka bala bakal menyusul..

Ayuni : mereka hanya fikir nak sedap je..tak pikir dosa pahala..