Pages

Saturday, October 16, 2010

Tazkirah dari Ayah Pin

Petikan di bawah aku kopi en peis dari Harian Metro...

KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Arifin Mohamad, 70, atau Ayah Pin dikatakan hanya pulang ke perkampungannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, pada setiap Ahad dan Isnin.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Ramlan Ali berkata, mengikut maklumat diperolehnya, Ayah Pin hanya berada di perkampungan berkenaan selama dua hari untuk mengajar pengikutnya yang datang dari luar Terengganu.
Menurutnya, Ayah Pin dikatakan mengarahkan pengikut setianya supaya mencari lebih ramai ahli baru untuk menyertai kumpulannya termasuk remaja.
Katanya, ajaran Ayah Pin mula aktif semula sejak Julai lalu dan keluar meninggalkan perkampungannya dengan diiringi pengikut setia bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Saya menerima maklumat daripada pengikut Ayah Pin bahawa dia mengarahkan ahli kumpulannya supaya mencari seberapa ramai ahli baru, termasuk remaja.
“Ayah Pin juga ketika ini menyebarkan ajarannya hanya di warung kopi milik pengikutnya di dalam kawasan perkampungan itu, bukannya di luar perkampungan itu.
“Jadi, tidak hairanlah, pada hari Ahad, terutamanya sebelah petang sejak kebelakangan ini kawasan perkampungan itu menjadi tumpuan orang ramai dipercayai pengikutnya yang datang dari beberapa negeri termasuk Johor, Selangor, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin yang melaporkan Ayah Pin dilihat memberikan ‘tazkirah’ kepada 10 pengikutnya di kampung itu, Isnin lalu.
Begitupun, Ayah Pin dikatakan tidak secergas dulu kerana menghidap diabetes dan dia berpakaian singlet putih serta berseluar pendek sambil menghisap rokok ketika memberikan ‘tazkirah’ kepada pengikutnya yang datang dari luar Terengganu termasuk Johor, Selangor dan Pahang.
Semalam, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan dilaporkan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Ayah Pin berada di perkampungannya selain percaya dia masih berada di sebuah negara jiran.
Sementara itu, Ramlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu mengambil tindakan segera bagi mengekang kegiatan ajaran sesat itu.

fulamak... ayah pin dari kerajaan langit dah kembali la... selama ni menghilang diri naik ke langit. sekarang tetiba plak muncul memberi tazkirah..  Pin, memang hebat la lu..gua saspek respek habis sama lu.. dah bertahun kot tak menjelma.. Ayah pin memang betul2 hebat.. sampai sekarang polis tak dapat tangkap dia. Si Rasul melayu, abdul kahar dah lama kena cekup ngan jabatan agama..kiranya ilmu dia tak cukup lagi la tu. Si ayah pin ni power memang setaraf ngan power ranger dah.. sebab tu polis tak leh tangkap. Kalu kejar dia, dia  kayuh basikal naik ke langit.. habis, macam mana polis nak tangkap???

Aku dah habis pikir, sampai mereng dah otak aku.. tapi aku masih tak paham kenapa la orang kita ni mudah2 je dapat terima ajaran yang karut macam tu.. sedangkan jelas nampak ke'bangang'an amalan yang dibuat dalam ajaran tu... kalu mimpi kawin ngan pompuan ni, maka dalam realiti pon memang ko boleh kawin ngan pompuan ni walaupun dia dah berlaki... adoyai~  knapa aku xleh nak memahami rasional diorang wat camtu? adakah diorang memang rasional atau aku yang tak betul??? 

satu hal lagi, yang paling aku heran, pengikut 'ajaran sesat' (dianggap sesat bagi golongan beragama yang rasional. bagi diorang, kita kot yang sesat) terdiri daripada golongan bijak pandai..samada bijak sebagai peguam, doktor, cikgu, mahupun bijak dari bermain bola atau congkak. Kalu golongan bijakpandai (padahal bodoh nak mampus) ni jadi freethinker / athies boleh la aku terima kot.. biasalah kalo nak pandai, kena belajar jauh2 sampai oversea...bila dah sampai obersi mesti la bebas.. terikut2 ngan orang luar.. tu pemikiran jadi simple gila.. tak percaya tuhan tu jadi tak pelik sangat dikalangan bijak pandai. tapi yang aku pelik, boleh plak percaya ngan ayah pin ni... ntah tazkirah macam mana dia bagi sampai orang boleh percaya.. papepon, ko tunggu la Pin.. kalu ko terlepas hukuman di dunia ni, sesungguhnya akhirat masih ada. Janji Allah tu pasti...









*Ayah pin yang kontrol macho depan bini-bini dia...



                  
*Aish~ polis jangan dekat..nanti kang aku fire!!!



 






*Ada kabar angin mengatakan Ayah pin ikut sheik Muzafar naik ke bulan ari tu.. kononnya nak jumpa tuhan kat langit kot..






7 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

hahahaha..lawak la..aku igt ayah pin tu dah takde..aduyaii

Unknown said...

mana boleh x de... si ipin ni sama hebat ngan osama laden je kot.. sampai skrg x leh nk jejak.... syabas pin..syabas...

Lydia Miza said...

Biasanya,org yang takde basic agamalah yg terikut2 ajaran sesat ni.sian...

m i a said...

hehee...keatip entry ni..btw, manusia bila da byk sgt fikir, bole jadi sesat...tq singgah blog sy ek

Unknown said...

lydia : tapi ada juga org yg blajar agama, wahlal yg bergelar ustaz & ustazah pon ramai jadi murtad.ni yang paing memelikkan..

mia : tq mia. ok, mau serbu blog mia plak~ ^^

Lydia Miza said...

orang yang belajar tinggi agama ramai yang terlebih pk..nak tunjuk hebat,last2 bw ajaran sesat,menyesatkan org2 yang jahil agama...

Unknown said...

btl tu akak.. mcm si ayah pin ni, bukan calang2 jgk sbnr.. baca kt pesbuk dia, banyak jgk dia tahu pasal sirah nabi.. banyak juga ayat2 al-quran dia tahu.tp diselewengkan... maknanya dia mmg ada blajar agama Islam.. tp memandai anggap diri dh terlebih hebat.