Pages

Wednesday, August 10, 2011

Mati kali kedua

Masa kecik-kecik dulu aku selalu lepak-lepak kat rumah salah sorang kawan baik aku.. Aku juga banyak belajar pasal keagamaan dari ayahnya yang juga seorang pendakwah.. kat rumahnya ditubuhkan pusat tahfiz yang dikendalikan oleh beliau sendiri menggunakan duit persendirian.. di tahfiz itulah aku membesar dan bermain.. ayah kawan aku tu sangat baik dan amat menyayangi orang lain terutamanya kanak-kanak.. aku dah anggap dia macam ayah aku sendiri.. Tidak terlampau jika aku katakan akhlaknya hampir sama dengan peribadi Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan..Umumnya, masyarakat di daerah aku, Tanah Merah, Kelantan pasti mengenalinya kerana sifat kebaikan beliau dan usaha dakwahnya.

Pada 14 tahun lalu, doktor meramalkan beliau akan meninggal dunia kerana penyakit yang dihadapinya.. sampai masa yang diramalkan doktor, beliau akhirnya rebah dan tak sedarkan diri.. masyarakat digemparkan dengan kematian beliau dan bacaan yassin telah dilakukan.. semasa bacaan yassin, orang ramai hampir lari kerana jenazahnya tiba-tiba bangkit.. dia menceritakan pada aku, dalam keadaan tak sedar tu, dia asyik meminta tak ingin mati lagi.. tiba-tiba dia terdengar suara yang berbunyi "wahai hambaku, jangan bimbang.. aku takkan ambil lagi nyawamu kerana usahamu dalam dakwah".. begitulah lebih kurang bunyinya.. sejurus itu dia bangkit.. tapi penyakitnya tetap tidak sembuh.. doktor kebingungan dengan keadaan beliau yang tak jadi mati..

Selepas 'hidup kembali', ketakwaan beliau makin bertambah.. sifat penyanyang beliau amat terasa malah tidak berbeza pon antara siapa.. semua orang dilayannya dengan penuh lemah-lembut.. sejak aku berhijrah ke Kuala Lumpur, jarang sekali aku menjenguk beliau biarpun setelah berminggu-minggu balik kampung.. walaupon ingatan pada beliau membuak, tapi amat sukar untuk aku menjejakkan kaki ke rumahnya.. 2,3 hari lepas, tiba-tiba aku selalu memikirkannya.. perasaan rindu sering menerpa hati..dengan tidak diduga, semalam aku mendapat khabar beliau telah meninggal untuk kali kedua...  kali ini, pemergian beliau adalah untuk selama-lamanya.. aku dengan kadar segera menziarahi rumahnya.. penuh sesak dengan manusia.. terlalu sayu hatiku bila melihat sekujur tubuh yang pernah membelai aku dulu..

Biarpun dia telah pergi untuk selama-lamanya, aku tetap pasrah dan berpuas hati kerana aku masih sempat untuk menolong memandikan jenazah beliau dan menghantarnya ke liang lahad.. Tuhan lebih sayangkannya kerana menjemput beliau pada 9 Ramadhan..bulan yang penuh kemuliaan.. Hatiku masih lagi sayu.. air mata bergenang semalaman.. namun aku redha.. yang datang pasti akan pergi.. Al-fatihah sentiasa aku sedekahkan buat beliau.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Razali bin Mamat.. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Al-fatihah....


5 Orang mengumpat:

blog-tips-kurus said...

(bukan mengumpat)
kagumnya..
semoga rohnya tenang di sana..

Faizal Sulaiman said...

Alfatihah

meninggal Ramadhan pula tu.

Harap rohnya tenang di sana

Ayuni said...

Al Fatihah...

Lydia Miza said...

moga rohnya di rahmati Allah,syukurlah adik dapat memandikannya

alin said...

DAH AJAL DIA KAN..HMM..INNALILLAH..