Kerana cinta, kita sanggup melakukan apa saja.. jika orang yang kita cintai mesej pukul 3 pagi pun, kita akan reply.. jika orang yang kita cintai minta nak makan KFC pon, kita akan belikan.. jika orang yang kita cintai ajak berjumpa kat seven-E pon kita akan pergi dan meninggalkan segala kerja yang dilakukan.. Jika yang dicintai itu merajuk, dengan segera kita akan memujuk.. Segalanya kita sanggup lakukan untuk orang yang dicintai.. pendek kata, lautan api sanggup direnangi.. gunung everest akan didaki..
Segalanya sanggup dilakukan kononnya demi cinta sejati.. Namun, dimanakah bukti cinta kita kepada Tuhan? Tuhan tak pernah meminta kita meredah lautan api, daki gunung bagai tu.. Tuhan hanya nak jumpa kita 5 kali sehari.. waktu subuh sekali, zohor, asar, maghrib dan isyak.. Hanya 5 kali sehari.. 5 minit sekali.. surat cinta yang dikirimkan oleh-Nya iaitu Al-Quran pernahkah kita baca? Cinta kepada manusia, sanggup kita gadaikan segalanya.. sedangkan cinta itu entah kemana penghujungnya..
Tiba-tiba dapat berita, cinta kita itu ada kekasih lain.. bagaimana penerimaan kita sekiranya cintanya itu beralih kepada orang lain sedangkan segalanya kita serahkan padanya? Ketahuilah, jika kita mencintai Allah, selama-lamanya cinta-Nya itu ada pada kita.. Allah tidak meminta kita melupakan dunia hanya kerana-Nya.. Segala perbuatan kita didunia itulah yang menentukan kecintaan kita kepada Allah.. Sekiranya setiap kerja dilakukan kerana Allah, pasti kita akan peroleh pahala dan berkat dari Nya..Jika kita melakukan kerja yang dilarang-Nya, sudah pasti akan mendapat kemarahan-Nya.. Cinta itu tidak buta..Cuma hati kita yang buta untuk menilaikannya…
3 Orang mengumpat:
cinta pada manusia a bit mengasyikkan tanpa kita sedar ia melalaikan.
tiba2 teringat lagu Pompa Bensin-Jangan Lupa Namaku
oyeah.. cinta
entri yg sgt membuka mata, sgt bgs!paling suka yg surat cinta drpd Allah iaitu al-Quran..hpynya sbb sy mmg membaca surat cinta ni everyday, so silalah ikut mcm sy =)
Post a Comment