Budaya membaca amat penting bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu.. kat skolah rendah dulu, ada macam-macam ayat perangsang yang diletakkan merata-rata tempat dan paling banyak kat kantin sekolah.. antara ayat tu ada yang tertulis membaca itu sumber ilmu. memang tak boleh di nafikan, membaca itu adalah sumber paling besar kepada ilmu. Ikutkan sirah Nabi sendiri pon, semasa Rasulullah menerima wahyu, ayat pertama yang dibacakan Jibril ialah Iqrak yang bermaksud bacalah.. Ayat pertama yang melantik kenabian Rasullah ialah bacalah. maknanya Islam sendiri menekankan pembacaan.
Rasulullah seorang yang buta huruf memang tak boleh nak membaca. tapi kenapa Jibril masih berkata "bacalah" kepada baginda? Memang terbukti membaca itu amatlah penting wahlal Islam sendiri menyarankan umatnya membaca. Cuba lihat sendiri rakyat Jepun dan Israel, kemana-mana mereka pergi, bahan bacaan sentiasa ada di tangan.. cuba-cubalah fikirkan, negara manakah yang tersohor maju? siapakah pemegang lebih 70% ekonomi dunia? Di Malaysia, budaya membaca masih amat kurang. yang amat menyedihkan, segelintir masyarakat menganggap amalan membawa buku kemana-mana sebagai taboo.. Cis~ dah la kita bodoh, masih nak membodohkan orang.Aku katakan ni kepada diri aku sendiri ye..
Bacalah pape pon walau di mana-mana.. baca novel pon x pe, baca buku teks sekolah rendah pon takpe, baca buku panduan telefon ke, buku tiga 5 ke, buku diari ke...janji amalan membaca dapat di latih dalam diri kita. biarpun novel yang di reka ceritanya ataupon jiwang tahap muntah hijau ke, ia masih berguna dalam menambah pengetahuan kita di samping menambahkan kosa kata dan memperbaiki penggunaan ayat kita. Biarlah kita di gelar ulat buku sekalipon, jangan sampai di gelar ulat bulu..
4 Orang mengumpat:
saya suka membaca tapi bukan buku.. pembacaan online sahaja kekekeke
bila entry ni dibaca, meningkatkan keinginan utk belajar lebih lagi..
hm, ske bc novel english, la tahzan ke....
THE LEKAT LEKIT STORY : membaca tak kira apa pun.. setiap benda yang dibaca pasti memberi ilmu.
FaizalSulaiman : hahaha.. teruskan membaca bro!!
Ayuni : x kira bahasa apa pun, semuanya adalah ilmu.. novel jiwang pon boleh memberikan ilmu~
Post a Comment