Pages

Wednesday, December 15, 2010

Derita

Dikeheningan malam ini, mataku sudah pon semakin lemah.. kian kuyu, kian layu.. ingin aku memejam saja dan teruskan dengan dengkuran syahdu. namun aku tak mampu untuk merehatkan badan dan mindaku.. otak yang ingin aku rehatkan menjadi semakin bercelaru. denyutan di kepala menandakan kesakitan yang makin bertambah..arghh!!! dah sehari suntuk aku menanggung derita ini. tak tahan dah aku menanggung SAKIT GIGI.

Sejak dari pagi tadi, kehidupan aku terganggu. Terasa amat seksa sekali menahan sakit gigi yang kian menjadi-jadi. dari gigi, kesakitan tu dah melarat sampai menyakitkan kepala. Telan Panadol pon tak jadi apa-apa.. huhuhu..dah tengah malam buta ni. sakit gigiku pula makin menggila. Tolonglah... sekarang aku terasa seperti ingin memaki sesiapa sahaja..

semasa nikmat kesihatan itu diberi, kita tak pernah menghargai.. baru diberi sakit gigi, ingin rasanya aku merobek dunia dan isi-isinya. Seksanya bukan kepalang.. Kadang kala aku terfikir, ada betulnya kata orang tua, sakit gigi paling menyeksakan semasa didunia..dari gigi, naik ke kepala. nak makan pon tak berselera, dengar orang bercakap pon, rasa nak maki je..Tolonglah... aku nak tido ni. ada sesiapa tahu petua nak hilangkan sakit gigi?

9 Orang mengumpat:

microkrico said...

sama la..senasib

Unknown said...

x balik ko? nk sambut new year kt KL pahni.nk join?

ghost said...

cabut jer kot....
masa kecik dulo kalau sakit gigi selalu sapu dengan ubat gigi..kadang berkesan gak.

microkrico said...

haha..
barang sambut New Year..
kalo nak sapot xdop hal...keh keh..
aku ada penang sampai hjg mggu ni..
serabut perut dok cari rumah sewa xjumpa-jumpa lagi...sok lusa aku balik la kg...huhu

Faizal Sulaiman said...

warghhhhhhhhhhhhhh

gigi bongsu nak tumbuh kot

Ayuni said...

kumur air garam xpun gi je jumpa doc gigi.....

eqbalzack said...

cabut je gigi tu bro...hehe

Unknown said...

biskut : knapa la x terfikir nk guna ubat gigi smalam~

kucheng : gua masih dikampung ni

FaizalSulaiman : ekk!! gigi bongsu??

Unknown said...

Ayuni : tak terpikir langsung nk guna air garam.. org tua dulu2 slalu pesan..haish~ blh pulak lupa..

eqbalzack : dh siang ni blh la nk g jumpa doktor.. smalam pkul 2 pagi, terpaksa tahan je la.. huhuhu