Pages

Wednesday, December 29, 2010

Riang duka adakala bersama..

Minta maaf aku pinta kepada sahabat blogger yang tak jemu berkunjung ke sini kerana aku tak sempat nak BW sangat sehari dua ni.. hanya menjenguk setakat yang mampu.. Malam ini seluruh warga Malaysia sedang bergembira kerana negara tercinta telah muncul Johan dalam perlawanan bola sepak Piala Suzuki setelah berjaya menundukkan tuan rumah, Indonesia dengan mendahului mata agregat.

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia... Dengan tangan yang bergetar, aku tabik spring kat Keeper, Khairul Fahmi, Nor Shahrul, Kunalan, Safee, Muslim dan yang lain-lain.. permainan malam ni sedikit berbeza dengan yang sebelumnya kerana Malaysia di lihat bersungguh-sungguh dan amat berkeyakinan untuk menang setelah berjaya meninggalkan Indonesia 3 mata di belakang pada perlawanan sebelum ni.. 

Dalam gembira, tak terlepas juga duka yang tersemat di hati ini. baru pagi tadi aku sampai ke KL dan emak aku di kampung pon telefon.. katanya, datukku dah meninggal dunia pagi tadi. Alangkah terkejut bukan kepalang.. baru-baru ni je aku baru balik kampung untuk berjumpa dengannya.. tak sangka pertemuan itu yang terakhir kali. Aku lihat kesugulan di wajah tua itu.. aku sempat cium tangan yang berkedut itu. tapi aku langsung tak menyedari itu kali terakhir... Untuk pulang kembali, rasanya aku tak berkemampuan. yang dapat aku buat kini hanyalah sedekah sekelumit Al-Fatihah untuk di semadikan kepada roh tua nya.. Al-Fatihah.....

1 Orang mengumpat:

microkrico said...

takziah..
alfatihah..
semoga roh arwah dicucuri rahmatNya