Pages

Friday, December 31, 2010

Syurga dan Neraka

Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh umat manusia... Syukurlah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernyawa di tahun yang tertambah lagi satu angka.. Rata-rata rakyat Malaysia pasti pergi ke tempat tumpuan bagi menyambut kemeriahan tahun baru dan menikmati cahaya letupan bunga api. Tak terlepas juga pada diri aku untuk pergi tempat tumpuan orang ramai dengan tujuan yang sama..

Aku bersama member telah pergi ke I-city untuk bergembira disana.. oleh kerana sampai awal disana, masih tak menjadi masalah untuk mendapatkan tempat parkir kereta. pusing-pusing 2,3 kali, rasa boring la pulak.. asyik menghadap pokok-pokok berwarna je.. tapi syok jugak la dapat tengok pameran kereta ngan motor yang menarik.. kadang-kadang, sakit mata dok tengok sesetengah pasangan dok berpelukan, pegang-pegang.. demmm... aku dengki ke?? haish~ walaupon boring, tapi tak la terlalu menyampah kerana suasana harmoni masih ada kerana kebanyakan yang pergi rata-rata bersama family. takde la dok ngadap adengan terlampau para remaja sangat walaupon masih ada yang berkelakuan sumbang mahram tu~





Oleh kerana tak dapat tengok konsert, member aku ajak bertukar tempat dari I-city ke The curve.. dengar kabar, sana ada konsert.. layan je la... sampai je kat Damansara, letupan bunga api bermula.. konsert dah abis kot... hayati la dulu kemeriahan letupan bunga api. pastu gi masuk kat area The Curve, tengok penuh dengan para belia.. lelaki perempuan bercampur gaul, berpelukan, romen-roman, raba-raban... ish~ perangai memang cam setan.. dok sembur-sembur buih menatang apa ntah.. habis ngan kereta JPJ pon kena sembur ngan sabun.. punya mengamuk aku tengok encik JPJ dan rakan-rakan.. penguatkuasa pon di permainkan.. riuh dengan lagu berdegung-berdegang macam di disko, para manusia yang terkinja-kinja,baju sekerat macam taknak pakai baju je, teriak terlolong.. agaknya tempat macam tu sesuai di panggil neraka dunia..sampah berselerakan...




Beginikah perangai manusia bertamadun? beginikah budaya masyarakat yang membangun? Memang ada mat saleh dan mat afrika, bangla, indonesia dan macam-macam lagi yang turut terkinja-terlompat.. tapi sebagai warga tempatan, aku malu dengan perangai rakyat Malaysia.. Kalu di sebut dalam bahasa kasarnya, aku katakan , "Macam sial!!!!" Tak salah kalu nak bergembira.. tapi tatasusila dan perangai haruslah di jaga.. mungkin aku dari kampung dan agak jakun, maka benda-benda gampang macam ni aku tak leh terima... mungkin perkara macam tu menjadi keharusan kehidupan masyarakat dibandar.. tak tahulah aku..

6 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

celebrate tahun baru sendiri:) biasanya tahun baru memang mcm tu..sosial sana sini.

so-sial sangat..:P

Unknown said...

hahaha best ayat tu bro.. so sial~

Akulah Aqilah Itu said...

eeee! Nasib baik aku budak kampung.

ghost said...

masih punya kesempatan untuk melihat panorama tuh semua Man...

kembali dari daerah yang terlindung aku masih tidak punya kesempatan.

Lydia Miza said...

wahh sosial dan pencemaran berlaku..huhu

Ayuni said...

hm, naper diorg nie x sedar lg.....